Park Hyung Sik Kembali dalam Happiness
Hiburan

Park Hyung Sik Kembali dalam Happiness

Siapa yang menonton drama Korea, sudah pasti mengenali jejaka kacak yang bernama Park Hyung Sik ini. Park Hyung Sik kembali dalam Happiness sebaik sahaja beliau tamat latihan tentera.

Sis Min ada baca di Twitter mengenai drama baharu Park Hyung Sik yang sering kali trending itu. Rata-rata peminatnya amat teruja dengan lakonan mantap beliau dalam drama terbaharunya. Mestilah, peminat juga sangat merindui lakonan daripada beliau selepas drama popularnya Strong Woman Do Bong Soon.

Sebelum Sis Min ceritakan lebih lanjut mengenai Park Hyung Sik, mari kita teroka sedikit ilmu berkaitan dengan perkhidmatan tentera wajib di Korea Selatan.

Park Hyung Sik Kembali dalam Happiness

Apa itu Kerahan Tenaga Ketenteraan Korea Selatan? | Park Hyung Sik Kembali dalam Happiness

Umum mengetahui bahawa negara Korea Selatan mewajibkan rakyatnya untuk menjalani perkhidmatan kerahan tenaga ketenteraan wajib. Sesiapa yang sentiasa mengikuti perkembangan artis Korea pasti tahu perkara ini. Kerahan tenaga ketenteraan di Korea Selatan sudah wujud pada tahun 1957.

Perkhidmatan ini mewajibkan semua rakyat lelakinya untuk melaksanakan perkhidmatan tentera wajib. Namun, lelaki yang mempunyai tubuh badan yang sihat dan berumur antara 18 hingga 35 tahun sahaja yang dibenarkan. Wanita Korea tidak wajib mengikuti perkhidmatan ini. Tetapi sekiranya mahu berkhidmat, masih tetap dibenarkan.

Perkhidmatan ketenteraan inilah yang disertai oleh Park Hyung Sik. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai kerahan tenaga ketenteraan Korea Selatan di sini.

Drama Terbaharu | Park Hyung Sik Kembali dalam Happiness

Happiness merupakan drama Korea yang bergenre thriller dan seram. Drama ini mengisahkan wabak virus di sebuah apartment. Wabak virus ini yang dikatakan berpunca daripada pil NEXT yang diambil akan menyebabkan seseorang itu dahagakan darah! Mereka juga dipanggil sebagai zombi. Nak tahu lebih lanjut? Mari layan trailer drama Happiness dulu.

Anda boleh baca lebih lanjut review drama Happiness ini di sini.

Watak Happiness | Park Hyung Sik Kembali dalam Happiness

Drama Happiness antara drama paling Top di Korea dengan mendapat ranking kedua daripada 10. Anda boleh tengok di Twitter ini. Park Hyung Sik memegang watak sebagai Jung Yi Hyun dalam drama Happiness sebaik sahaja beliau tamat latihan tentera.

Watak yang dimainkan oleh Park Hyung Sik merupakan seorang detektif yang bijak, baik, dan jujur. Beliau sudah lama menyimpan perasaan terhadap kawan perempuan sekolahnya yang bernama Yoon Sae Bom (Han Hyo Joo).

Keserasian antara Park Hyung Sik dengan Han Hyo Joo

Bukan sahaja Park Hyung Sik kembali dalam Happiness, malahan ini juga merupakan filem terbaharu bagi Han Hyo Joo selepas berehat selama 5 tahun. Han Hyo Joo yang memegang watak sebagai Yoon Sae Bom dikatakan sangat serasi apabila berganding dengan Park Hyung Sik (Jung Yi Hyun).

Park Hyung Sik Kembali dalam Happiness

Tambahan pula, dalam satu temu bual Panorama.it dengan Park Hyung Sik berkenaan dengan keserasian antara Han Hyo Joo dalam Happiness, beliau mengatakan bahawa Han Hyo Joo ini seorang yang mudah bergaul dan selesa apabila bekerjasama dengannya.

Ramai peminat yang teruja melihat keserasian mereka dalam drama Happiness ini. Mereka berdua sangat hebat dalam menjiwai watak yang dimainkan. Ada juga peminat yang mengharapkan agar mereka berdua dapat berlakon bersama pada masa akan datang.

Park Hyung Sik Kembali dalam Happiness
Park Hyung Sik Kembali dalam Happiness
Sumber: Twitter

Terdapat beberapa sebab drama Happiness ini menjadi drama kegemaran ramai. Salah satu sebabnya adalah kerana plot drama menarik, mendebarkan, dan tidak dapat diramalkan. Jika anda ingin tahu lebih lanjut, anda boleh baca di laman web Korean Binge.

Park Hyung Sik kembali dalam Happiness berjaya menarik lebih ramai penonton sehingga drama ini mendapat rating yang baik, iaitu 8.4/10 melalui IMDb. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian kali ini, Sis Min harapkan agar artikel ini dapat menambahkan lagi informasi berkenaan dunia artis Korea kepada anda yang meminatinya.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari Sisrasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *