Junho 2PM dalam The Red Sleeve Cuff
Hiburan

Junho 2PM dalam The Red Sleeve Cuff

Siapa peminat Junho 2PM? Sis Min minat betul dengan Junho sebab beliau sangat kacak! Baru-baru ini, Junho ada berlakon dalam drama baharu. Katanya drama ini diadaptasikan daripada novel cinta yang bergenre historical. Junho 2PM dalam The Red Sleeve Cuff, inilah drama terbaharu beliau sebaik sahaja tamat khidmat ketenteraan di Korea.

Tambahan pula, Junho ni daripada ahli kumpulan 2PM, Korean Pop (KPop) terkenal. Sejak dari bangku sekolah lagi Sis Min mengikuti perkembangan kumpulan 2PM ni. Tapi, bila dan masuk 20-an ni semakin kurang ikuti perkembangan mereka.

Junho 2PM dalam The Red Sleeve Cuff

Sis Min pernah menonton beberapa drama yang dilakonkan oleh Junho ni. Drama yang paling best Sis Min tonton adalah Good Manager. Dalam drama ini beliau banyak melakukan humour dengan watak utama (Nam Goong Min). Sis Min cadangkan kepada anda untuk tonton cerita ini apabila rasa tertekan. Sangat membantu untuk release tension!

Dalam artikel lepas, Sis Min ada ceritakan mengenai Park Hyung Sik yang muncul dalam drama terbaharunya. Tapi, kali ini, Sis Min nak kongsikan mengenai Junho dengan drama baharunya. Jika ada sesiapa yang terlepas artikel berkenaan dengan Park Hyung Sik, boleh baca di sini.

Junho dalam Drama Terbaharu | Junho 2PM dalam The Red Sleeve Cuff

Junho atau nama sebenarnya Lee Jun Ho sedang hangat diperkatakan. Hal ini kerana, The Red Sleeve Cuff adalah drama pertama beliau selepas menamatkan perkhidmatan ketenteraan pada bulan Mac lalu. Anda boleh baca di sini lebih lanjut mengenai review dan sinopsis drama ini.

Bentuk badan Junho 2PM dalam The Red Sleeve Cuff menjadi perbualan hangat oleh media berikutan terdapat satu scene yang menunjukkan ketulan otot (abs) pada badan Junho. Oleh hal yang demikian, Junho 2PM memberitahu rahsianya untuk mendapatkan badan yang berotot.

Rutin Senaman Junho

Terdapat beberapa perkara yang dilakukan oleh Junho bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat. Junho mendedahkan bahawa beliau mempunyai bilik senaman sendiri kerana tidak dapat pergi ke gim ekoran pandemik yang berlaku.

Junho merupakan selebriti Korea yang sememangnya terkenal dalam menjaga kesihatan tubuh badan bagi mendapatkan bentuk badan yang diimpikan oleh para lelaki. 

Sebelum lakonan yang dimainkan oleh Junho 2PM dalam The Red Sleeve Cuff, beliau sentiasa melakukan senaman dan sangat bersungguh-sungguh melakukannya. Kebiasaannya, Junho akan warm up dengan berbasikal selama 10 minit. Kemudian, beliau akan melakukan senaman otot selama 1 jam 20 minit. Anda boleh tonton rancangan realiti Home Alone di sini untuk melihat cara senaman yang dilakukan oleh Junho.

Junho mengatakan bahawa beliau akan bersenam selama 1 jam 30 minit. Pada hari Isnin, beliau akan melakukan senaman untuk dada. Kemudian, pada hari Selasa, melakukan senaman untuk bahu. Hari Rabu, beliau membuat senaman untuk bahagian belakang badan. Beliau akan ulang senaman yang sudah dilakukan pada hari Khamis, Jumaat, dan Sabtu.

Junho 2PM dalam The Red Sleeve Cuff Mengamalkan Diet

Berdasarkan artikel Health Yogi, terdapat beberapa rancangan diet yang dilakukan oleh Junho bagi mendapatkan tubuh badan yang berotot dan sihat. Junho lebih banyak mengambil protein dan karbohidrat dalam diet pemakanannya.

Sarapan:

  • Telur
  • Sosej ayam

Snek:

  • Protein smoothie

Makan Tengah Hari:

  • Dada ayam
  • Semangkuk kecil nasi
  • Sayur-sayuran

Snek Petang:

  • Salad telur

Makan Malam:

  • Ikan salmon/dada ayam
  • Sayur-sayuran
  • Semangkuk kecil nasi
Junho 2PM dalam The Red Sleeve Cuff

Itulah pemakanan yang diambil oleh Junho 2PM dalam penjagaan tubuh badannya. Oleh sebab itulah, Junho 2PM dalam The Red Sleeve Cuff kelihatan lebih gagah dan sihat. Sis Min harapkan agar rutin harian yang diamalkan oleh Junho ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Semoga kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat agar kesihatan tubuh badan terjaga.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari Sisrasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *