Gaun Pengantin Paling Mahal di Dunia
Fesyen, Hiburan

Gaun Pengantin Paling Mahal di Dunia

Setiap wanita pasti mempunyai keinginan untuk memakai gaun pengantin pada majlis perkahwinannya. Tahukah anda bahawa gaun pengantin agak mahal harganya? Anda tahu tak bahawa selebriti luar negara pernah memakai gaun pengantin paling mahal di dunia? Mari teruskan membaca perkongsian ini.

Melalui pembacaan Sis Min, terdapat 10 selebriti luar negara yang memakai gaun mahal pada majlis perkahwinan mereka. Segala maklumat berkaitan dengan selebriti ini, Sis Min dapatkan daripada laman web Remaja dan beberapa laman web lain.

10 Selebriti Luar Negara

#1 Serena Williams

Serena Williams memakai gaun pengantin Alexander McQueen yang direka oleh Sarah Burton semasa majlis perkahwinannya bersama Alexis Ohanian di New Orleans. Gaun pengantinnya yang kelihatan ringkas ini dikatakan berharga US$3.5 juta. Serena Williams tampak berseri di hari perkahwinannya dengan gaun yang ringkas ini.

#2 Kim Kardashian dengan Gaun Pengantin Paling Mahal di Dunia

Kim Kardashian memakai gaun pengantin pada majlis perkahwinannya bersama dengan Kanye West, yakni bekas suaminya. Kim Kardashian memakai pakaian Givenchy haute couture yang direka khas oleh Riccardo Tisci. Gaun pengantin ini bernilai US$500 ribu. Kim Kardashian kelihatan sangat jelita memakai gaun tersebut. Anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini mengenai baju yang dipakai oleh Kim Kardashian semasa preweddingnya.

#3 Kate Middleton | Gaun Pengantin Paling Mahal di Dunia

Gaun pengantin yang dipakai oleh Kate Middleton semasa hari perkahwinannya bersama Putera William dikatakan berharga US$434 ribu. Gaun pengantin ini direka oleh Sarah Burton dengan gaya klasik.

Gaun Pengantin Paling Mahal di Dunia

#4 Salma Hayek

Salma Hayek yang merupakan seorang pelakon telah berkahwin dengan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PPR, Francois-Henri Pinault pada tahun 2009. Gaun Balenciaga yang dipakai oleh Salma Hayek telah direka oleh Nicolas Ghesquiere yang dikatakan berharga US$434 ribu.

Sumber: InStyle

#5 Chiara Ferragni | Gaun Pengantin Paling Mahal di Dunia

Chiara Ferragni yang merupakan penulis blog dan pereka fesyen Itali berkahwin dengan penyanyi rap, Federico Leonardo Lucia pada tahun 2018. Chiara Ferragni telah bekerjasama dengan Pengarah Kreatif Dior, Maria Grazia Chiuri untuk mereka bentuk dua gaun pengantin yang akan dipakainya. Gaun pengantin tersebut dikatakan berharga US$420 ribu.

Gaun Pengantin Paling Mahal di Dunia
Sumber: Brides

#6 Victoria Swarovski

Victoria Swarovski yang merupakan pewaris barang kemas Swarovski itu berkahwin dengan seorang usahawan, iaitu Werner Murz. Victoria Swarovski memakai gaun pengantin yang berharga US$1 juta. Gaun tersebut tinggi nilainya kerana dihiasi dengan lebih 500 ribu kristal.

Gaun Pengantin Paling Mahal di Dunia
Sumber: Brides

#7 Nicky Hilton | Gaun Pengantin Paling Mahal di Dunia

Nicky Hilton yang merupakan pewaris hotel itu berkahwin dengan James Rothschild pada tahun 2015 di Istana Kensington. Gaun Valentino yang berlengan panjang yang berharga US$77 ribu telah dipakai semasa majlis perkahwinannya. Rekaan pada gaun tersebut menggabungkan ciri-ciri moden dan klasik Inggeris yang berkolar tinggi itu sememangnya sangat cantik.

Sumber: The Knot

#8 Meghan Markle | Gaun Pengantin Paling Mahal di Dunia

Meghan Markle yang berkahwin dengan Putera Harry telah memakai gaun pengantin yang direka khas oleh Clare Waight Keller. Manakala, gaun keduanya pula telah direka oleh Stella McCartney. Kedua-dua gaun itu masing-masing berharga £387,000 dan £119,555. Menurut Express, gaun pengantin Meghan lebih tinggi nilainya berbanding gaun pengantin Kate Middleton.

Gaun Pengantin Paling Mahal di Dunia

#9 Amal Clooney

Gaun pengantin paling mahal di dunia yang seterusnya ialah gaun pengantin yang dipakai oleh Amal Clooney. Amal Clooney yang berkahwin dengan pasangannya George Clooney telah memakai gaun pengantin yang direka khas oleh Oscar de La Renta. Gaun pengantin yang cantik itu dikatakan berharga US$380 ribu. Gaun pengantin ini pernah dipamerkan buat sementara waktu dalam pameran Oscar de la Renta di Museum of Fine Arts. Hal ini kerana, gaun tersebut merupakan pakaian terakhir ciptaan Oscar de la Renta sebelum meninggal dunia. Baca lebih lanjut di sini.

Sumber: Elle

#10 Victoria Beckham

Victoria Beckham memakai gaun pengantin yang bernilai US$100 ribu pada majlis perkahwinannya dengan David Beckham pada tahun 1999. Gaun yang digayakan itu direka oleh pereka fesyen terkenal, iaitu Vera Wang.

Gaun Pengantin Paling Mahal di Dunia

Semua gaun pengantin yang dipakai oleh selebriti tersebut sangat cantik. Tapi, Sis Min terkejut setelah melihat harganya yang cukup mahal itu. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari Sisrasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *