Hiburan

Pemain Bola Sepak Kacak Korea

Pemain bola sepak kacak Korea iaitu pemain nombor 9 yang memegang posisi sebagai penyerang bagi skuad Korea Selatan telah menjadi bualan ramai baru-baru ini.

Menurut Yahoo.com, Cho Gue-Sung dilahirkan pada 25 Januari 1998 dan kini berusia 24 tahun. Manakala, kedua ibu bapanya juga merupakan atlet. Bapanya pernah bergelar pemain bola sepak dan ibunya pula merupakan salah seorang pemain bola tampar profesional.

Pemain bola sepak kacak Korea tersebut mula mencuri tumpuan penonton dan peminat bola sepak setelah Gue-Sung bergambar dengan Jungkook BTS serta berjaya menjaringkan dua gol dalam perlawanan menentang Ghana.

Popularitinya naik mendadak selepas perlawanan antara Uruguay yang berkedudukan seri pada akhir perlawanan. Pengguna media sosial mula mencari tahu tentang latar belakang Gue-Sung serta mencari tahu adakah atlet tersebut sudah mempunyai kekasih.

Selain itu, pengikut di akaun Instagram miliknya meningkat mendadak dalam masa beberapa jam setelah perlawanan tamat. Sebelumnya Gue-Sung hanya memiliki sekitar 300 ribu pengikut dan kini Gue-Sung mempunyai 1.6 juta pengikut dan hanya memiliki 5 keping foto dalam Instagramnya.

Fakta Mengenai Pemain Bola Sepak Kacak Korea

Pemain Bola Sepak Kacak Korea
Gambar Sumber Astro Awani

Ketika berusia remaja, Gue-Sung hampir berputus asa dengan kerjayanya sebagai atlet pada masa itu. Gue-Sung memberi tahu ibunya bahawa dia hanya bermain untuk beberapa bulan mendatang dan jika tuah masih tidak menyebelahinya, Gue-Sung mahu berhenti. Hal ini demikian kerana, dia menyifatkan dirinya tidak akan berjaya sebagai seorang pemain bola sepak.

Namun, dengan dedikasi yang tinggi Gue-Sung berjaya mencapai impiannya menjadi pemain bola sepak profesional. Sewaktu Gue-Sung berputus asa dalam bola sepak dia bersedia menduduki ujian untuk menjadi kakitangan kerajaan.

Di samping itu, Gue-Sung tidak pernah menyifatkan dirinya sebagai salah seorang pemain bola sepak yang bagus walaupun menjadi salah seorang pemain kebangsaan. Untuk membaca lanjut tentang pemain bola sepak Korea iaitu Gue-Sung boleh klik di sini.

Jelaslah bahawa, sikap Gue-Sung yang tidak membangga diri itu patut dicontohi oleh semua pihak. Hal ini demikian kerana, walaupun sudah berada dalam zon yang selesa Gue-Sung sentiasa merendah diri dan tidak menyifatkan dirinya sebagai pemain yang bagus. Memang lurve!

Bercadang Menonton Geu-Sung Bermain Bola Sepak Secara Dalam Talian?

  • Pemain Bola Sepak Kacak Korea

Kalau anda bercadangan nak tonton perlawanan yang melibatkan pemain bola sepak kacak Korea ini secara dalam talian, gunalah wireless keyboard yang daebak ni untuk membuat carian nanti! Confirm smooth je anda nak type dekat Google nanti tau… Jom dapatkannya di sini >> https://shope.ee/8UigOl1QoM.

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min pada kali ini. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari portal Sis Rasa.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *