Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak
Pendidikan

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika/Taska) Tahun 2022

Tawaran mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak telah dibuka untuk tahun 2022. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membuka tawaran kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas. Calon-calon yang berjaya dalam Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak ini akan dipertimbangkan untuk berkhidmat sebagai guru atau jawatan yang ditetapkan (Tabika/Taska KEMAS).

Tarikh permohonan untuk menyertai kursus ini mula dibuka pada 13 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022. Segala permohonan tawaran ini perlu dibuat secara dalam talian melalui pautan ini.

Terdapat beberapa syarat kelayakan untuk mengikuti kursus yang ditawarkan oleh KEMAS. Segala maklumat berkaitan kursus ini, Sis Min dapatkan daripada portal Edu Bestari dan KIS KEMAS. Mari teruskan membaca artikel ini bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak

Syarat Kelayakan

Calon yang ingin memohon tawaran mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak perlu memenuhi syarat seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Memiliki Diploma Akademik dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak yang diiktiraf kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan.
  • Memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contact of service) dalam agensi kerajaan.
  • Terbuka kepada calon lelaki dan perempuan bagi Tabika.
  • Terbuka kepada calon perempuan sahaja bagi Taska.

Maklumat Asas Kursus

Calon yang memohon kursus ini perlu tahu maklumat asas kursus seperti berikut:

  • Tempat: Institut/Pusat Latihan KEMAS.
  • Tempoh: Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh jabatan.

Nota:
Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri.

Cara Memohon Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak

Berikut merupakan cara memohon kursus:

  1. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web ini (kis.kemas.gov.my) bermula 13 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022.
  2. Calon hanya dibenarkan mengisi (1) jurusan sahaja, sama ada jurusan Tabika atau Taska.
  3. Sebarang permohonan yang lewat dan tidak mengikut syarat yang ditetapkan tidak akan diterima.
  4. Permohonan yang dibuat secara dalam talian sahaja yang akan diproses.

Panggilan Temu Duga

  • Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
  • Jika calon tidak dihubungi selepas daripada (3) tiga bulan daripada tarikh tutup permohonan, dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan permohonan tidak berjaya tidak akan dikeluarkan oleh jabatan.

Kenapa Perlu Mohon Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak?

Sis Min cadangkan kepada wanita di luar sana untuk memohon tawaran kursus (Tabika/Taska) tahun 2022 ini. Hal ini kerana, Sis Min berpendapat bahawa wanita mempunyai kriteria yang sesuai untuk menjadi seorang guru tadika. Kriterianya adalah seperti berikut:

Berilmu

Mempunyai ilmu berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Sama ada mempunyai diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak atau mengikuti kursus seperti KEMAS anjurkan. Tambahan pula, wanita yang memiliki pengetahuan sebegini, mampu merancang pembelajaran kanak-kanak.

Penyayang

Wanita yang mempunyai sifat penyayang amat sesuai menjadi pendidik. Umum mengetahui bahawa wanita itu mempunyai sifat keibuan, iaitu cepat tersentuh dan lemah lembut. Jadi, kanak-kanak berumur 4-6 tahun sememangnya perlu dididik dengan penuh kasih sayang.

Selanjutnya, anda boleh baca mengenai kriteria ini di SirapLimau.

Iklan Pengambilan Jawatan Kosong | Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak

Sesiapa yang masih mencari pekerjaan, anda boleh memohon jawatan kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 Lantikan secara Kontrak (Contract of Service). Permohonan hanya dibuat melalui (kis.kemas.gov.my) bermula 13 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022.

Bidang Pendidikan Kemahiran

Antara bidang pendidikan kemahiran yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Jahitan
  • Masakan
  • Seni Tangan
  • Dandanan Diri
  • Pendidikan Kesejahteraan Keluarga
  • Literasi Komputer

Bidang Pembangunan Komuniti

Berikut merupakan bidang pembangunan komuniti yang diperlukan:

  • Bina Insan
  • Pusat Sumber
  • Gerakan Daya Wawasan
  • Pendidikan Literasi Fungsian

Anda boleh lihat poster di bawah bagi mengetahui syarat kelayakan dan cara untuk memohon jawatan kosong Pembangunan Masyarakat Gred S19 Lantikan secara Kontrak.

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar anda berpeluang untuk memohon tawaran mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika/Taska) yang dianjurkan oleh KEMAS.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.