Sinopsis Snowdrop Drama Korea
Hiburan

Sinopsis Snowdrop Drama Korea – Jisoo dan Jung Hae In

Kita sudah pun melangkah ke tahun baharu, tahun 2022. Ini bermakna banyak drama dan movie yang baharu akan ditayangkan. Drama baharu yang Sis Min maksudkan adalah drama Korea, iaitu Snowdrop. Agak-agaknya, menarik tak drama ini? Nak tahu menarik atau tidak, mari baca sinopsis Snowdrop drama Korea ini.

Drama ini juga pernah mendapat petisyen tandatangan sebanyak 200,000 sehari untuk membatalkan penayangan drama ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, jalan cerita drama ini dituduh telah memutar belitkan sejarah negara Korea dan menyebabkan penaja drama ini menarik diri.

Walaupun begitu, drama ini tetap ditayangkan disebabkan oleh beberapa perkara yang menyebabkan drama ini tidak boleh dibatalkan. Salah satu perkara drama ini tetap ditayangkan adalah mempunyai kontrak dengan Disney Plus (Disney+). Anda boleh baca lebih lanjut di sini.

Sinopsis Snowdrop Drama Korea

Drama Korea Snowdrop

Walaupun drama ini pernah mendapat tentangan, namun, drama Snowdrop telah mencatatkan kedudukan Top 10 dalam rancangan TV Disney+ Korea terbaik pada 3 Januari lalu. Bukan itu sahaja, drama ini juga mendapat kedudukan terbaik di Hong Kong, Singapura, dan Taiwan serta mendapat kedudukan nombor tiga di Jepun.

Sinopsis Snowdrop

Sinopsis Snowdrop drama Korea ini merupakan drama yang mengisahkan tentang kisah cinta yang rumit antara Im Su Ho dan Eun Young Ro pada era 80-an di Seoul, Korea Selatan. Im Su Ho merupakan seorang pelajar universiti berprestij yang tiba-tiba muncul dengan berlumuran darah di asrama wanita.

Eun Young Ro yang merupakan pelajar perempuan di asrama tersebut telah menyembunyikan dan merawat Im Su ho walaupun menghadapi bahaya di bawah pengawasan yang ketat.

Dalam pengawasan yang ketat itu, Im Su Ho dan Eun Young Ro perlu mengelak daripada Pi Seung Hee, iaitu ketua asrama wanita yang terkenal sebagai orang yang sangat tegas.

Jung Hae In sebagai Im Su Ho | Sinopsis Snowdrop Drama Korea

Jung Hae In telah memegang watak utama dalam drama Snowdrop sebagai Im Su Ho. Im Su Ho telah dibesarkan di Jerman dan merupakan pelajar dari universiti berprestij. Im Su Ho mempunyai pesona yang sopan dan berkarisma dengan senyumannya yang manis, tetapi penuh berahsia.

Jisoo BLACKPINK sebagai Eun Young Ro

Kim Ji Soo atau Jisoo BLACKPINK telah memainkan watak utama wanita dalam drama ini sebagai Eun Young Ro. Eun Young Ro merupakan seorang pelajar baru di Jabatan Bahasa Inggeris di Universiti Wanita Hosu. Seorang gadis yang ceria telah jatuh cinta pada pandang pertama dengan Im Su Ho dan telah menyembunyikannya di asrama.

Apakah Pengakhiran Snowdrop? – Sinopsis Snowdrop Drama Korea

Kisah dalam drama ini dipercayai berdasarkan pengalaman seorang lelaki yang melarikan diri dari kem politik di Korea Utara. Im Su Ho yang muncul secara tiba-tiba dengan kecederaan disebabkan oleh aksi demonstrasi. Kebenaran yang disembunyikan oleh Su Ho akan terungkap bahawa beliau memiliki latar belakang pergolakan politik yang mencurigakan.

Bagaimanakah jalan cerita ini akan berakhir? Adakah rahsia Eun Young Ro yang menyembunyikan Im Su Ho di asrama wanita terbongkar? Semuanya akan dirungkai dalam drama ini.

Sinopsis Snowdrop Drama Korea
Sumber: kpopmap

Kini, anda sudah pun tahu sinopsis Snowdrop drama Korea ini. Jadi, anda boleh tonton drama ini di aplikasi VIU secara langganan atau di laman web Drama Cool. Drama ini mempunyai 16 episod dan akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad pada pukul 10.30 malam.

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *