Song Ji Hyo Tampil dengan Rambut Pendek
Hiburan

Song Ji Hyo Tampil dengan Rambut Pendek

Baru-baru ini, seorang pelakon Korea terkenal dan ahli dalam rancangan realiti, Running Man telah menampilkan diri dalam keadaan yang berbeza. Berdasarkan dalam akhbar Kosmo, Song Ji Hyo tampil dengan rambut pendek yang telah dimuat naik gambar terbaharunya. Rambutnya yang ala-ala boyish atau dipotong pendek paras telinga telah mengejutkan ramai peminatnya.

Rata-rata netizen tidak menyukai imej baharunya itu. Walaupun begitu, ramai peminatnya yang mengatakan beliau tetap kelihatan cantik dengan potongan rambut yang pendek. Sememangnya, Sis Min tak nafikan bahawa Song Ji Hyo ini sesuai dengan pelbagai jenis potongan rambut.

Siapa peminat Song Ji Hyo? Sis Min minat Song Ji Hyo daripada dramanya yang bertajuk Princess Hours, waktu tu Sis Min tak suka pada beliau sebab beliau memegang watak antagonis. Walaupun begitu, beliau sangat bagus dalam melakonkan watak tersebut. Seterusnya, pada tahun 2010, beliau telah menyertai rancangan realiti, iaitu Running Man sebagai ahli tetap sehingga ke hari ini.

Sebelum ini, beliau digelar sebagai ‘Monday Couple‘ dan juga ‘Blank Ji’. Tetapi selepas Kang Gary menarik diri daripada rancangan ini, tiada lagi panggilan ‘Monday Couple‘ yang digelarkan oleh peminat. Walaupun begitu, masih ramai peminat yang terus menyokong karier Song Ji Hyo ini.

Apa Kata Peminat?

Song Ji Hyo tampil dengan rambut pendek menyebabkan ramai peminatnya terkejut. Bukan sahaja peminatnya yang terkejut, malah rakannya yang juga ahli Running Man, Haha dan Yang Se Chan juga terkejut dan tertanya-tanya dengan imej baharunya.

Song Ji Hyo Tampil dengan Rambut Pendek
Komen rakan Running Man

Ada peminatnya yang mengatakan gaya rambut barunya kelihatan lebih ‘kacak’ dengan rambut ala boyishnya itu.

Song Ji Hyo Tampil dengan Rambut Pendek

Tidak terkecuali ada netizen yang mengatakan mungkin kemunculan Song Ji Hyo yang terbaharu ini ada kena-mengena dengan projek atau lakonan yang akan dijalankan.

Song Ji Hyo Tampil dengan Rambut Pendek

Song Ji Hyo Tampil dengan Rambut Pendek di Asia Artist Awards 2021

Song Ji Hyo kelihatan lebih elegant dengan gaya rambut baharunya di rancangan Asia Artist Awards 2021 (AAA 2021). Beliau telah memenangi anugerah pelakon popular (RET Popularity Award). Anugerah ini juga telah dimenangi oleh beliau selama 3 tahun berturut-turut.

Song Ji Hyo Tampil dengan Rambut Pendek
Song Ji Hyo dalam AAA 2021.

Gaya rambut Song Ji Hyo telah membuatkan wajahnya lebih kelihatan muda walaupun usianya sudah mencecah 40 tahun. Agak-agaknya, anda minat tak dengan potongan rambut pendek Song Ji Hyo ini?

Song Ji Hyo tampil dengan rambut pendek sememangnya telah menjadi bualan netizen. Namun, beliau tidak menghiraukan kata-kata negatif yang diterima daripada mereka. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat menambahkan lagi informasi berkenaan dunia artis Korea kepada anda yang meminatinya.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari Sisrasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *