10 Drama Korea yang Mendapat Rating Tertinggi
Hiburan

10 Drama Korea yang Mendapat Rating Tertinggi

Terdapat 10 drama Korea yang mendapat rating tertinggi di TV kabel menurut Nielsen sebagaimana yang terdapat dalam laman web allkpop. Mari teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahui sama ada drama kegemaran anda tersenarai ataupun tidak.

#1 Mr. Queen

Antara 10 drama Korea yang mendapat rating tertinggi dalam TvN ialah Mr. Queen. Drama ini mendapat rating sebanyak 17.371%. Mr.Queen ini telah dilakonkan oleh Shin Hye Sun dan Kim Jung Hyun. Drama ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Jang Bong Hwan dari zaman moden termasuk ke dalam tubuh badan seorang ratu dari zaman Joseon.

Kisahnya bermula apabila Jang Bong Hwan terjatuh ke dalam kolam dan pada masa yang sama ratu tersebut juga terjatuh ke dalam tasik. Segala sifat dan tingkah laku ratu itu berubah menjadi agak kasar dan juga pandai memasak. Hal ini kerana, Jang Bong Hwan merupakan seorang chef di zaman modennya.

Bagi Sis Min, plot drama ini agak menarik dan drama ini juga mempunyai unsur humor yang menghiburkan. Bagi sesiapa yang belum menonton drama ini, anda boleh tonton di aplikasi VIU secara percuma.

10 Drama Korea yang Mendapat Rating Tertinggi
Sumber: Herworld

#2 Love (ft. Marriage and Divorce) 2

Love (ft. Marriage and Divorce) 2 merupakan salah satu daripada 10 drama Korea yang mendapat rating tertinggi dalam TV Chosun. Drama ini mendapat rating sebanyak 16.582%. Drama ini mengisahkan tiga rakan yang bernama Sa Pi Young, Park Hae Ryun, dan Lee Si Eun yang bekerja di stesen radio. Mereka bertiga mempunyai konflik dengan suami masing-masing kerana suami mereka berlaku curang.

Drama ini mendapat tarikan daripada peminat sehingga mengeluarkan drama bersiri bermula siri 1, siri 2, dan siri 3 yang akan ditayangkan. Jika anda berminat untuk menonton drama yang bergenre melodrama, anda boleh tonton di Netflix.

10 Drama Korea yang Mendapat Rating Tertinggi
Sumber: Soompi

#3 Vincenzo | 10 Drama Korea yang Mendapat Rating Tertinggi

Seterusnya, drama yang mendapat rating tertinggi dalam TV kabel, iaitu TvN ialah Vincenzo. Sis Min yakin pasti ramai yang ternanti-nanti drama ini tersenarai dalam Top 10, kan? Drama ini mendapat rating sebanyak 14.636%.

Drama ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Park Joo Hyeong yang pergi ke Itali selepas menjadi anak angkat pada umurnya 8 tahun. Kini, Park Joo Hyeong dikenali sebagai Vincenzo Cassano. Vincenzo merupakan seorang peguam yang bekerja sebagai penasihat kumpulan mafia. Vincenzo melarikan diri ke Korea Selatan kerana berlakunya perang antara kumpulan mafia.

Di Korea Selatan, beliau bekerjasama dengan seorang peguam bernama Hong Cha Young. Hong Cha Young ini merupakan seorang peguam yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk memenangi kes. Jadi, di sinilah Vicenzo mula jatuh cinta terhadapnya.

Bagi sesiapa yang minat akan drama yang bergenre komedi dan jenayah, anda perlu tonton drama ini. Sesekali apa salahnya menonton drama yang menghiburkan di samping mendapat ilmu baharu tentang dunia peguam, kan?

10 Drama Korea yang Mendapat Rating Tertinggi

#4 Hospital Playlist 2 | 10 Drama Korea yang Mendapat Rating Tertinggi

Drama ini mendapat rating sebanyak 14.080% dalam TvN. Drama ini merupakan lanjutan daripada siri pertama. Hospital Playlist 2 ini dilakonkan oleh pelakon Korea terkenal seperti Cho Jung Seok, Yoo Yeon Seok, dan Jeon Mi Do. Drama ini mengisahkan tentang 5 orang doktor yang pernah belajar di universiti yang sama. Kini, mereka berlima berjumpa semula di hospital tempat mereka bekerja.

Hospital Playlist 2 ini adalah kesinambungan daripada Hospital Playlist 1. Segala persoalan daripada drama siri pertama itu akan dirungkaikan dalam siri kedua ini. Sekiranya anda berminat untuk menonton drama yang bergenre perubatan, anda boleh tonton di Netflix.

10 Drama Korea yang Mendapat Rating Tertinggi

#5 Hometown Cha-Cha-Cha

Hometown Cha-Cha-Cha dalam TvN telah mendapat rating sebanyak 12.665%. Watak utama dalam drama ini ialah Shin Min Ah dan Kim Seon Ho. Drama ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang boleh melakukan banyak pekerjaan lalu, bertemu dengan seorang doktor gigi di Gongjin.

10 Drama Korea yang Mendapat Rating Tertinggi

#6 The Uncanny Counter

10 drama Korea yang mendapat rating tertinggi ialah The Uncanny Counter. Drama ini mendapat rating sebanyak 10.999% dalam OCN. Drama ini mengisahkan tentang kumpulan yang diberi nama Counter. Kumpulan ini boleh dikatakan sebagai pemburu hantu dan roh jahat (paranormal). Kumpulan ini memburu roh jahat yang melarikan diri dari alam akhirat untuk mendapatkan keabadian.

Roh jahat inilah yang membantu manusia untuk melakukan kejahatan seperti membunuh. Oleh itu, tiga orang daripada kumpulan Counter ini telah menyamar sebagai pekerja di restoran mi bagi memburu roh jahat. Jika anda minat akan drama yang seram dan berunsurkan penyiasatan, anda boleh tonton di Netflix.

10 Drama Korea yang Mendapat Rating Tertinggi

#7 Jirisan

Jirisan adalah salah satu daripada 10 drama Korea yang mendapat rating tertinggi dalam TvN, iaitu 10.663%. Drama ini mengisahkan tentang misteri sebuah gunung di mana berlakunya pembunuhan. Tetapi, pembunuhan yang berlaku itu dibuat seolah-olah seperti kemalangan. Orang lain tidak akan mencurigai bahawa ianya bukanlah suatu kemalangan, tetapi pembunuhan!

Ada seorang renjer hutan yang mempunyai kelebihan dapat melihat sendiri apa yang akan terjadi di sesuatu tempat itu. Jadi, dengan kelebihan tersebut, beliau telah melakukan penyiasatan untuk mencari pembunuh di gunung tersebut. Sekiranya anda berminat untuk menonton drama yang penuh dengan misteri ini, anda boleh tonton di website Dramacool.

10 Drama Korea yang Mendapat Rating Tertinggi

#8 Mine | 10 Drama Korea yang Mendapat Rating Tertinggi

Mine merupakan drama yang mendapat rating sebanyak 10.512% dalam TvN. Drama ini mengisahkan tentang dua wanita yang mencari jati diri mereka untuk membebaskan diri daripada segala stereotaip dan prasangka buruk ketika berkhidmat sebagai seorang menantu kepada sebuah keluarga yang amat kaya. Drama ini bergenre thriller dan misteri. Anda boleh tonton drama ini di Netflix.

#9 Bossam: Steal The Fate

10 drama Korea yang mendapat rating tertinggi ialah Bossam: Steal The Fate. Drama ini mendapat rating sebanyak 9.759% dalam MBN. Bosam: Steal The Fate ini mengisahkan tentang seorang lelaki miskin yang tidak sengaja menculik seorang puteri. Drama Korea ini juga menggambarkan tentang percintaan dan penindasan terhadap wanita serta orang miskin.

Lakonan daripada Jung Il Woo sebagai Ba Woo yang sanggup menculik perempuan untuk mendapat duit pada era Joseon. Pada era Joseon, terdapat satu peraturan di mana seorang janda tidak boleh berkahwin lagi sehingga seorang lelaki bujang atau duda menculiknya untuk dikahwinkan. Anda boleh tonton drama ini di website Dramacool.

Sumber: TMDB

#10 Love (ft. Marriage and Divorce) | 10 Drama Korea yang Mendapat Rating Tertinggi

Drama ini mendapat rating yang lebih rendah berbanding drama siri keduanya. Love (ft. Marriage and Divorce) 1 ini mendapat rating sebanyak 9.656% dalam TV Chosun. Drama ini mengisahkan tentang rumah tangga tiga orang rakan, iaitu Sa Pi Young, Park Hae Ryun, dan Lee Si Eun. Mereka bertiga baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan mereka.

Drama ini juga menggambarkan bagaimana kuatnya seorang wanita yang bergelar ibu dan isteri. Mereka yang kuat bekerja dan sentiasa melakukan pekerjaan suri rumah dan tidak pernah lelah dengan tugasnya.

Sumber: Asianwiki

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda yang minat akan dunia drama Korea.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari Sisrasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *