dress untuk annual dinner
Fesyen

Dress untuk Annual Dinner | Kostum Paling Popular 2023

Setibanya hujung tahun, pasti ramai yang mula mencari dress untuk annual dinner kan? Almaklumlah, siapa sahaja yang tidak mahu tampil menawan pada malam bersejarah seperti ini. Lebih-lebih lagi, jika hadiah turut ditawarkan buat sesiapa yang memakai pakaian terbaik mengikut tema yang diberikan.

Tetapi adakah anda tahu bahawa baru-baru ini, terdapat sebuah kostum yang diperagakan oleh seorang pekerja syarikat ternama telah berjaya memenangi pertandingan pakaian bertema pada malam annual dinner syarikat tersebut? Bukan itu sahaja, beliau turut mendapat sorakan dan tepukan yang gemuruh apabila diumumkan sebagai pemenang dinner dress terbaik pada malam itu.

Anda curious ke tuuu? Ha, mari Sis Min kongsikan bagaimana rupa dinner dress yang telah diperagakan oleh pekerja tersebut sehingga memenangi the best dinner dress pada malam itu. Let’s go!

Cosplay Kungfu Hustle, Landlady @ Bao Zou Po Jadi Pemenang Dinner Dress untuk Annual Dinner

Baru-baru ini, Resorts World Genting telah mengadakan Sambutan Taman Tema Genting 2023 (Sambutan GTP 2023) pada malam 24 Oktober di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting (GICC) bersama seluruh team mereka. Tema bagi annual dinner tersebut adalah Cosplay.

Ramai telah mengenakan pakaian cosplay yang sangat menarik dan cantik pada malam itu. Namun begitu, salah seorang daripada team mereka memilih untuk memakai kostum yang simple tetapi sangat lucu dan menghiburkan buat sesiapa sahaja yang memandang!

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Karen Vintsen, telah mengenakan cosplay Bao Zou Po, atau Landlady daripada filem klasik Stephen Chow, Kung Fu Hustle.

dress untuk annual dinner

Beliau berjaya memenangi pakaian cosplay terbaik pada malam tersebut dan memilih untuk memuat naik videonya di akaun Tiktok beliau sendiri iaitu @karine.ventsin, sehingga event sambutan tersebut tular ke seluruh negara dan mendapat komen yang sangat meriah daripada orang ramai. Di sini, Sis Min turut kongsikan video tersebut untuk tontonan anda. Semoga terhibur!

@karine.ventsin

Since bao zou po is famous and made your day, here is another video for everyone to enjoy. #gtpcelebration2023 #gentinghighlands #gentingskyworlds #gentingthemepark #kungfuhustle

♬ Jedag Jedug Full Bass – Donny Fernanda
Video Tiktok Perkongsian @karine.ventsin | Dress untuk Annual Dinner

Jadi, sekiranya anda masih tercari-cari pakaian menarik untuk annual dinner yang bertemakan cosplay, bolehlah anda mencuba kostum ini pada malam tersebut. Siapa tahu, mungkin andalah pemenang bertuah untuk pertandingan cosplay terbaik pada malam nanti? Haha, belum cuba, belum tahu tau… Semoga anda berjaya!

Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang ‘Dress untuk Annual Dinner | Kostum Paling Popular 2023’. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *