Aktiviti Sukarelawan dalam Resume
Pendidikan

Aktiviti Sukarelawan dalam Resume – Cara Memasukkannya

Jika anda pernah menyertai aktiviti kesukarelawanan di tempat belajar, anda boleh masukkannya ke dalam resume. Jadi, artikel kali ini Sis Min nak kongsikan cara masukkan aktiviti sukarelawan dalam resume dengan betul.

Aktiviti sukarelawan ialah kerja sukarela atas kemahuan sendiri tanpa paksaan dan tidak mengharapkan apa-apa balasan atau ganjaran. Kebiasaannya kerja sukarelawan ini pasti melibatkan masyarakat.

Semua maklumat berkaitan dengan aktiviti sukarelawan ini, Sis Min dapatkan daripada portal rasmi Edu Bestari dan beberapa laman web lain.

Contoh Aktiviti Sukarelawan

Berikut merupakan beberapa contoh aktiviti kesukarelawanan yang mungkin pernah anda sertai. Jika ada salah satunya, anda boleh masukkan aktiviti sukarelawan dalam resume.

Aktiviti Sukarelawan dalam Resume

Aktiviti Sukarelawan ketika di Sekolah

Jarang sebenarnya sekolah menganjurkan aktiviti kesukarelawanan. Tetapi, jika sekolah anda pernah mengadakan program sukarelawan dan anda pernah menyertainya, anda boleh masukkannya ke dalam resume. Apakah aktiviti sukarelawan yang sekolah anjurkan?

Biasanya aktiviti sukarelawan yang dianjurkan adalah membersihkan masjid di kawasan kampung bersama masyarakat. Tambahan pula, Sis Min ada terbaca satu laman web ini yang mengatakan sebuah organisasi telah menawarkan sebuah program sukarelawan kepada pelajar sekolah menengah untuk tahun 2022. Antara program yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Program Sukarelawan Penjagaan Kanak-kanak
  • Program Sukarelawan Peace Corps
  • Program Sukarelawan Pemuliharaan
  • Program Sukarelawan Bantuan

Anda boleh baca di sini untuk mengetahui kelebihan menyertai program sukarelawan. Pautan ini untuk baca berkaitan organisasi yang menawarkan program sukarelawan.

Aktiviti Sukarelawan ketika di Universiti | Aktiviti Sukarelawan dalam Resume

Aktiviti sukarelawan banyak di Institut Pengajian Tinggi (IPT) termasuklah di kolej kediaman. Kebiasaannya, semua pelajar tahun 1 (semester 1 dan 2) wajib mengikuti kursus sukarelawan yang ditawarkan di universiti. Misalnya, Universiti Putra Malaysia (UPM) menawarkan kursus Bakti Siswa dan mewajibkan semua pelajar ikuti kursus tersebut sebagai syarat bergraduan.

Selain itu, pelajar universiti yang menetap di kolej kediaman juga digalakkan untuk menyertai sebarang aktiviti kemasyarakatan. Hal ini kerana, pelajar perlu mengumpul merit bagi menetap di kolej kediaman untuk semester berikutnya.

Antara aktiviti kesukarelawanan di universiti adalah memberikan gelandangan makanan, menyebarkan kesedaran tentang kebersihan, membersihkan pantai, dan beberapa aktiviti kesukarelawanan seperti mobility pelajar ke luar negara. Boleh baca akhbar ini dan ini.

Sukarelawan di Pusat Vaksinasi

Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) ditubuhkan dengan kerjasama agensi kerajaan yang bertujuan untuk melancarkan program imunisasi kerajaan. Oleh itu, MyVac membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai sukarelawan MyVac.

Anda pernah menjadi sukarelawan MyVac atau di mana-mana pusat vaksinasi? Jika pernah, anda boleh masukkannya ke dalam resume. Aktiviti sukarelawan dalam resume yang anda tulis itu menunjukkan bahawa anda seorang yang baik hati dan bertanggungjawab kerana suka membuat kerja yang mulia tersebut.

Sukarelawan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Sukarelawan JKM akan terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan yang dianjurkan oleh JKM di peringkat negeri, daerah, dan institusi. Aktiviti sukarelawan yang dijalankan oleh JKM ini membolehkan ahli sukarelawan memupuk semangat tolong-menolong sesama masyarakat.

Jika anda pernah melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan sebegini, anda boleh masukkannya ke dalam resume.

Skuad Prihatin Negara

Skuad Prihatin Negara melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menawarkan aktiviti kesukarelawanan kepada anda yang berminat dan mungkin tidak pernah melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan semasa di sekolah atau di universiti.

Cara Memasukkan Aktiviti Sukarelawan dalam Resume

Terdapat dua jenis sukarelawan yang boleh anda masukkan dalam resume. Sis Min dapatkan maklumat ini daripada laman web ini. Berikut adalah cara memasukkannya ke dalam resume:

Kerja Sukarelawan yang Berkaitan

Kerja sukarelawan berkaitan adalah gabungan dengan pengalaman kerja. Kerja sukarelawan yang berkaitan ini boleh ditulis di bawah kategori “Pengalaman” sebagai “Related Experiences” atau “Pengalaman Terkait”. Misalnya, dalam “Fundraising Experiences/Pengalaman Mengumpul Dana”. Contoh adalah seperti berikut:

Pengalaman Mengumpul Dana

Sukarelawan Pengumpul Dana

  • Merekrut dan melatih beberapa ahli sukarelawan
  • Merancang dan mempromosikan tabung dana dalam majlis
Aktiviti Sukarelawan dalam Resume

Kerja Sukarelawan yang Tidak Berkaitan | Aktiviti Sukarelawan dalam Resume

Aktiviti sukarelawan yang anda pernah sertai tidak ada kaitan dengan kerja yang anda mohon. Kebiasaannya dalam kategori Perkhidmatan Komuniti atau Kerja Sukarelawan. Berikut merupakan cara memasukkan aktiviti sukarelawan dalam resume:

Kerja Sukarelawan

Pengalaman Sukarelawan Program

  • Membuat kolaborasi bersama komuniti
  • Memberikan bantuan makanan asas

Selebihnya, ada boleh terangkan lebih lanjut semasa temu duga dijalankan. Oleh hal yang demikian, sebarang aktiviti yang anda pernah sertai, anda boleh ceritakan kepada penemu duga nanti. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai cara untuk memasukkan aktiviti sukarelawan dalam resume di link ini.

Aktiviti Sukarelawan dalam Resume
Pengalaman dalam Resume

Cukup sekadar itu sahaja perkongsian pada hari ini. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat menggalakkan anda untuk menceburkan diri dalam aktiviti sukarelawan. Hal ini supaya pengalaman tersebut boleh ditulis dalam resume.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.