Cara Mengatasi Anxiety Disorder
Kesihatan

Cara Mengatasi Anxiety Disorder – Bahaya Anxiety

Seorang penyanyi Malaysia, Imran Ajmain menghidapi masalah anxiety yang tidak dapat dikawal kerana beliau mempunyai masalah gugup pentas (fright stage), hal ini menyebabkan beliau menolak untuk menyertai Gegar Vaganza. Oleh hal yang demikian, perkongsian kali ini, Sis Min nak kongsikan cara mengatasi anxiety disorder supaya seseorang itu dapat menjalankan tugasan hariannya tanpa gangguan.

Secara umumnya, keresahan atau kebimbangan itu adalah normal dalam kehidupan manusia. Misalnya, bimbang apabila mengalami masalah di tempat kerja, resah sebelum mengambil apa-apa ujian dan sebagainya. Namun, dalam konteks ini, anxiety disorder merupakan penyakit mental yang berpunca daripada stres, rasa keseorangan, letih memikirkan masalah dan tiada sokongan daripada keluarga.

Menurut Malaysian Mental Health Association dalam Buku Panduan Kesihatan Mental, penyakit mental bakal menjadi masalah kesihatan kedua terbesar kepada rakyat Malaysia, menjelang tahun 2020. Satu daripada tiga orang dewasa yang berumur 16 tahun ke atas menghidap beberapa jenis masalah kesihatan mental. Masalah kesihatan mental yang dimaksudkan adalah seperti keresahan (anxiety), kemurungan, kecelaruan bipolar dan skizofrenia.

Cara Mengatasi Anxiety Disorder
Cara mengatasi anxiety disorder

Anxiety Disorder | Cara Mengatasi Anxiety Disorder

Anxiety merujuk kepada perasaan bimbang, gemuruh, gelisah, takut, dan khuatir yang melampau atau berlebihan dalam sesuatu situasi. Situasi tersebut sama ada yang belum berlaku mahupun perkara yang sudah berlaku tetapi memberi ancaman pada diri sendiri.

Seseorang yang mengalami anxiety akan berasa cemas, sukar bernafas, jantung berdegup dengan laju, memikirkan banyak perkara dalam satu masa dan paling ditakuti apabila memikirkan kematian tanpa sebarang sebab yang jelas.

Anxiety bukan sahaja berlaku pada orang dewasa, malahan, terjadi pada remaja sebagaimana yang dikatakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam portal rasminya. Boleh baca lebih lanjut mengenai anxiety dalam kalangan remaja di portal KKM.

Punca Anxiety | Cara Mengatasi Anxiety Disorder

Anxiety dikaitkan dengan masalah kesihatan mental yang berpunca daripada stres. Namun, ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu menghidap anxiety disorder. Faktor-faktornya adalah seperti berikut:

  • Genetik/Keturunan

Kebarangkalian seseorang untuk menghidap anxiety ini tinggi jika dalam kalangan ahli keluarganya ada yang pernah mengalami masalah kesihatan tersebut. Oleh hal yang demikian, inilah yang disebabkan oleh faktor keturunan.

  • Persekitaran

Persekitaran hidup yang penuh dengan tekanan dan dipenuhi orang yang berfikiran negatif. Selain itu, apa-apa peristiwa hitam yang pernah berlaku dalam hidup yang meninggalkan kesan trauma atau ancaman kepada diri seseorang juga boleh dikatakan sebagai punca individu itu mengalami anxiety. Misalnya, sejarah penyalahgunaan dadah, kematian orang tersayang, perceraian, perubahan persekitaran tempat tinggal, pekerjaan atau sekolah.

  • Tindak Balas Kimia Otak | Cara Mengatasi Anxiety Disorder

Masalah pemindahan maklumat antara neuron yang berlaku boleh mempengaruhi bagaimana otak menerima mesej dan bagaimana ianya akan bertindak balas.

  • Kesihatan Fizikal

Masalah kesihatan fizikal seperti seseorang yang mempunyai masalah tiroid atau aritmia jantung akan cenderung untuk mengalami masalah kesihatan mental.

Jenis-jenis Gangguan Keresahan | Cara Mengatasi Anxiety Disorder

Buku Panduan Kesihatan Mental ada menyatakan gangguan keresahan mempunyai jenis-jenisnya. Berikut merupakan jenis-jenis gangguan keresahan:

  • Gangguan Keresahan Menyeluruh

Generalized Anxiety Disorder (GAD) merupakan gangguan keresahan menyeluruh yang diserang perasaan resah dan bimbang yang melampau dan berlebihan, tentang peristiwa harian tanpa sebab yang logik untuk dirisaukan. Hal ini boleh mengganggu kerja seharian seseorang.

  • Gangguan Panik

Gangguan panik berlaku apabila seseorang diserang rasa takut secara tiba-tiba. Perkara ini boleh menyebabkan seseorang itu berpeluh, sakit dada, degupan jantung tidak teratur dan perasaan seperti dicekik. Hal ini juga boleh menyebabkan seseorang itu mungkin percaya yang dia mengalami serangan jantung.

Sukar untuk bernafas
  • Kecelaruan Obsesif-Kompulsif

Perasaan bimbang yang tidak ada sebab yang logik menyebabkan tingkah laku berulang dan pemikiran serta ritual yang obsesif. Misalnya, seseorang berasa takut dan bimbang yang tidak munasabah terhadap kuman akan membasuh tangan mereka secara obsesif. Ada juga yang mengira objek, memeriksa dan mempunyai perasaan yang tidak rasional seperti beranggapan bahawa dirinya sentiasa melakukan kesalahan.

  • Gangguan Stres Pascatrauma | Cara Mengatasi Anxiety Disorder

Gangguan stres pascatrauma boleh berlaku disebabkan oleh peristiwa traumatic seperti kemalangan, bencana alam, peperangan yang menyebabkan mangsa berada dalam krisis yang berkekalan dan menakutkan. Seseorang itu akan mengalami mimpi buruk dan pemikiran yang tidak terkawal tentang pengalaman yang pernah terjadi.

  • Gangguan Keresahan Sosial

Seseorang yang mengalami gangguan ini akan mengasingkan diri daripada ramai orang. Biasanya, seseorang itu seringkali berasa risau jika dirinya menjadi perbualan atau dijudge oleh orang lain. Hal ini kerana, seseorang itu risau dirinya berpelakuan dengan cara yang memalukan yang boleh menyebabkan cemuhan.

  • Fobia Khusus

Seseorang berasa takut atau fobia yang kuat terhadap sesuatu objek atau keadaan tertentu, seperti ular, ketinggian, laut atau menaiki kapal terbang.

Tanda Anxiety Disorder | Cara Mengatasi Anxiety Disorder

Seseorang yang mengalami anxiety disorder biasanya mengalami tanda seperti berikut:

  • Kesukaran untuk tidur
  • Sukar untuk bertenang
  • Kebimbangan yang melampau
  • Mudah berasa letih
  • Masalah senak yang kronik
  • Mengalami ketegangan otot
  • Mengalami gugup pentas

Jika anda mengalami tanda sebegini, segeralah berjumpa dengan pakar profesional seperti doktor atau pakar psikologi untuk mendapatkan nasihat atau tindakan selanjutnya.

Cara Mengatasi Anxiety Disorder
Kesukaran untuk tidur

Cara Mengatasi Anxiety Disorder

Ada pakar psikologi mengatakan terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah kesihatan mental, terutamanya anxiety disorder ini. Cara penyelesaian tersebut, Sis Min dapatkan daripada jurnal dan majalah.

Cara Perubatan

Teknik Pernafasan

Melatih seseorang yang mengalami masalah anxiety dengan teknik pernafasan merupakan salah satu jalan penyelesaian yang sangat baik, cepat dan mudah untuk melegakan tekanan dan keresahan. Pertama, hembuskan nafas perlahan-lahan. Kedua, beri tumpuan kepada hembusan nafas tanpa menghiraukan tarikan nafas. Tarikan nafas akan lebih panjang secara semula jadi jika hembusan nafas lebih lama. Ketiga, cuba lakukan hembusan nafas secara perlahan, berterusan dan lembut.

Menurut Dr. Zubaidi Hj. Ahmad, menerusi majalah Keluarga, beliau mengatakan bahawa anxiety disorder ini tidak mempunyai ubat yang boleh merawat anxiety selain daripada ubat penenang. Namun, jika mengambil ubat penenang secara berterusan, boleh menyebabkan seseorang itu hanya bergantung pada ubat. Hal ini kerana, anxiety bermula daripada minda dan fikiran, jadi, perlu dikawal dengan minda.

Berikut merupakan cara mengatasi anxiety yang dikongsikan oleh Dr. Zubaidi Hj. Ahmad:

  1. Mendekatkan diri kepada Allah dan latih diri untuk bergantung hanya kepada Allah.
  2. Menjauhkan diri daripada orang-orang yang berfikiran negatif.
  3. Mencari kawan yang berfikiran positif.
  4. Menghidupkan jiwa agama dengan membaca buku bermotivasi dan menonton cerita yang memberi semangat.

Cara mengatasi anxiety disorder mengikut Dr. Zubaidi Hj. Ahmad yang selebihnya, anda boleh baca di dalam laman web ini.

Cara Atasi dalam Islam

Cara atasi dalam Islam ini, Sis Min dapatkannya daripada sebuah jurnal dengan tajuk Kebimbangan dari Perspektif Psikologi Islam dan Cara Mengatasinya. Perasaan bimbang dan gelisah (keluh kesah) memang tidak dapat dipisahkan dalam diri manusia, sebagaimana dalam firman Allah, Surah Al-Ma’rij ayat 19-21:

“Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah; Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi bakhil.

– Surah Al-Ma’rij, ayat: 19-21

Manakala dalam Surah Al-Ma’rij ayat 22-35, Allah menyatakan lapan sifat yang perlu dimiliki oleh individu untuk mengubati penyakit gelisah/anxiety disorder ini.

“Kecuali orang-orang yang melaksanakan solat. Mereka yang tetap setia melaksanakan solatnya. Dan orang-orang yang dalam hartanya disiapkan bahagian tertentu. Bagi orang (miskin) yang meminta dan yang tidak meminta. Dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan. Dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya. Sesungguhnya azab Tuhan mereka, tiada sesiapa yang berasa selamat (daripada kedatangannya). Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak termasuk dalam kalangan yang tercela. Maka barang siapa yang mencari di luar daripada itu (seperti zina, homoseks, dan lesbian), mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan bagi orang-orang yang memelihara amanah dan janjinya. Dan orang-orang yang berpegang teguh pada kesaksiannya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itu dimuliakan di dalam syurga.”

– Surah Al-Ma’rij, ayat: 22-35

8 Sifat yang Disebutkan dalam Surah Al-Ma’rij | Cara Mengatasi Anxiety Disorder

Berdasarkan ayat 22-35, terdapat lapan sifat yang merupakan cara mengatasi anxiety disorder adalah seperti berikut:

  1. Tetap menunaikan solat.
  2. Menunaikan harta dengan sedekah dan zakat.
  3. Beriman kepada hari akhirat dengan mengerjakan amal-amal soleh.
  4. Takut kepada azab Allah dan segera meninggalkan perkara yang dimurkai Allah.
  5. Menjaga kehormatan diri daripada zina.
  6. Orang yang menjaga amanah dan janji.
  7. Menjadi saksi yang adil.
  8. Orang yang sentiasa memelihara solatnya.

Anda boleh baca lebih lanjut mengenai cara mengatasi anxiety disorder di sini.

Cukup sekadar itu perkongsian pada hari ini. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat membantu anda dan orang sekeliling untuk menenangkan diri jika mengalami keresahan. Tindakan selanjutnya, anda perlulah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.