Cara Hilangkan Kutu Beras
Masakan, Pendidikan

Cara Hilangkan Kutu Beras dengan Berkesan

Anda perasan tak dalam beras dan tepung selalu ada serangga? Serangga itulah yang dipanggil sebagai kutu beras atau juga dikenali sebagai bubuk. Kutu beras ini boleh merosakkan kualiti beras. Kalau ada kutu beras, apa yang anda akan lakukan? Buang beras ke? Jangan! Kita boleh gunakan beras yang sama tapi, ada cara hilangkan kutu beras dengan betul supaya beras boleh digunakan.

Sis Min nak kongsikan 10 cara untuk buang kutu beras. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati. Segala maklumat berkaitan dengan petua menghilangkan kutu beras ini, Sis Min dapatkan daripada laman web Sirap Limau, Sinar Plus, dan Rasa.

Cara Hilangkan Kutu Beras

10 Cara Hilangkan Kutu Beras

Hanya gunakan 10 bahan ini, kutu beras pasti pergi dan tidak membuat sarang lagi! Antara cara yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

#1 Daun Limau Purut

Letakkan daun limau purut dalam bekas simpanan beras. Aroma yang keluar daripada daun limau purut dikatakan mampu menghalau kutu beras, sekali gus mampu melenyapkan bau hapak beras. Anda boleh meletakkan daun limau purut pada bahagian atas, tengah dan bawah bekas simpanan beras untuk menghalau kutu beras dengan lebih cepat.

#2 Cili Kering

Bahan yang paling berkesan untuk menghilangkan serangga seperti kutu beras ialah menggunakan cili kering. Cili kering yang dipotong dua perlulah dimasukkan ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering yang mengeluarkan rasa pijar dan baunya yang kuat menyebabkan kutu beras akan pergi kerana tidak tahan akan kepanasan cili kering.

Cara Hilangkan Kutu Beras

#3 Bawang Putih | Cara Hilangkan Kutu Beras

Bawang putih antara bahan yang mengeluarkan aroma dan bau-bauan yang kuat dan mampu menghalau kutu beras. Hal ini dikatakan demikian kerana, menurut Rasa, kutu beras tidak menyukai benda yang berbau. Caranya, masukkan beberapa ulas bawang putih ke dalam bekas simpanan beras.

Cara Hilangkan Kutu Beras

#4 Asam Gelugur Kering/Asam Keping atau Asam Jawa

Anda boleh menggunakan asam gelugur kering/asam keping atau asam jawa untuk melenyapkan kutu beras. Caranya, anda hanya perlu meletakkan beberapa keping asam gelugur dalam bekas simpanan beras. Pastikan bekas simpanan beras yang anda gunakan itu mempunyai penutup. Hal ini supaya bau dan rasa daripada asam gelugur tadi terperangkap dalam bekas simpanan dan menyebabkan kutu beras berasa tidak selesa dengan aroma yang dikeluarkan oleh asam gelugur.

#5 Daun Pandan | Cara Hilangkan Kutu Beras

Daun pandan juga mengeluarkan aroma yang kuat dan tidak disukai oleh kutu beras/bubuk. Caranya, masukkan beberapa helai daun pandan ke dalam bekas simpanan beras dan tutupkannya. Meskipun daun pandan mengeluarkan bau-bauan yang tidak disukai oleh kutu beras, namun ianya dapat mewangikan beras!

#6 Daun Pudina

Bahan yang mampu mengeluarkan bau yang kuat ialah daun pudina. Sememangnya daun pudina mengeluarkan bau yang segar namun, baunya tetap tidak disukai oleh kutu beras. Caranya, anda boleh gunakan daun pudina yang dikisar menjadi serbuk atau diramas bagi mengeluarkan bau-bauannya. Kemudian, masukkan ke dalam bekas simpanan beras. Daun pudina tadi boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras. Sudah pasti kutu beras tidak mahu membuat sarang di dalam beras lagi!

#7 Kulit Kayu Manis | Cara Hilangkan Kutu Beras

Cara hilangkan kutu beras yang seterusnya ialah menggunakan kulit kayu manis. Kulit kayu manis mengeluarkan bau yang kuat dan dikatakan mampu menghalau kutu beras. Cara yang paling mudah, sangai beberapa kulit kayu manis sehingga menghasilkan bau yang harum. Kemudian, masukkan ke dalam satu uncang dan letakkan di dalam bekas simpanan beras.

#8 Masukkan Beras ke dalam Freezer

Jika anda sudah buntu untuk hilangkan kutu beras ini, anda boleh masukkan beras ke dalam peti ais bahagian freezer selama 3 hari. Hal ini dikatakan demikian kerana, kutu beras dan telurnya akan mati dan tidak akan menetas.

#9 Menggunakan Kain Lembap | Cara Hilangkan Kutu Beras

Seterusnya, anda boleh menggunakan kain lembap untuk menghalau kutu beras. Caranya, gunakan kain lembap untuk menutupi beras supaya kutu beras akan menempel pada kain lembap tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, kutu beras dipercayai menyukai tempat yang sejuk dan lembap. Jika kain lembap tadi sudah dipenuhi dengan kutu beras, buang kutu beras tersebut dan ulang semula jika kutu beras masih kelihatan.

#10 Jemur di Bawah Matahari

Anda letakkan beras ke atas dulang. Kemudian, letakkan cili kering dan jemur beras di bawah matahari terik. Anda digalakkan untuk menggembur beras di atas dulang supaya kutu beras keluar daripada timbunan beras. Cara ini sangat sesuai untuk beras yang mempunyai bubuk yang terlalu banyak.

Mudah saja kan cara hilangkan kutu beras dengan beberapa bahan yang mudah? Bahan yang digunakan juga murah dan yang paling penting berkesan menghalau kutu beras. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Kepada yang Minat Memasak Tapi Malas Nak Basuh Periuk Kuali Besar-besar, Jom Dapatkan Mini Multicooker Pot Ini!

Nak panaskan makanan, masak nasi, masak maggi, masak hidangan berkuah dan sebagainya? Anda boleh sahaja gunakan Mini Multicooker Pot ini. Jom dapatkannya di sini >> https://shope.ee/qJFGukYbr.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.


Jom layari Sisrasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *