5 Resepi Roti Diet
Kesihatan, Masakan

5 Resepi Roti Diet | Mudah, Sedap dan Rendah Kalori

Orang sering mengganggap diet sebagai pelan penurunan berat badan dan membatasi pemakanan seharian. Tetapi, diet sihat yang sebenar seharusnya melibatkan pemakanan yang merangkumi keseimbangan beberapa kumpulan makanan kerana, satu kumpulan makanan sahaja tidak cukup untuk menyediakan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Jadi, jom Sis Min kongsikan 5 resepi roti diet yang mudah dibuat, sedap dan paling penting, rendah kalori!

5 Resepi Roti Diet

Resepi diet yang mudah ini Sis Min dapat dari Facebook Nurul Izzah Zalani.

1. Roti John Tuna | 360 KCal

5 Resepi Roti Diet
Sumber: Facebook Nurul Izzah Zalani

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Roti putih – 2 keping
  • Telur – 2 biji
  • Tuna chunks in water 40g
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serbuk cili
  • Serbuk kari
  • Garam
  • Coral lettuce
  • Timun
  • Kubis
  • 1/2 Kewpie mayonis – sedikit
  • Sos cili- sedikit

Cara penyediaan:

  1. Bancuh telur, bawang merah, bawang putih, tuna, serbuk cili, serbuk kari dan garam. Masak atas kuali dan tekapkan pada roti (macam buat roti john).
  2. Tambahkan salad, timun dan kubis yang telah disagat.
  3. Tambahkan sedikit mayonis dan sos cili.

2. Sandwich Telur & Sayur | 339 KCal

Sumber: Facebook Nurul Izzah Zalani

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Roti wholemeal – 2 keping (Tips tambahan: Bakar dahulu untuk dapatkan tekstur garing)
  • Telur rebus (L) – 2 biji (dihancurkan seperti dalam gambar)
  • Kewpie mayonis – 1 tsp
  • Veggies – diletakkan sedikit (Tips tambahan: potong dadu/kecil-kecil)
  • Bawang merah
  • Lada merah
  • Timun
  • Lobak
  • Fresh parsley
  • Garam
  • Serbuk lada hitam

Cara penyediaan:

  1. Sapukan kesemua bahan pada roti wholemeal yang telah dibakar tadi.

Tips tambahan: Gaul sekali dengan sedikit greek yogurt untuk rasa lebih sedap!

3. Roti Bakar Pisang & Jem Strawberi | 62 KCal (5 Resepi Roti Diet)

Sumber: Facebook Nurul Izzah Zalani

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Roti (dibakar untuk dapatkan tekstur rangup
  • Pisang
  • Jem strawberi

Cara penyediaan:

  1. Sapukan jem strawberi dan letakkan pisang pada roti yang telah dibakar.

4. Tiramisu French Toast |298 KCal

5 Resepi Roti Diet
Sumber: Facebook Nurul Izzah Zalani

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Roti wholemeal – 2 keping
  • Telur – 1 biji
  • Susu segar – 2 tbsp
  • Bancuhan serbuk kopi – sedikit
  • Zero calorie sweetener
  • Natural yogurt
  • Strawberi – 2 biji
  • Serbuk koko

Cara penyediaan:

  1. Campurkan telur, susu, bancuhan serbuk kopi dan zero calorie sweetener. Buat roti telur atas non-stick pan.
  2. Letakkan potongan strawberi di antara dua roti, dan sapukan yogurt dan serbuk koko sebagai topping.

Tips tambahan: Bahagian tengah roti ditekan-tekan sebelum letak yogurt.

5. Yogurt Toast dengan Pisang | 279 KCal

5 Resepi Roti Diet
Sumber: Facebook Nurul Izzah Zalani

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Roti
  • Yogurt
  • Pisang

Cara penyediaan:

  1. Sapukan roti dan letakkan yogurt pada pisang.
  2. Masukkan roti tadi ke dalam air fryer.

Tips tambahan: Letakkan madu dan almond butter sebagai topping untuk rasa yang lebih sedap.

Mudah, kan? Siapa kata kalau diet sihat memerlukan kos yang tinggi dan makanan yang tak sedap? Jadi, tunggu apa lagi? Jom cuba 5 resepi roti diet yang dikongsikan ini dan mula ubah tabiat pemakanan ke arah yang lebih sihat!

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.