Makan Murah Sedap Kulim di Restoran Pegaga
Masakan

Makan Murah Sedap Kulim di Restoran Pegaga

Siapa yang ada dekat area Kulim, jangan lupa singggah ke Restoran Pegaga Kulim tau! Lagi – lagi yang tengah tight budget tapi still nak makan sepuas hati haha. Kenapa? Mari Sis Min cerita tentang Restoran Pegaga yang terletak di Kulim ini.

Port Masakan Melayu ala kampung yang tak mengecewakan

Biarpun under tight budget, pengunjung masih boleh menikmati makanan yang sedap tanpa risau akan duit poket walaupun dah tengah bulan. Lokasi yang strategik di hadapan UniKL Kulim dan kawasan pejabat menjadikan ia sering dikunjungi orang ramai dan mudah untuk dicari, sesuai dengan gelaran makan murah sedap area Kulim ini. Selain set masakan ayam kampung, ada pelbagai set jenis ikan juga. Para pembaca boleh klik link ini atau tonton sahaja video dibawah tentang Restoran Pegaga ini ya!

@nisamasy

📍Pegaga, Kulim. (Berhadapan UniKL Kulim). Port makan murah waktu malam, ada cencaru sumbat wey 😍🫶🏻 #nisamasy #fypシ #makanlokal #onthisday #pegagakulim #pegagacafekulim

♬ original sound – BepXua – BepXua

Makan Murah Sedap Kulim di Restoran Pegaga- Set Talam dan Set Cencaru Terbang Malam

Nak cuba set ikan popular, cuba dulu set cencaru terbang malam. Ianya adalah set cencaru sumbat sambal dan ulam – ulam dengan kuah gulai pekat utara dan sambal belacan yang memikat, lagi lagi kalau hidang panas – panas.

Set ikan bawal pun tak kurang hebatnya kalau nak makan selain ikan jaket cencaru. Tapi cuba dulu set cencaru terbang malam tu ya. Boleh tengok di bawah video TikTok Restoren Pegaga cara mereka masak dan hidangkan kepada pelanggan, atau klik sahaja link ini!

Set ayam kampung pun tak kurang hebatnya. Masih ada peminatnya yang tersendiri, lebih – lebih lagi bagi orang yang kurang selera dengan seafood. Tapi, kalau para pembaca yang tinggal di area Kulim, atau penuntut UniKl yang ingin set talam Restoran Pegaga, jangan risau! Kalau terfikir dimana nak dapatkan set talam murah dan sedap di Kulim, ingatlah set talam Restoran Pegaga !

Makan Murah Sedap Kulim di Restoran Pegaga

Sis Min juga sertakan sekali video TikTok tentang Set Talam di Restorang Pegaga, jadi para pembaca boleh bayangkan sedapnya Set Talam mereka! Jadi, buat penuntut UniKl yang stres dengan hidup mahasiswa, boleh sahaja ke Restoran Pegaga. Restoran Pegaga ini adalah budget-friendly untuk pelajar! Klik sahaja link ini atau tonton video dibawah ya!

Makan Murah Sedap Kulim di Restoran Pegaga- Set Bubur Berlauk

Kalau tekak tak rasa nak makan berat sangat, boleh cuba bubur berlauk sebagai makan murah sedap Kulim kita yang lain. Hidangan tak seberat set nasi, tapi masih gerenti kenyang dan menyelerakan. Mana tak puas hati walaupun makan bubur berlauk sahaja.

Harga pun bawah RM10 tapi padat dengan lauk ayam hiris, sambal dan ikan masin, sayur ulam, kangkung belacan terangkat, kekacang dan telur masin yang sedap! Hidangan dalam mangkuk besar ya. Kalau tengah rushing atau tengah tak sedap badan memang eloklah order bubur ini. Sis Min sertakan sekali testimoni pelanggan yang dah cuba bubur berlauk Restora Pegaga!

Restoran Pegaga- Makanan Melayu Ala Kampung Set Talam

Buat mereka yang mencari port makanan melayu sedap di kawasan sekitar Kulim, jemputlah datang ke Restoran Pegaga di hadapan UniKl. Restoran ini juga menyediakan surau untuk mereka yang ingin berbuka puasa di sana . Untuk tempahan awal, boleh hubungi:

Bagi para pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Restoran Pegaga atau bermintat dengan makanan Melayu dan Set Talam, boleh Like, Follow dan Subscribe saluran media Restoran Pegaga ini seperti yang tertera. Selamat berpuasa!

Instagram | Facebook | TikTok | Whatsapp

Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “Makan Murah Sedap Kulim di Restoran Pegaga” ini. Jumpa lagi di lain posting dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *