CARA HILANGKAN SAKIT GIGI FEATURED
Kesihatan

Cara Hilangkan Sakit Gigi

Ni mesti ramai yang tengah cari petua nak hilangkan sakit gigi ni kan? Haa kat sini ada beberapa cara untuk tuan/puan hilangkan rasa sakit gigi tu! Tapi sebelum tu, mari kita baca dengan lebih lanjut dulu perihal sakit gigi ya.

Sebelum tahu cara hilangkan sakit gigi, bagaimana ia boleh terjadi?

Punca utama untuk sakit gigi sahaja adalah kerosakan gigi (karies gigi). Rata – rata doktor gigi bersetuju yang gigi rosak pula berpunca daripada penjagaan kebersihan gigi yang kurang memuaskan.

Selain daripada gigi rosak, sakit gigi juga boleh disebabkan oleh punca-punca seperti:

  • Penyakit keradangan gusi
  • Gigi sensitif
  • Gigi retak
  • Gigi tersepit, terutama sekali gigi bongsu yang tumbuh senget
  • Abses gigi**(nanah di bahagian poket gusi)
  • Sakit sendi rahang

Seterusnya, punca sakit gigi juga boleh terjadi selain dari gigi atau rahang seperti:

  • Sinus tersumbat
  • Penyakit jantung atau kanser paru-paru
  • Sakit telinga
  • Trigeminal Neuralgia (TGN) – Keadaan dimana kesakitan yang dialami adalah tajam dan mencucuk yang dialami sekitar saraf trigeminal yang terletak di kawasan muka dan mulut.

Punca Sakit Gigi (Berlubang)

Ramai kan yang tak tahu kenapa gigi berlubang? Tau – tau je lubang dah ada.

Gigi berlubang selalunya bermula daripada lubang yang kecil dan tidak dirawat. Pada mulanya lubang ini tidak menyebabkan apa-apa masalah atau sakit sehingga saiznya besar.

Namun, dengan hanya pemeriksaan doktor gigi secara berkala sahaja boleh mengesan lubang kecil pada bahagian gigi ini tau.

Lubang pada gigi adalah disebabkan pembentukan plak pada gigi. Plak pula merupakan gabungan:

• Bakteria
• Air liur
• Asid
• Serpihan makan

Kalau tuan puan semua nak tahu, Semua orang mempunyai bakteria secara semulajadi di dalam mulutnya. Selepas makan atau minum air yang bergula, bakteria akan menukarkan gula kepada bahan yang berasid. Ini menyebabkan plak tersebut terbentuk sebaik sahaja seseorang itu habis makan. Sebab itulah perlunya seseorang itu kerap menggosok gigi. Plak ini melekat pada gigi dan sedikit demi sedikit asid yang terhasil akan menghakis lapisan enamel gigi.

[gambar]

Ianya tersangatlah berisiko jika tidak menerima rawatan segera tau! Sakit gigi ini boleh menyukarkan kita untuk menjalani kehidupan harian malah pekerjaan kita!

Komplikasi sakit gigi yang lain termasuklah:

  • Kesukaran membuka mulut, mengunyah makanan ataupun tidur. 
  • Sakit gigi berdenyut yang berterusan, juga pada gusi dan rahang.
  • Gusi atau pipi di bahagian gigi yang terlibat boleh membengkak.
  • Kehilangan gigi atau gigi boleh mati sepenuhnya.
  • Mulut juga berisiko akan mengeluarkan bau yang tidak nyaman.

Abses gigi tidak akan hilang tanpa rawatan. Sekiranya abses pecah, rasa sakit gigi berdenyut akan berkurang namun anda masih memerlukan rawatan pergigian.

Sekiranya poket nanah tidak kering sepenuhnya, jangkitan boleh merebak ke bahagian rahang, leher atau kepala anda. Jika ia masuk dalam saluran darah anda, ia boleh menyebabkan jangkitan yang mengancam nyawa. Seandainya anda mempunyai sistem imun badan yang lemah dan tidak merawat abses gigi, risiko jangkitan anda semakin meningkat.

Jadi tunggu apa lagi? Kalau anda rasa anda ada simptom-simptom sakit gigi atau gigi anda berlubang, lebih baik anda pergi membuat rawatan segera okay. Klinik pergigian Verde Amani pun ada tau buat rawatan untuk masalah gigi berlubang dan banyak lagi.

Cara Hilangkan Sakit Gigi:

Sebenarnya berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan adalah cara yang terbaik untuk menghilangkan sakit gigi ni, tapi kalau kena set appointment dulu dan rasa sakit dah tak tertanggung, boleh cuba dulu ikhtiar pelega ya.

Berikut adalah cara hilangkan sakit gigi sementara oleh doktor gigi Klinik Pergigian Verde Amani (VADC) ya:

  • Berkumur-kumur atau gunakan flos secara perlahan-lahan untuk mengeluarkan sisa makanan di celah-celah gigi.
  • Berjumpa dengan Doktor gigi untuk membuat pemeriksaan dan rawatan dengan segera.
  • Makan ubat penahan sakit mengikut nasihat dan saranan Doktor.

Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat: Cara Hilangkan Sakit Gigi

Sama ada anda pernah mengalami sakit gigi atau tidak, Anda tetap harus menjaga sekaligus merawat kebersihan gigi serta mulut. Hal ini merupakan bentuk upaya yang boleh anda lakukan untuk mencegah sakit gigi dan berbagai masalah lainnya pada mulut, gusi, dan lidah.

Memberus Gigi Secara Rutin

Rutin memberus gigi setiap hari adalah cara mencegah sakit gigi yang paling utama tapi sering dianggap remeh. Sangatlah digalakkan mengamal rutin memberus gigi dua kali dalam sehari. Hal ini kerana memberus gigi bermanfaat untuk membersihkan sisa makanan serta plak yang mengandungi bakteria di dalamnya.

Apabila plak tidak dibersihkan, plak menghasilkan asid yang boleh merosakkan enamel, menyebabkan rongga. Plak yang tidak dibersihkan juga akan terkumpul, mengeras, dan berubah menjadi tartar (tartar).

Menggunakan Ubat Gigi Yang Betul

Semasa menggosok gigi, cuba gunakan ubat gigi yang betul. Memilih ubat gigi dengan fluorida boleh menjadi salah satu cara untuk mengelakkan sakit gigi.

Kenapa? Ini kerana kandungan di dalamnya didakwa mempunyai kepekatan mineral yang lebih tinggi. Di samping itu, terdapat beberapa faedah fluorida untuk gigi, seperti:

  • Ia mengingatkan semula enamel gigi dengan mengikat kawasan yang terkena kerosakan dan menarik mineral lain seperti kalsium.
  • Mencegah kerosakan lebih lanjut dengan merangsang pengeluaran fluorapatit. Iaitu, enamel gigi yang mampu menahan asid dan bakteria.
  • Terdapat sebatian antibakteria yang dapat menghambat pertumbuhan bakteria sambil mencegah mikroba lain melekat pada gigi.

Periksa Gigi Anda Secara Berkala Kepada Doktor

Adakah anda pergi ke doktor gigi setiap 6 bulan? Walaupun sebilangan orang menganggapnya sebagai perkara biasa, pemeriksaan doktor oleh doktor dapat mengesan dan merawat pelbagai masalah pergigian yang sebelumnya tidak anda ketahui

Kadang-kadang, anda sendiri tak sedar bahawa anda mempunyai rongga dan tartar kerana mereka tidak menyebabkan kesakitan pada mulanya. Hati-hati, kerana lubang yang tidak dirawat akan menyebabkan jangkitan yang merebak ke akar gigi.

Oleh itu, bagaimana untuk mengelakkan sakit gigi yang harus anda lakukan. Walaupun setiap orang mempunyai keadaan gigi dan mulut yang berbeza, disarankan untuk melakukan pemeriksaan gigi secara berkala setiap 6 bulan. Jika ada keluhan, anda harus segera berjumpa doktor sebelum gigi sakit. Anda boleh membuat rawatan di klinik pergigian Verde Amani kerana terdapat banyak testimoni positif yang di berikan.

cara hilangkan sakit gigi - kanak kanak suka
Kanak – kanak tenang bersama doktor gigi VADC, ibu bapa pun suka 🙂
Good customer service
Tak mahal, berbaloi. Dan, ada yang sanggup datang dari jauh nak dapatkan rawatan disini!

Menghadkan Makanan Atau Minuman Yang Boleh Merosakan Gigi

Bagi sebilangan orang, pengambilan makanan atau minuman tertentu tidak menjadi masalah. Sebenarnya, terdapat beberapa jenis makanan atau minuman yang boleh menyebabkan sakit gigi. Contohnya, seperti makanan atau minuman yang panas, sejuk, masam, melekit, dan terlalu manis. Bagaimana untuk mengelakkan sakit gigi yang satu ini sering dilupakan. Sekiranya anda mempunyai gigi sensitif, gula atau asid boleh merosakkan enamel yang melindungi saraf.

Makanan sedap dan manis pelbagai rasa tu memang satu nikmat yang besar. Cuma, jangan lupa untuk bersihkan gigi selepas itu ya. Dan makanlah mengikut saranan yang telah digariskan. Lama lagi nak pakai gigi tu haha.

Penjagaan gigi sangatlah penting ya! Jangan lah biarkan gigi kita rosak. Segera dapatkan rawatan jika anda rasa ada simptom-simptom seperti di atas okay! Sama sama kita jaga gigi kita supaya kelihatan cantik dan tak menjejaskan kesihatan kita okay!

Bersenam

Melakukan senaman akan melepaskan endorphin di mana ia merupakan penenang rasa sakit semua jadi. Cara lain untuk melegakan rasa sakit dengan melakukan aktiviti bersenam seperti berlari dan apa jua jenis senaman


Jika tuan puan memerlukan rawatan atau khidmat perundingan kaunseling perihal gigi, anda boleh hubungi VADC untuk temujanji atau appointment di talian nombor +60175771657 atau klik disini untuk WhatsApp.

Baca dengan lebih lanjut tentang klinik gigi VADC yang Sis Min syorkan disini.

Disclaimer: Artikel ini sekadar sebagai bahan bacaan umum dan tidak bertujuan untuk memberikan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan yang khusus. Sebagai pertanyaan lanjut boleh ditujukan kepada pihak klinik pergigian seperti Verde Amani di sini ya.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *