Tema Warna Baju Raya 2024
Fesyen

Tema Warna Baju Raya 2024

Sis Min rasa, ramai yang masih belum decide tema warna baju raya 2024 yang ingin dipakai pada hari raya pertama kali ini kan? Jangan risau tau, sebenarnya Sis Min pun belum beli lagi baju raya tahun ini disebabkan dilema warna apa yang sesuai untuk dipilih. Mana tidaknya, banyak betul baju dengan pilihan warna yang cantik-cantik ditawarkan oleh kedai-kedai baju di seluruh Malaysia ini.

Lebih-lebih lagi, saingan pengeluar baju raya tahun ini semakin sengit dan saling tak kurang hebatnya. Contohnya, pengeluar baju raya berjenama Bulan Bintang dan Elrah Exclusive. Makin rambang matalah kita semua hendak memilihnya.

Senarai Tema Warna Baju Raya 2024 Paling Popular

Tema Warna Baju Raya 2024

Sis Min adalah mencari-cari juga warna yang kian menjadi buah mulut netizen pada awal-awal ramadhan ini. Setelah puas memerah keringat, akhirnya Sis Min jumpalah beberapa warna yang mungkin boleh membantu anda semua membuat pilihan. Tanpa membuang masa, jom Sis Min kongsikan!

Antara warna yang paling poppular tahun 2024 ini adalah:

  1. Orange Brick
  2. Pistachio Green @ Dusty Green
  3. Baby Blue
  4. Black (Hitam)
  5. Maroon
  6. Nude Brown (Warna nampak aesthatic)

Sis Min pasti kalau anda baca senarai ini, banyak juga pilihan warna yang belum pernah digunakan oleh anda semua untuk hari raya pada tahun-tahun yang lepas kan? Haa.. Inilah masa yang tepat untuk anda cuba pakai untuk seisi keluarga.

Kalau anda tidak dapat nak bayangkan warnanya, bolehlah anda tonton video dibawah untuk rujukan.

Sumber: Video TikTok perkongsian dari akaun @bylovebuy

Kalau anda masih belum dapat membuat keputusan atau kurang gemar dengan warna tersebut, Sis Min kongsikan juga pilihan tambahan dibawah ini yang boleh anda pilih mengikut selera anda.

Senarai tambahan warna baju raya menarik tahun 2024:

  1. Apple Mint
  2. Ash Blue
  3. Soft Yellow
  4. Navy Blue
  5. Egg White
  6. Red (Merah)
  7. Emerald Green
  8. Light Brown
  9. Hot Pink
  10. Dark Brown
  11. Turqoise
  12. Silver
  13. Olive Green

Jika anda ingin melihat warna-warnanya, bolehlah anda tonton video dibawah ini ya.

Sumber: Video TikTok perkongsian dari akaun @murahrezekiqayla

Sis Min harap senarai warna ini dapatlah membantu anda sedikit sebanyak untuk membuat keputusan dalam memilih warna baju raya yang paling sesuai untuk tahun 2024 ini ya. Semoga bermanfaat untuk anda semua!

Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “Tema Warna Baju Raya 2024” Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *