hiasan sesuai untuk raya
Fesyen, Hiasan Rumah

Hiasan Sesuai Untuk Hari Raya

Anda semua masih buntu nak cari hiasan sesuai untuk hari raya di rumah? Jangan risau, kali ini Sis Min akan kongsikan kepada anda semua apakah dekorasi yang sesuai untuk anda letakkan di rumah anda supaya rumah anda nampak lebih berseri sepanjang syawal ini.

Anda tak perlu risau tentang kos kerana Sis Min akan kongsikan hiasan-hiasan yang mampu milik dan dengan harga yang berpatutan untuk dibeli. Dijamin anda semua akan tersenyum melihat suasana dan rupa baru rumah anda nanti!

Hiasan Yang Sesuai Untuk Diletakkan Di Rumah Sempena Hari Hari Raya

Dalam perkongsian kali ini, Sis Min akan kongsikan hiasan yang sesuai untuk anda letakkan dirumah beserta dengan link shopee ya. Tujuan Sis Min adalah supaya anda boleh terus buat kira-kira kos yang anda akan keluarkan nanti. Oleh itu, anda dapat mengeluarkan perbelanjaan yang sesuai dengan bajet anda.

1. Pelita Buluh

Hiasan Sesuai Untuk Hari Raya

Pelita Buluh biasanya digunakan untuk menghias laman rumah semasa hari raya. Ia sudah menjadi tradisi sejak zaman dahulu lagi. Ironinya, ia masih lagi menjadi sangat menarik diletakkan di keliling rumah dan rumah semakin nampak berseri.

Link Shopee: https://shope.ee/5AVbcDcf7A

2. Lampu LED (Lampu Kelip-Kelip)

Hiasan Sesuai Untuk Hari Raya

Lampu LED didatangkan dengan pelbagai bentuk, rupa, dan warna. Ada pelbagai lampu LED dekoratif yang memiliki bentuk-bentuk yang menarik mengikut tema yang sesuai dengan Hari Raya, seperti bintang, bulan sabit, dan ketupat. Anda boleh memilih sesuai dengan citarasa anda. Lagi banyak lampu, lagi meriah rumah anda pada waktu malam.

Link Shopee: https://shope.ee/7zpmzdeDul

3. Pokok Bunga Hiasan

Hiasan Sesuai Untuk Hari Raya

Anda boleh menyusun bunga-bunga segar dalam pasu yang minimalis dan letakkan di meja makan, meja di ruang tamu, disisi sofa, atau di sebelah pintu. Pilih bunga-bunga dengan warna yang cerah dan segar untuk menambahkan sentuhan alam semulajadi pada ruangan rumah anda..

Link Shopee: https://shope.ee/2As0F9bPs1

4. Kad Hiasan Hari Raya (Kad Ucapan Hari Raya)

Hiasan Sesuai Untuk Hari Raya

Kad hiasan hari raya ini sudah semakin kurang dihias di rumah-rumah pada masa kini. Sis Min rasa mungkin kerana sekarang ini ramai yang sudah beralih ke arah digital dan mengucapkan hari raya di laman sosial. Akan tetapi, jika anda masih inginkan mood raya seperti dulu-dulu bolehlah anda pertimbangkan ya!

Link Shopee: https://shope.ee/3fgo1nlWhU

Semoga maklumat yang Sis Min kongsikan hari ini memberi manfaat kepada anda semua ya. Selamat Hari Raya diucapkan buat semua umat islam di seluruh dunia. Diharapkan syawal kali ini dirayakan dengan gembira disamping keluarga anda yang tercinta.

Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “Tema Warna Baju Raya 2024” Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *