Top 10 Seniwati Zaman Hitam Putih
Hiburan, Selebriti

Top 10 Seniwati Zaman Hitam Putih Paling Cun

Top 10 seniwati zaman hitam putih yang berada dalam senarai Sis Min ini kebanyakannya pernah mencuba nasib mengkaryakan bakat mereka di Singapura. Singapura, yang merupakan pusat anak seni Melayu pada zaman hitam putih ini telah menjadi platform bagi para seniwati untuk mencuba nasib sebagai pelakon, penyanyi, atau bekerja dalam industri perfileman pada tahun 1930-an.

Gandingan heroin juga menjadi faktor yang memuaskan para penonton ketika menonton skrip di skrin besar pada waktu itu. Setiap produksi filem baru pada waktu itu pasti amat dinanti-nantikan oleh para penonton tau!

Oleh itu, jom kita ketahui antara senarai top 10 seniwati zaman hitam putih yang paling cun dan berbakat dalam dunia perfileman Singapura.

Top 10 Seniwati Zaman Hitam Putih Paling Cun

1) Sarimah Ahmad

Top 10 Seniwati Zaman Hitam Putih

Sarimah Ahmad dilahirkan pada 28 April 1942 di Pulau Rusa, Pekan Pahang. Beliau mempunyai wajah yang cantik dan sering dianggap sebagai primadona pada zaman 1960an sehingga 1970an. Sarimah telah berlakon sebanyak lebih daripada 48 filem termasuklah Ibu Mertuaku, Madu 3 dan 3 Abdul.

Beliau juga hampir melahirkan produk kecantikan, namun terpaksa dibatalkan kerana kematian suaminya. Sarimah pernah berkahwin sebanyak 4 kali iaitu bersama Zulkifli Ahmad, Yusof Majid, Senator Dr Nordin Selat dan Datuk Paduka Pengiran Haji Hidup Hashim.

2) Zaiton Abdullah

Top 10 Seniwati Zaman Hitam Putih

Zaiton Abdullah pula dilahirkan pada 2 April 1937 di Changi, Singapura. Beliau mempunyai kulit sawa matang dan wajah ayu yang menawan hati para peminatnya. Zaiton menjadi terkenal menerusi filem Hang Tuah dan memenangi 8 anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem tersebut.

Beliau juga telah menjadi satu-satunya artis Tanah Melayu yang dipilih untuk mewakili Pacific Festival yang berlangsung di San Francisco, California pada tahun 1958. Antara filem-filem yang dibintanginya ialah Ali Baba Bujang Lapok, Anakku Sazali dan Bujang Lapok.

3) Maria Menado

Top 10 Seniwati Zaman Hitam Putih
Sumber: VocabPahang

Maria Menado merupakan seorang bintang Melayu yang terkenal pada tahun 1957 hingga 1963. Beliau dilahirkan pada 2 Februari 1932 dan memeluk Islam ketika berumur 19 tahun, dan kemudian berkahwin dengan seorang petinju bernama A.Razak Sheikh Ahmad.

Maria sering dianggap sebagai wanita tercantik di Tanah Melayu dan menjadi inspirasi kepada ramai wanita pada masa itu. Beliau dianugerahkan gelaran “Wanita Terjelita Malaya” oleh Majalah Times dan “Berpakaian Paling Menarik” oleh United Press International.

Maria mula menceburi bidang filem pada tahun 1950an, dan filem pertamanya ialah Penghidupan. Setelah berkahwin dengan Sultan Pahang iaitu Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah ibni al-Marhum Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah, filem-filemnya tidak boleh lagi ditayangkan sehingga baginda mangkat. Setelah kemangkatan baginda, barulah filem-filem tersebut dapat ditayangkan semula.

4) Latifah Omar | Top 10 Seniwati Zaman Hitam Putih Paling Cun

Top 10 Seniwati Zaman Hitam Putih
Sumber: MubiMalaysia

Latifah Omar dilahirkan pada 26 Mac 1939 di Kuala Lumpur dan pernah memenangi pertandingan ratu cantik di Singapura. Beliau merupakan seorang pelakon yang telah membintangi 35 filem! Latifah Omar juga merupakan ibu tiri Rahmah Rahmat dan terkenal dengan tahi lalat di mukanya.

5) Saadiah

Top 10 Seniwati Zaman Hitam Putih
Sumber: Mamutanjung

Saadiah atau Allahyarhamah Datin Satya bt Baharom telah dilahirkan di Tanjung Katong, Singapura pada 1937. Beliau merupakan seorang pelakon dan pengarah Singapura yang terkenal pada tahun 1950an hingga 1960an, dan juga merupakan ibu kepada Fauziah Ahmad Daud.

Saadiah amat dikenali dengan tubuhnya yang montok dan suara yang lunak dan manja kerana ia merupakan santara aset terbaiknya. Beliau turut berlakon dalam filem seperti popular seperti Musang Berjanggut dan Antara 2 Darjat, dan telah meninggal dunia disebabkan penyakit kencing manis.

6) Roseyatimah

Top 10 Seniwati Zaman Hitam Putih
Sumber: The Patriots

Roseyatimah sememangnya terkenal pada tahun 1960an dan dikenali sebagai Rosnah Jasni. Beliau telah berkahwin bersama Datuk Mustafa Maruf hingga ke akhir hayatnya, dan sangat wajah klasiknya yang manis itu amatlah digemari oleh para peminat.

7) Mariani

Top 10 Seniwati Zaman Hitam Putih

Mariani, atau nama sebenarnya Allahyarhamah Siti Mariam Ismail merupakan kakak kepada Puan Sri Saloma. Beliau dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar, Singapura dan merupakan seniwati paling bergaya.

Mariani juga turut terlibat dalam filem seperti Labu-Labi, 3 Abdul dan Masam-Masam Manis. Beliau pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan telah dikurniakan lima orang anak.

8) Saloma | Top 10 Seniwati Zaman Hitam Putih Paling Cun

Sumber: MubiMalaysia | Top 10 Seniwati Zaman Hitam Putih

Saloma merupakan seorang biduanita negara yang terkenal sebagai penyanyi dan pelakon dari tahun 1950an hingga 1980an. Beliau dilahirkan pada tahun 1935 di Pasir Panjang, Singapura dan merupakan adik kepada seniwati Mariani. Saloma pernah berkahwin dengan Tan Sri P Ramlee dan filem pertamanya ialah Azimat.

9) Umi Kalthum

Umi Kalthum atau Allahyarhamah Datuk Sri Fatimah bt Baharudin dilahirkan pada tahun 1931 di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau ialah isteri kepada Allahyarham Datuk S. Roomai Noor dan digelar sebagai wanita Melayu yang paling jelita di seluruh Singapura dan Malaya. Umi Kalthum juga merupakan ibu kepada Noor Kumalasari dan Anita Sarawak. Beliau turut berlakon dalam filem Laila Majnun.

10) Rahmah Rahmat | Top 10 Seniwati Zaman Hitam Putih Paling Cun

Sumber: Gempak.com

Rahmah Rahmat adalah seorang yang sangat terkenal dengan kecantikannya pada suatu ketika dahulu. Beliau dilahirkan di Singapura pada tahun 1943 dan telah mendirikan rumah tangga pada usia 19 tahun bersama Tan Sri Jins Shamsuddin. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jefri Zain, tetapi rumah tangga mereka berakhir dengan perceraian selepas dua tahun perkahwinan.

Ayuh Tonton Filem Hitam Putih!

Zaman hitam putih merupakan era yang paling penting dalam sejarah filem Melayu. Kebanyakan top 10 seniwati zaman hitam putih cun dan berbakat ini juga telah banyak melibatkan diri dalam industri filem pada zaman tersebut tau! Mereka telah memberikan sumbangan yang besar dalam membentuk dan memperkembangkan lagi industri filem Melayu yang kita sedang tambah baik pada zaman moden kini.

Filem-filem ini juga mempunyai keunikan tersendiri, termasuklah teknik sinematografi dan kualiti penceritaan menarik, yang mungkin sukar ditemui dalam produksi filem moden. Oleh itu Sis Min pasti, menonton filem zaman hitam putih ini sememangnya boleh memberikan pengalaman yang berharga dan bermakna bagi penonton masa kini.

Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “Top 10 Seniwati Zaman Hitam Putih Paling Cun”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *