Senarai Drama Korea Terbaharu Februari 2022
Hiburan

Senarai Drama Korea Terbaharu Februari 2022

Berita gembira untuk peminat drama Korea! Hari ini, Sis Min nak kongsikan senarai drama Korea Terbaharu Februari 2022 kepada anda! Anda semua mesti teruja nak tahu drama apa yang akan ditayangkan pada bulan Februari ini kan? Mari teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut.

Walaupun sudah masuk pertengahan bulan Februari 2022, drama Korea masih lagi menjadi pilihan peminat kerana jalan cerita yang menarik dan berkait rapat dengan kehidupan realiti. Anda boleh saja tonton drama-drama ini pada bila-bila masa. Bagi Sis Min, drama Korea semuanya evergreen! Terutama drama Korea yang mengisahkan kehidupan seseorang seperti Boys Over Flower dan Crash Landing On You. Sis Min sudah banyak kali mengulang drama ini!

Sis Min paling suka tonton drama Crash Landing On You. Mana tidaknya, hero dan heroin dalam drama itu sememangnya bercinta dan akan melangsungkan perkahwinannya secara realiti! Anda boleh baca kisah hero dan heroin Crash Landing On You, Hyun Bin dan Son Ye Jin di sini.

Senarai Drama Korea Terbaharu Februari 2022

Berikut merupakan drama-drama Korea yang terbaharu yang ditayangkan pada bulan Februari 2022. Kebanyakan status drama-drama ini adalah sedang ditayangkan ataupun bakal ditayangkan.

Juvenile Justice

Senarai drama Korea terbaharu Februari 2022 yang pertama ialah Juvenile Justice. Juvenile Justice merupakan drama yang mengisahkan tentang perbuatan jenayah yang dilakukan oleh pelaku di bawah umur. Kebanyakan pelaku jenayah ini bebas daripada hukuman, berikutan umur mereka yang belum dewasa. Namun, seorang hakim merasakan tidak adil kerana pelaku jenayah tidak menerima hukuman yang sepatutnya. Oleh itu, beliau telah mencampur tangan untuk memastikan pelaku jenayah menerima hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

Drama ini akan ditayangkan pada 25 Februari 2022 di Netflix dan juga di DramaCool. Drama ini dibintangi oleh Kim Hye Soo sebagai Sim Eun Seok, iaitu hakim yang amat mementingkan keadilan. Anda boleh tonton trailer drama ini di sini.

Senarai Drama Korea Terbaharu Februari 2022

Love and Leashes | Senarai Drama Korea Terbaharu Februari 2022

Love and Leashes merupakan drama Korea yang diadaptasikan daripada webtoon, iaitu Moral Sense oleh Gyeowool. Drama ini mengisahkan percintaan yang ceria dan provokatif mengenai seorang lelaki dan wanita dengan citarasa dan personaliti yang berbeza. Love and Leashes ini dibintangi oleh Seo Hyun Girls’ Generation (SNSD) sebagai Ji Woo dan Jun U-Kiss sebagai Ji Hoo.

Drama ini bergenre romantik, komedi, dan melodrama. Bagi anda yang meminati kisah-kisah cinta yang romantik, Sis Min syorkan kepada anda untuk tonton drama ini. Drama ini juga telah lengkap statusnya pada 11 Februari 2022. Anda boleh tonton di Netflix atau di DramaCool.

Senarai Drama Korea Terbaharu Februari 2022

Twenty-Five, Twenty-One | Senarai Drama Korea Terbaharu Februari 2022

Twenty-Five, Twenty-One merupakan drama bergenre romantik dan komedi yang menceritakan tentang kehidupan awal sebelum tahun 2000-an. Impian dua orang anak muda hanyalah mimpi semata-mata apabila mereka menghadapi krisis kewangan pada tahun 1998.

Anak muda tersebut ialah Na Hee Do (Kim Tae Ri), seorang atlet lawan pedang profesional yang telah bertemu dengan wartawan, iaitu Baek Yi Jin (Nam Joo Hyuk) di Sukan Asia. Pertemuan antara mereka telah mewujudkan perasaan persahabatan dan kasih sayang antara satu sama lain. Apabila umur mereka telah menjangkau 25 dan 21 tahun, mereka bersama-sama menempuhi alam dewasa.

Drama ini masih ditayangkan bermula 12 Februari pada hari Sabtu dan Ahad di Netflix.

Senarai Drama Korea Terbaharu Februari 2022

Forecasting Love and Weather | Senarai Drama Korea Terbaharu Februari 2022

Forecasting Love and Weather telah dibintangi oleh Park Mi Young sebagai Jin Ha Kyung dan Song Kang sebagai Lee Shi Woo. Jin Ha Kyung merupakan seorang peramal cuaca yang mempunyai sikap tegas, disiplin, dan patuh pada arahan. Sikap Jin Ha Kyung itu menyebabkan ramai rakan sekerja agak takut untuk mendekatinya. Manakala, Lee Shi Woo pula merupakan pekerja yang amat ceria, baik, pintar, dan mahir dalam selok-belok pekerjaannya.

Drama ini memfokuskan tentang kehidupan pekerja yang bekerja secara rapat antara satu sama lain dan kisah cinta yang muncul antara rakan sekerja di Pentadbiran Meteorologi Korea. Drama ini mula ditayangkan pada 12 Februari di Netflix pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Anda juga boleh tonton di DramaCool secara percuma.

Senarai Drama Korea Terbaharu Februari 2022

Thirty-Nine | Senarai Drama Korea Terbaharu Februari 2022

Thirty-Nine merupakan drama yang mengisahkan tentang kehidupan tiga sahabat yang telah berkawan selama dua dekad. Tiga sekawan ini masing-masing berusia 39 tahun dan telah mempunyai kerjaya tersendiri.

Son Ye Jin sebagai Cha Mi Jo merupakan seorang wanita yang mempunyai segala-galanya kerana berasal dari keluarga yang berada serta bekerja sebagai pakar dermatologi. Manakala dua sahabatnya, iaitu Jun Chan Young (Jeon Mi Do) dan Jang Joo Hee (Kim Ji Hyun) masing-masing mempunyai kerjaya sendiri.

Keseluruhan drama ini menceritakan tentang kehidupan tiga sahabat dalam menghadapi cabaran dan menyelesaikannya bersama-sama. Drama ini akan ditayangkan pada 16 Februari di Netflix setiap hari Rabu dan Khamis.

Kill Heel | Senarai Drama Korea Terbaharu Februari 2022

Kill Heel adalah drama yang dibintangi oleh tiga wanita, iaitu Kim Ha Neul sebagai Woo Hyun, Lee Hye Young sebagai Ki Mo Ran, dan Kim Sung Ryung sebagai Bae Ok Son. Drama ini mengisahkan tentang tiga wanita sebagai hos dalam TV home shopping yang bersaing untuk mencapai kejayaan dalam bidang industri.

Drama ini akan ditayangkan pada 23 Februari 2022. Anda boleh tonton di DramaCool secara percuma atau melalui aplikasi VIU.

A Business Proposal

Senarai drama Korea terbaharu Februari 2022 yang seterusnya ialah A Business Proposal. A Business Proposal merupakan drama yang diadaptasikan dari web novel, The Office Blind Date karya Hae Hwa. Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Shin Ha Ri (Kim Seo Jeong) yang bekerja di sebuah syarikat. Beliau menyukai seorang lelaki yakni temannya sendiri dan mendapati bahawa lelaki tersebut telah mempunyai teman wanita.

Shin Ha Ri berasa sungguh kecewa dan telah bertemu dengan rakannya, Jin Young Seo. Jin Yeong Seo meminta Shin Ha Ri untuk menggantikan tempatnya bagi menghadiri temu janji yang telah diuruskan oleh keluarganya. Akhirnya, Shin Ha Ri bersetuju untuk menolong rakannya.

Namun, apa yang memeranjatkannya ialah, orang yang perlu ditemui olehnya itu merupakan CEO syarikat di tempat beliau bekerja. Apa yang akan terjadi pada Shin Ha Ri yang menyamar sebagai Jin Young Seo? Apa pula tanggapan CEO syarikatnya, Kang Tae Mu (Ahn Hyo Seop) terhadap Shin Ha Ri? Nak tahu lebih lanjut? Anda boleh tonton drama ini di DramaCool pada 21 Februari 2022.

Senarai Drama Korea Terbaharu Februari 2022

Banyak juga senarai drama Korea terbaharu Februari 2022 yang telah Sis Min kongsikan ini. Anda boleh masukkan drama ini dalam senarai drama Korea yang seterusnya ya. Bolehlah anda layan drama ini pada waktu yang lapang.

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsia pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel kali ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Lengkapkap Gaya Anda Dengan Blouse Ala-ala Korean Style Daripada Panda Eyes!

Kalau anda seorang yang sangat meminati Korean style, anda wajib dapatkan blouse daripada Panda Eyes ni! Mana-mana yang berminat nak beli boleh klik link ini, https://shope.ee/2q4JeyteAi.

Blouse ini sesuai dipakai oleh mereka yang bersaiz XXL dan ke bawah tau! Jadi jangan risau jika anda sedikit chubby, tapi masih nak kelihatan bergaya. InshaAllah tetap selesa, cantik dan sopan gitu… Sis Min approve!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

•••

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *