Secret Royal Inspector and Joy
Hiburan

Sinopsis Secret Royal Inspector and Joy

Jika anda peminat k-drama yang bertemakan sejarah atau sageuk, Sis Min sarankan anda menonton drama Secret Royal Inspector and Joy. Ia merupakan sebuah drama tahun 2021 bergenre komedi dan santai, tiada elemen berat dan jalan penceritaan yang sangat ringan. Jika anda nak tahu menarik atau tidak, di sini Sis Min sediakan sinopsis drama Secret Royal Inspector and Joy yang turut dikongsikan oleh Amirah Taharudin.

Drama ini telah dilancarkan pada 8 November 2021, dan ditayangkan di tvN. Ia dibintangi oleh salah seorang ahli kumpulan 2PM, Ok Taecyeon sebagai Ra Yi Eon dan Kim Hye Hoon sebagai Kim Jo Yi. Drama ini mengetengahkan kisah hidup sewaktu era Joseon, dan menceritakan tentang korupsi yang berlaku ketika itu.

Sinopsis Secret Royal Inspector and Joy
Sumber: Han Cinema | Sinopsis Secret Royal Inspector and Joy

Sinopsis ringkas drama Secret Royal Inspector and Joy

Ra Yi Eon (Taecyeon) merupakan seorang keturunan bangsawan yang bijak dan mempunyai sifat ‘easy-going’. Seorang pemuda yang cintakan makanan dan suka memasak ini turut mengimpikan untuk membuka sebuah kedai ‘dumpling’ di luar bandar. Namun pada era itu, ia bukanlah suatu kebiasaan bagi seorang lelaki untuk suka memasak, apatah lagi golongan bangsawan.

Pada suatu hari, nenek Yi Eon telah memaksanya untuk membuat pilihan sama ada untuk mengambil ujian sebagai pegawai kerajaan, ataupun perlu berkahwin. Sungguh tidak mahu berkahwin, maka Yi Eon membawa dirinya untuk mengambil ujian dan akhirnya menjadi inspektor rahsia kerajaan atau ‘spy’.

Kim Jo Yi (Kim Hye Hoon) pula merupakan seorang wanita yang berwawasan dan bijak. Nasibnya malang kerana telah berkahwin dengan seorang lelaki kaki judi yang boleh dikategorikan sebagai ‘biawak hidup’ dan ‘anak emak’. Jo Yi yang sememangnya seorang wanita berdikari itu telah nekad untuk bercerai, di mana suatu perkara yang luar biasa turut berlaku ketika itu.

Takdir telah menemukan Ra Yi Eon dan Kim Jo Yi

Yi Eon telah masuk ke kampung untuk selesaikan tugasnya sebagai Secret Inspector untuk menyiasat sebuah kes. Akhirnya Ra Yi Eon dan Kim Jo Yi bertemu untuk menyiasat kes yang sama, kerana rakan Jo Yi ini telah mati dibunuh dan kes mereka ini saling berkaitan.

Kes ini juga merupakan salah satu kes yang sukar untuk diselesaikan dan berprofil tinggi kerana melibatkan pegawai menteri korupsi dan juga raja. Di sebalik kisah penyiasatan, drama ini juga menunjukkan bahawa perbezaan taraf hidup antara rakyat biasa dan golongan kayangan, serta perbezaan taraf kehidupan bagi lelaki dan wanita.

Meskipun drama ini berunsurkan komedi, ia juga selitkan kisah sedih yang terjadi di sebalik kejahatan yang berlaku. Namun anda tidak perlu risau, kerana pengakhiran drama ini adalah ‘happy ending’ tau!

Sinopsis Secret Royal Inspector and Joy
Sumber: kdramadiary

Sekarang, anda sudah pun tahu sinopsis k-drama Secret Royal Inspector and Joy ini. Jadi, tunggu apa lagi? Pergilah tonton drama ini sehingga episod 16 di Netflix untuk lihat bagaimana gaya kehidupan rakyat pada era Joseon dan penamat bagi drama ini ya. Selamat menonton Sis Min ucapkan!

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min pada kali ini tentang “Sinopsis Secret Royal Inspector and Joy”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari portal Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *