Art and crafts tadika
Hiburan, Pendidikan

Art and Crafts Tadika

Art and crafts tadika sememangnya sangat berguna untuk kanak-kanak yang menginginkan aktiviti menarik dan berfaedah. Dalam hal ini, art and crafts ini juga dapat menyerlahkan kreativiti anak-anak sejak dari kecil.

Oleh itu, art and crafts tadika ini dapat membantu merealisasikan kreativiti tersebut. Terdapat pelbagai jenis art and crafts tadika yang ditawarkan di KidsterActive.

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih berada di tadika, anda boleh mendapatkan art and crafts ini di KidsterActive.

1. DIY 3D Photo Frame Kit Ladybird | Art and Crafts Tadika

Art and crafts tadika

Kanak-kanak boleh belajar melukis dan memasang photo frame Ladybird 3D. Untuk pengetahuan anda, photo frame tersebut dihasilkan menggunakan laser dan disertakan dengan bunga dalam setiap kit tersebut.

Kanak-kanak akan seronok menyusun dan melekatkan bunga dan kumbang tersebut di atas frame. Art and crafts ini juga mudah untuk diwarnakan mengikut contoh dan arahan yang diberikan. Kit ini lengkap dengan set mewarna yang selamat untuk kanak-kanak dan bebas toksik.

2. Felt Flower Bookmark | Art and Crafts Tadika

Art and crafts tadika

Kanak-kanak akan lebih seronok membaca buku cerita kegemaran mereka dengan felt flower bookmark DIY ini. Didatangkan dalam 5 reka bentuk bunga yang pelbagai. Cabut dan lekat pelekat felt flower, gamkan felt flower pada permukaan kayu kraf dan tuliskan nama di atasnya.

Selain itu, jika anak-anak anda ingin menghadiahkannya kepada rakan baik mereka, hanya perlu tulis mesej ringkas sahaja. Art and crafts ini juga sesuai untuk aktiviti semasa sambutan hari jadi, aktiviti seni dan lain-lain.

3. Batik Painting

Art and crafts ini dapat melahirkan seniman batik cilik di rumah anda. Hal ini demikian kerana, batik painting ini telah lengkap dengan pewarna batik dan berus. Jadi, anak-anak akan berseronok mewarnakan lukisan batik bertemakan tradisi Malaysia seperti wau dan pemandangan kampung.

Kanak-kanak pasti bangga dengan batik yang mereka hasilkan sendiri. Mereka boleh menggantungnya di dinding sebagai hiasan. Art and crafts yang mudah untuk digunakan dan memberikan hasil yang cantik telah menjadikan lukisan batik ini sebagai salah satu kraf terlaris di KidsterActive.

4. Sand Art Dino Board

Art and crafts tadika

Kanak-kanak juga boleh menerokai bumi dengan sand art dino board yang KidsterActive tawarkan. Sand art dino board datang dalam 5 reka bentuk dinosaur yang hebat. Jadi, anak-anak boleh mewarnakan dinosaur comel mereka mengikut panduan warna yang diberikan ataupun mengikut kreativiti masing-masing.

Kit ini disertakan lengkap dengan dulang sand art untuk menjimatkan penggunaan pasir dan gam khas turut diberikan untuk melindungi sand art apabila selesai mewarna.

5. Suncatcher Board Painting Kit

Suncatcher board painting kit merupakan art and crafts yang paling popular di KidsterActive. Art and crafts ini didatangkan dengan papan perangkap matahari yang direka dengan cantik serta lengkap dengan alat mewarna.

Art and crafts ini sangat mudah digunakan oleh kanak-kanak. Caranya ialah mereka hanya perlu mewarna mengikut kreativiti mereka.

Biarkan sinaran matahari bersinar melalui kraf lutsinar yang telah siap tadi. Anda boleh menggantung rantai kunci pada mana-mana permukaan licin seperti jubin, tingkap kereta atau panel kaca.

Kesimpulannya, pelbagai jenis art and crafts yang boleh dijadikan sebagai satu cara untuk meningkatkan dan menyerlahkan bakat serta kreativiti anak-anak. Anda juga boleh kunjungi Shopee KidsterActive di sini untuk membuat pembelian.

Nak Dapatkan Info Lanjut?

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan art and crafts tadika ini, boleh klik sini. Anda juga boleh layari laman web KidsterActive.

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min pada kali ini. Jumpa lagi diĀ postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari portalĀ Sis Rasa.

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *