Cara Panaskan Makanan dengan Betul
Kesihatan

Cara Panaskan Makanan dengan Betul

Memanaskan makanan sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan seharian. Jika Sis Min membeli makanan atau lauk di luar, Sis Min pasti akan panaskan semula lauk. Mesti ramai yang berbuat demikian, bukan? Boleh sahaja jika makan makanan tanpa dipanaskan. Tapi kurang enak jika makan makanan yang dah sejuk. Jadi, solusi yang mudah adalah panaskan semula lauk! Tapi, ada pelbagai cara panaskan makanan dengan betul. Tidak boleh sesuka hati panaskan makanan, hal ini boleh mendatangkan bahaya!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ada membuat satu perkongsian dalam Facebooknya mengenai cara memanaskan lauk dengan betul. Hal ini kerana, jika tidak memanaskan lauk dengan cara yang betul, boleh menyebabkan keracunan makanan.

Segala maklumat berkaitan dengan cara memanaskan lauk ini Sis Min dapatkan daripada Facebook Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan dan Buku Panduan Pengendali Makanan.

Cara Panaskan Makanan dengan Betul

Memanaskan Semula | Cara Panaskan Makanan dengan Betul

Cara memanaskan makanan dengan betul dapat mengurangkan risiko keracunan makanan. Berikut merupakan cara untuk memanaskan makanan seperti dalam Buku Panduan Pengendali Makanan:

  • Memanaskan semula makanan sehingga mengeluarkan wap, menggelegak, dan mendidih dengan betul.
  • Panaskan makanan pada suhu 75 darjah Celsius sekurang-kurangnya 2 minit.
  • Elakkan memanaskan makanan berulang kali. Panaskan makanan sekali sahaja.
  • Panaskan makanan pada tempat yang mempercepatkan makanan dipanaskan dengan betul. Jangan biarkan makanan dipanaskan pada tempat yang mengambil masa yang lama seperti slow cooker. Hal ini boleh menyebabkan ia berada dalam Suhu Zon Bahaya.

Apa itu Suhu Zon Bahaya?

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan mengatakan bahawa cara panaskan makanan dengan betul dapat memusnahkan bakteria. Namun, tidak semestinya boleh memusnahkan toksin. Oleh itu, anda perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan Suhu Zon Bahaya seperti yang dinyatakan dalam Buku Panduan Pengendali Makanan.

Suhu yang panas dapat mematikan bakteria dan parasit. Ini sama seperti apa yang dikatakan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan. Walau bagaimanapun, memanaskan makanan tidak dapat mencegah penyakit berkaitan makanan yang disebabkan oleh toksin. Toksin ini dikeluarkan oleh sejenis bakterium, iaitu Bacillus cereus. Bakteria ini biasanya dijumpai di dalam beras. Ada cara untuk elak daripada keracunan makanan disebabkan toksin.

Cara Mencegah Keracunan yang Disebabkan Toksin | Cara Panaskan Makanan dengan Betul

Spora bakteria Bacillus cereus terdapat pada beras yang belum dimasak. Spora-spora tersebut tidak musnah walaupun beras dimasak. Oleh hal yang demikian, jika nasi dibiarkan pada suhu bilik, spora akan membiak. Hal ini menyebabkan toksin beracun terhasil. Untuk mengelak daripada keracunan makanan, anda boleh makan nasi yang baru dimasak.

Selain itu, anda juga boleh menyejukkan nasi dengan segera, kemudian menyimpannya ke dalam peti sejuk pada suhu 5 darjah Celsius dan ke bawah. Suhu ini di luar Suhu Zon Bahaya. Tetapi, jika anda menyimpan nasi pada suhu lebih 60 darjah Celsius, nasi tersebut hendaklah dimakan pada hari yang sama ia dimasak. Ini bertujuan untuk mencegah keracunan makanan yang disebabkan oleh spora-spora tersebut.

Cara Panaskan Makanan dengan Betul

Jenis Makanan | Cara Panaskan Makanan dengan Betul

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu diberi perhatian. Hal ini kerana, makanan ini mempunyai risiko untuk mendapat keracunan makanan. Semua maklumat ini Sis Min dapatkan daripada Buku Panduan Pengendali Makanan. Berikut merupakan makanan yang perlu diberi perhatian:

  • Cangkerang
Cara Panaskan Makanan dengan Betul
  • Telur
  • Ayam/Itik

Sekarang anda sudah pun tahu cara panaskan makanan dengan betul. Jadi, Sis Min harap kita bersama-sama mengamalkan tips yang diberikan melalui Buku Panduan Pengendali Makanan.

Kepada Student atau Warga Bekerja yang Nak Panaskan Makanan Tetapi Tiada Kemudahan, Jom Dapatkan Mini Multicooker Pot!

Nak panaskan makanan, masak nasi, masak maggi, masak hidangan berkuah dan sebagainya? Anda boleh dapatkan sahaja Mini Multicooker Pot ini di sini >> https://shope.ee/qJFGukYbr.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.


Jom layari Sisrasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *