Ibadah untuk Wanita Haid
Pendidikan

Ibadah untuk Wanita Haid pada Bulan Ramadan

Pasti ramai tak sabar untuk menyambut bulan Ramadan kali ini. Tambahan pula, Ramadan kali ini dapat disambut bersama keluarga tersayang yang tinggal berjauhan. Bulan yang mulia ini juga merupakan peluang untuk kita melipat gandakan amalan! Namun, apakah antara ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita yang sedang haid? Jom Sis Min kongsikan beberapa ibadah untuk wanita haid pada bulan Ramadan.

Sumber: Mufti Malaysia

1. Bersedekah | Ibadah untuk Wanita Haid

Ibadah untuk Wanita Haid

Seperti yang kita sedia maklum, bersedekah pada bulan Ramadan bakan mendatangkan ganjaran yang besar daripada Allah S.W.T. Dalam isu menderma, tidak ada syarat yang menyatakan bahawa seseorang itu mestilah dalam keadaan suci. Justeru, wanita haid tetap memperoleh pahala bagi amalan bersedekah tersebut.

2. Berzikir

Ibadah untuk Wanita Haid

Bagi wanita haid, mereka digalakkan untuk membaca doa dan berzikir pada bulan Ramadan. Antara dorongan dalam sebuah riwayat daripada A’isya R.Anha, katanya:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَدْعُو قَالَ تَقُولِينَ اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: Wahai Rasulullah, apakah yang harus aku ucapkan dalam doaku jika aku menemui Lailatulqadar? Baginda bersabda: Katakanlah: ‘llahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul-‘afwa, fa’fu ‘anni’ (Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan menyukai pengampunan, maka ampunilah aku).

Sunan Ibn Majah (3850)

3. Menyediakan makanan untuk orang berpuasa | Ibadah untuk Wanita Haid

Ibadah untuk Wanita Haid

Menyediakan atau memberi makanan kepada orang yang berpuasa merupakan antara ibadah untuk wanita haid yang boleh dilakukan pada bulan Ramadan. Terdapat ganjaran yang besar bagi orang yang melakukan perbuatan ini. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani RA, yang mana Rasulullah S.A.W. bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya: Barangsiapa memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang sama dengan pahala orang yang berpuasa itu, tanpa dikurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.

Sunan al-Tarmizi (807)

Walaupun terdapat beberapa ibadat yang tidak dapat dilakukan oleh wanita haid, itu tidak menghalang anda untuk mendapat dan mengejar ganjaran yang besar pada bulan Ramadan. Terdapat banyak lagi ibadat lain yang boleh dilakukan oleh wanita haid untuk memperoleh pahala, namun setakat ini dahulu perkongsian pada kali ini ya!

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca dan meningkatkan pahala sepanjang bulan Ramadan.

Keyboard Sedia Ada Anda Kurang Best Digunakan untuk Menaip?

  • Pemain Bola Sepak Kacak Korea

Kalau anda seorang yang kerap menggunakan laptop, komputer atau PC, anda pasti tahu bahawa keyboard sedia ada mereka kurang sedap untuk digunakan. Betul tak?

Untuk memudahkan urusan anda, guna aje wireless keyboard yang daebak ni untuk membuat apa sahaja pekerjaan yang melibatkan penaipan! Confirm smooth je anda nak type dekat mana-mana nanti… Jom dapatkannya di sini >> https://shope.ee/8UigOl1QoM.

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min pada kali ini. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari portal Sis Rasa.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *