coach eusahawan 2023
Pendidikan

Coach eUsahawan 2023 Biodata Suraya Ali

eUsahawan 2023 kini kembali lagi! Kali ini, lebih ramai coach digital marketing hebat-hebat telah ditampilkan ke hadapan. Namun dalam ramai-ramai coach tersebut, ada seorang yang paling Sis Min recommend berdasarkan profile dan biodata beliau. Coach eUsahawan 2023 yang Sis Min maksudkan itu ialah, Puan Suraya Ali.

Jika anda mengenali coach eUsahawan 2023 Puan Suraya Ali ini, sudah pasti anda juga mengenali nama pentasnya iaitu, “Cik Sue.”

coach eusahawan 2023

Profile Suraya Ali, Coach eUsahawan 2023

Walau bagaimanapun, kenal pada nama sahaja tak cukup tau! Jom kita ketahui juga sedikit sebanyak tentang profile beliau.

Puan Suraya Ali atau Cik Sue ini merupakan seorang Business Coach, Trainer dan juga penulis beberapa buah portal blog di bawah kendalian perniagaannya sendiri, Lunaworks Alliance PLT.

Beliau pernah bekerja dalam bidang IT selama 5 tahun sebelum memulakan perniagaan dalam bidang runcit barangan bayi ‘Lunatots‘. Senang cerita, Cik Sue merupakan seorang yang sudah mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan selama lebih 13 tahun. Wow!

Walaupun begitu, kini beliau lebih fokus ke arah bidang kerjaya sebagai seorang Jurulatih (Coach/Trainer) dalam bidang Keusahawanan Digital. Beliau juga telah berjaya bekerjasama bersama Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) untuk Program eUsahawan sejak tahun 2016.

Bukan itu sahaja, Cik Sue turut sering mengadakan sesi training pemasaran digital terutama dalam bidang konten untuk pelbagai jenis agensi, universiti dan organisasi.

Antara Kelayakan & Anugerah yang Disandang Oleh Cik Sue

– Ijazah IT (Data Communications), Multimedia University Malacca
– Advanced Certificate Digital Marketing Institute, Ireland
– Diploma in Digital Entrepreneurship LRN
– SME @ University (Innovations) UiTM Shah Alam
– Google Analytics and Google Adsense Certified Trainer
– Facebook Lead Trainer Malaysia
– Certified Trainer for Directive Communications Psychology
– Student Coach for ACC International Coach Federation (ICF)
– Awarded as Most Popular Trainer (Social Media) in 2018 by MDEC
– Awarded as Best Trainer April 2020 by MDEC (based on participants number)
– Awarded as Top Trainer Most Reporting Sales 2021 by MDEC
– Coach PeDAS (Perkhidmatan eDagang Setempat Pusat Internet Desa) (MDEC)
– Coach VEST (Varsity Entrepreneurs Skill & Talent) (Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Fizo Omar Channel
– Invited as Business Coach for Usahawan Desa Programme TV3

Ini baru sedikit sahaja yang dapat Sis Min kongsikan. Sebenarnya banyakkk lagi title yang telah coach eUsahawan 2023 ini peroleh, cuma tidak semua dapat dikongsikan atas tujuan privasi. So, menarik ke tersangat menarik? Hehe…

Syarat Menyertai eUsahawan 2023

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai perniagaan sendiri.
  • Boleh rekodkan jualan di dalam laman web MDEC bagi tujuan tracking.
  • Berminat menyertai bootcamp digital marketing dan mentoring bersama Coach Suraya Ali.
  • Mempunyai gajet dengan sambungan internet yang stabil seperti telefon pintar, tablet, komputer dan sebagainya.

Kalau dah cukup syarat, tunggu apa lagi? Cepat sertai kelas eUsahawan 2023 bersama Coach Suraya Ali hari ini, sebelum slot penuh ya! Jom semak tarikh dan daftar slot kelas PERCUMA anda di sini.

Untuk mendaftar kelas PERCUMA mengikut tarikh-tarikh tertentu, anda juga boleh pilih pautan di bawah. Namun, pastikan HANYA SATU TARIKH sahaja yang dipilih ya!

Klik di sini untuk dapatkan senarai penuh tarikh kelas eUsahawan 2023.

Sekian sahaja perkongsian Sis Min tentang “Coach eUsahawan 2023 Biodata Suraya Ali.” Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *