Makanan Kekal Awet Muda
Kecantikan, Kesihatan

Makanan Kekal Awet Muda untuk Wanita

Setiap orang pasti akan melalui fasa penuaan, tidak kira wanita atau lelaki. Sebagai seorang wanita, Sis Min percaya ramai wanita yang lebih risau melalui proses menjadi tua yang menyebabkan kedutan muncul pada kulit wajah. Sebab itulah wanita lebih ramai yang memakai pelbagai produk penjagaan kulit untuk kelihatan lebih muda. Jadi, kali ini Sis Min nak kongsikan makanan kekal awet muda yang boleh diamalkan setiap hari.

Proses penuaan sememangnya proses semulajadi yang akan dilalui oleh semua orang. Namun, kita masih boleh menjaga kulit dan kesihatan badan walaupun sudah berusia. Kita tidaklah mahu orang kata wajah kita seperti 50 tahun tetapi baru berusia 40 tahun, betul tak? Sebaiknya, biarlah orang kata kita lebih muda daripada usia yang sebenar.

Makanan Kekal Awet Muda
Proses penuaan

Pernah tengok tak nenek dan atuk kita semasa mereka tua, mereka masih larat mengangkat barang berat dan masih boleh berjalan jauh walaupun bertongkat? Kebiasaannya, mereka menjaga pemakanan, mereka tidak makan makanan ringan/segera sepertimana kita selalu makan. Zaman mereka hidup, tidak ada makanan segera sebab itulah badan mereka masih kuat dan ada yang hidup sehingga mencecah 100 tahun.

Segala maklumat berkenaan makanan untuk kekal awet muda ini, Sis Min dapatkan daripada laman web Neuroversiti oleh Dr. Rizal Abu Bakar dan Root of Science.

Punca Penuaan | Makanan Kekal Awet Muda

Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya proses penuaan dengan cepat. Antaranya termasuklah:

  1. Peningkatan usia
  2. Terdedah kepada sinaran matahari terlalu lama
  3. Kulit terdedah kepada pencemaran
  4. Merokok
  5. Pengambilan makanan yang tidak seimbang
  6. Tidur yang tidak mencukupi

Anda boleh baca lebih lanjut di sini dan ini.

Makanan Kekal Awet Muda

Menurut Dr. Rizal Abu Bakar melalui Neuroversiti, beliau mengatakan terdapat 5 makanan yang berkhasiat untuk melambatkan proses penuaan. 5 makanan tersebut adalah seperti di bawah:

#1 Ikan Siakap

Ikan siakap mempunyai omega-3 yang tinggi hampir sama dengan ikan salmon. Anda boleh memilih ikan siakap atau salmon. Biasanya kalau orang yang sederhana dari segi kewangan, bolehlah memilih ikan siakap. Jika anda orang yang agak berada, tidak salah untuk memilih ikan salmon sebagai makanan untuk awet muda.

Tambahan pula, ikan siakap yang mengandungi asid lemak omega-3 dapat menggalakkan kesihatan otak dan kardiovaskular. Selain itu, lemak omega-3 mampu menyihatkan rambut dan kulit. Baca selanjutnya di sini.

#2 Ubi Keledek

Ubi keledek mengandungi lycopene yang tinggi. Kandungan beta karotenanya juga tinggi sama seperti carrot. Beta karotena ini akan bertukar kepada Vitamin A apabila berada di dalam badan. Vitamin A akan menyebabkan proses penjanaan kulit baru dan meningkatkan keanjalan kulit.

Tambahan pula, ubi keledek ini juga mempunyai Vitamin C yang mampu menghasilkan kolagen yang diperlukan kulit. Sedap juga kalau dapat makan ubi keledek rebus sewaktu hujan. Boleh baca lebih lanjut di sini.

Makanan Kekal Awet Muda
Ubi keledek

#3 Bayam Hijau | Makanan Kekal Awet Muda

Bayam hijau mengandungi beta karotena dan lutein. Bahan tersebut bagus untuk mata dan sarat dengan bahan antipenuaan. Tambahan pula, sayur bayam mempunyai phytonutrients yang boleh melindungi kulit daripada rosak disebabkan oleh sinaran UV matahari. Baca lebih lanjut di sini.

#4 Kunyit

Kunyit yang mengandungi curcumin mampu menghindarkan daripada penyakit kanser. Kunyit juga mampu mengekalkan awet muda dan melambatkan proses penuaan kerana mempunyai antioksidan yang tinggi dan mampu mencantikkan kulit. Anda boleh baca lebih lanjut maklumat mengenai khasiat kunyit di sini.

Makanan Kekal Awet Muda
Kunyit

#5 Jagung | Makanan Kekal Awet Muda

Siapa yang suka makan jagung, anda amat bertuah. Jika anda bukan penggemar jagung, anda boleh masukkan jagung sebagai makanan harian anda untuk kekal awet muda. Buah jagung mempunyai banyak nutrient penting yang diperlukan dalam tubuh badan.

Jagung mengandungi beta karotena, vitamin A, B, C, E, dan K. Jagung juga mempunyai folat, mineral, magnesium, dan zat besi. Buah jagung ini juga mempunyai antioksidan yang tinggi dan mampu untuk melambatkan proses penuaan serta kurangkan risiko nyanyuk. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai khasiat jagung di akhbar Harian Metro ini.

Selain daripada makanan di atas, ada lagi makanan yang boleh mengekalkan kesihatan kulit dan badan seperti tempe, minyak zaitun, teh hijau dan dark chocolate. Anda boleh baca maklumat ini di pautan ini.

Sekian itu sahaja perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan sedikit sebanyak informasi yang berguna kepada anda, khususnya wanita. Jika anda mahukan lebih banyak tips kesihatan, anda bolehlah berkunjung di Facebook Dr. Rizal Abu Bakar.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jom layari Sisrasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *