Fesyen Song Hye Kyo dalam Now, We Are Breaking Up
Fesyen, Hiburan

Fesyen Song Hye Kyo dalam Now We Are Breaking Up

Apabila sebut sahaja mengenai drama Korea, Sis Min pasti ramai yang terfikir mengenai makanan terutama Korean street food yang menjadi kegilaan ramai. Umum mengetahui, bukan sahaja makanan Korea yang menjadi kegilaan ramai, malahan fesyen Korea juga sudah menjadi satu trend dalam kalangan anak muda di Malaysia. Oleh itu, Sis Min nak berkongsi mengenai fesyen Song Hye Kyo dalam Now, We Are Breaking Up yang telah trending di media sosial.

Ada sesiapa yang sudah menonton drama ini? Sekiranya belum menonton lagi, anda boleh baca sinopsis drama ini terlebih dahulu di sini untuk mengetahui lebih banyak babak menarik.

Fesyen Song Hye Kyo dalam Now, We Are Breaking Up

Fesyen Song Hye Kyo dalam Now, We Are Breaking Up

Song Hye Kyo yang memainkan watak sebagai Ha Young Eun merupakan seorang pereka fesyen dan sangat peka terhadap fesyen terkini. Jadi, sudah tentulah pakaian yang digayakan juga mengikut trend. Segala maklumat berkenaan dengan fesyen yang dipakai oleh Song Hye Kyo ini, Sis Min dapatkan daripada laman Instagram kdrama_fashion.

Pakaian | Fesyen Song Hye Kyo dalam Now, We Are Breaking Up

1. Song Hye Kyo kelihatan lebih elegant dengan memakai coat berwarna putih dengan gandingan butang yang berwarna hitam. Coat yang digayakan ini merupakan buatan tangan keluaran jenama MICHAA. Cashmere Blend Handmade Single Coat ini bernilai ₩1,290,000 atau bersamaan dengan RM4,504.88. Juling mata Sis Min melihat harga untuk satu coat ini.

Fesyen Song Hye Kyo dalam Now, We Are Breaking Up

2. Tailored Wool Single Coat adalah pakaian yang digayakan oleh Song Hye Kyo dalam episod 3 drama Now, We Are Breaking Up. Pakaian ini adalah keluaran jenama INSTANTFUNK. Walaupun bajunya tampak ringkas, tetapi apabila Song Hye Kyo yang menggayakan pasti kelihatan lebih menarik!

Fesyen Song Hye Kyo dalam Now, We Are Breaking Up

3. MICHAA antara jenama yang sering digayakan oleh Song Hye Kyo dalam drama ini. Bagi Sis Min, baju daripada keluaran MICHAA sememangnya cantik dan sesuai untuk Song Hye Kyo. Wool Blend Single Button Crop Jacket yang digayakan oleh Song Hye Kyo ini bernilai ₩699,000 atau bersamaan dengan RM2,441.02.

4. Pakaian yang seterusnya digayakan oleh Song Hye Kyo ialah Straight Robe Shirt. Pakaian ini telah dikeluarkan oleh YOUR NAME HERE dan bernilai ₩194,000 atau bersamaan dengan RM677.48. Sekiranya anda berminat untuk membeli baju ini, anda boleh lawati laman Instagramnya di sini untuk membuat prapesanan.

5. Brushstroke-Print Cotton Midi Skirt adalah kain labuh paras betis yang menjadi satu fesyen Song Hye Kyo dalam Now, We Are Breaking Up. Brushstroke-Print Cotton Midi Skirt ini merupakan keluaran jenama A-K-R-I-S- yang berharga $1,390 atau bersamaan dengan RM5,841.47. Kain yang digayakan ini memperlihatkan corak yang unik dan estetik. Sangat padan digayakan dengan kemeja berwarna cerah seperti yang dipakai oleh Song Hye Kyo.

Fesyen Song Hye Kyo dalam Now, We Are Breaking Up

Kalau tak nak pakai petticoat, alternatif lain adalah inner panjang yang selalu di cari supaya warna sekata jika dibandingkan dengan memakai camisole dan petticoat yang susah untuk dipadankan warnanya. Boleh cari dengan klik disini:

Kasut

1. Selain daripada pakaian, kasut juga adalah salah satu fesyen Song Hye Kyo dalam Now, We Are Breaking Up. Kasut bertumit tinggi dan bertutup pada bahagian depan ini dinamakan sebagai Grey Shipskin Slingback. Kasut ini bernilai ₩248,000 atau bersamaan dengan RM206.15 dan dikeluarkan oleh Athe Vanessa Bruno.

2. Penggunaan kasut yang seterusnya juga adalah daripada keluaran jenama yang sama, iaitu Athe Vanessa Bruno. Kasut ini berharga ₩458,000 atau bersamaan dengan RM380.71. Kasut yang digayakan ini sangat padan dengan baju yang dipakai oleh Song Hye Kyo. Kelihatan sungguh elegant!

Fesyen Song Hye Kyo dalam Now, We Are Breaking Up

Jam Tangan dan Aksesori

1. Jam tangan merupakan salah satu fesyen Song Hye Kyo dalam Now, We Are Breaking Up. Jam tangan yang digayakan tersebut adalah daripada jenama Chaumet Paris, iaitu Laurier Secret Watch Medium Model. Selain itu, jam tangan ini mempunyai rekaan yang unik dan mempunyai ciri kewanitaan. Sangat sesuai dipakai oleh Song Hye Kyo yang merupakan seorang pereka fesyen.

Fesyen Song Hye Kyo dalam Now, We Are Breaking Up

2. Selain daripada jam tangan, aksesori seperti gelang juga adalah salah satu fesyen Song Hye Kyo dalam Now, We Are Breaking Up. Gelang tangan daripada jenama Chaumet Paris ini bernilai RM1,936.81.

Fesyen Song Hye Kyo dalam Now, We Are Breaking Up

3. Aksesori yang dipakai oleh Song Hye Kyo yang seterusnya ialah subang. Subang ini juga adalah keluaran daripada jenama yang sama, iaitu Chaumet Paris dan bernilai RM4,861.30. Walaupun subang yang dipakainya itu kecil, namun, harganya itu membuatkan Sis Min terkedu. Walau bagaimanapun, tetap cantik dipakai oleh Song Hye Kyo.

#4 Beg Tangan

1. Beg tangan juga merupakan salah satu fesyen Song Hye Kyo dalam Now, We Are Breaking Up. Beg tangan keluaran jenama Hermes Paris ini sememangnya sepadan dengan pakaian yang digayakan oleh Song Hye Kyo. Penggayaan beg kulit berwarna hitam ini memperlihatkan ciri wanita yang bekerjaya seperti Song Hye Kyo.

2. Beg tangan seterusnya adalah keluaran FENDI, iaitu Peekabo Essentially. Beg tangan ini bernilai $4,400 atau bersamaan dengan RM18,490.12. Terkedu Sis Min melihat harga sebuah beg tangan ini. Kalau Sis Min kaya sudah pasti Sis Min pun boleh miliki beg tangan sebegini.

Sekarang anda sudah pun tahu bahawa fesyen Song Hye Kyo dalam Now, We Are Breaking Up ini bukan sekadar pakaian, tetapi merangkumi kasut, aksesori, jam tangan, dan beg tangan. Malah, harga setiap pakaian yang digayakan tersebut juga sungguh mahal terutama yang mempunyai jenama dan terkenal di seluruh dunia.

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *