Petua Kurangkan Rasa Pedas dalam Masakan
Masakan

Petua Kurangkan Rasa Pedas dalam Masakan

“Alamak! Makanan ni terlalu pedaslah! Perut tak tahan dengan makanan pedas.” Jangan risau! Kali ini, Sis Min nak kongsikan petua kurangkan rasa pedas dalam masakan. Mari teruskan membaca perkongsian ini.

Ramai sebenarnya yang menggemari makanan pedas namun, makanan pedas tidak elok jika dimakan selalu. Bagi mereka yang mempunyai masalah seperti gastrik atau buasir, tidak digalakkan untuk mengambil makanan pedas secara kerap. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai kesan makan makanan terlalu pedas di sini. Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan rasa pedas dalam makanan.

Petua Kurangkan Rasa Pedas dalam Masakan

Petua Mengurangkan Rasa Pedas

#1 Bawang

Menurut Sirap Limau, rasa pedas dalam masakan seperti sambal boleh dikurangkan dengan penambahan hirisan bawang besar.

#2 Gula atau Madu

Rasa pedas dalam masakan boleh dikurangkan dengan menyeimbangkan semula rasa makanan. Sebagai contoh, sambal yang pedas boleh diseimbangkan dengan penambahan rasa manis bagi mengurangkan rasa pijar. Jadi, tambahkan beberapa sudu gula atau madu dalam masakan.

Petua Kurangkan Rasa Pedas dalam Masakan

#3 Lemon | Petua Kurangkan Rasa Pedas dalam Masakan

Rasa pedas boleh dikurangkan dengan penambahan perasa yang masam seperti perahan buah lemon. Namun, tidak perlu meletakkan air perahan lemon terlalu banyak kerana boleh mengganggu rasa makanan.

#4 Kentang

Masukkan kentang dalam masakan dapat membantu mengurangkan rasa pedas. Masak kentang bersama-sama masakan pedas sehingga empuk. Sehubungan dengan itu, kentang dapat menyerap dan mengurangkan rasa pedas.

#5 Santan atau Susu

Petua kurangkan rasa pedas dalam masakan yang seterusnya ialah bahan tenusu. Bahan tenusu yang dimaksudkan adalah seperti santan dan susu. Bahan tenusu ini mampu mengurangkan rasa pedas dalam masakan, sekali gus menambahkan rasa lemak masakan. Sebagai contoh, penambahan susu cair dalam kuah tomyam mampu mengurangkan rasa pedas dan memberikan rasa lemak.

Petua Kurangkan Rasa Pedas dalam Masakan

#6 Tomato

Penambahan tomato dalam masakan dapat mengurangkan rasa pedas, terutama pedas yang disebabkan oleh cili padi. Tomato bukan sahaja mengurangkan rasa pedas, malahan memberikan rasa masam yang dapat menyeimbangkan rasa pedas. Sebagai contoh, penambahan tomato dalam sambal ayam penyet. Tomato akan digoreng sehingga layu dan dikisar bersama cili padi untuk ditumis bersama belacan. Sememangnya mampu seimbangkan rasa masakan.

#7 Lebihkan Sayur | Petua Kurangkan Rasa Pedas dalam Masakan

Lebihkan sayur dalam masakan berkuah yang pedas seperti tomyam. Penambahan sayur seperti brokoli, lobak merah, dan kobis mampu mengurangkan rasa pedas.

#8 Pilih Cili | Petua Kurangkan Rasa Pedas dalam Masakan

Sebelum mula memasak sesuatu makanan seperti sambal, pastikan anda memilih cili yang kurang pedas agar masakan tidak terlalu pedas dan pijar. Pendapat Sis Min, jika anda tidak tahan pedas, anda perlu memilih cili kering yang gemuk. Jangan memilih jenis cili yang merah, kurus, dan berkilat serta cili yang jenis kerinting dan kedut. Kebiasaannya, jenis cili kering tersebut memberikan rasa yang pedas dan pijar berbanding cili kering gemuk.

Mudah sahaja kan untuk kurangkan rasa pedas dalam makanan dengan petua yang ada ini? Jadi, anda boleh pilih petua di atas bagi mengurangkan rasa pedas mengikut jenis masakan.

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Kepada yang Minat Memasak Tapi Malas Nak Basuh Periuk Kuali Besar-besar, Dapatkan Sahaja Mini Multicooker Pot Ini!

Nak panaskan makanan, masak nasi, masak maggi, masak hidangan berkuah dan sebagainya? Anda boleh dapatkan sahaja Mini Multicooker Pot ini di sini >> https://shope.ee/qJFGukYbr.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.


Jom layari Sisrasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *