Teringin nak pakai baju yang labuh menutupi punggung? Tapi, hanya ada baju yang pendek? Seluar juga ketat di bahagian punggung? Baju anda dah singkat? Jangan risau! Guna skirt extender Muslimah dapat menyelesaikan masalah!
Kini, di pasaran sudah banyak menjual pelbagai jenis skirt extender yang diperbuat daripada pelbagai jenis material. Ada yang jenis jersi, cotton dan sebagainya. Sangat selesa bila dipakai bersama baju yang dah singkat.
Kegunaan Skirt Extender
Bila nak guna skirt extender Muslimah ini? Anda boleh gunakan skirt extender ini apabila baju yang ingin dipakai itu singkat. Berikut merupakan beberapa kegunaannya:
#1 Baju Singkat
Anda boleh gunakan skirt extender ini apabila baju anda sudah singkat dan tidak menutupi punggung. Jadi, penggunaan skirt extender ini sangat sesuai digunakan dengan baju yang singkat.
#2 Seluar Ketat
Sekiranya seluar anda ketat di bahagian punggung dan peha, anda boleh gunakan skirt extender bagi tidak menampakkan bentuk peha dan punggung. Anda boleh gunakan skirt extender jenis panjang dan flowy seperti gambar di bawah:
#3 Bersukan dan Beriadah | Guna Skirt Extender Muslimah
Anda gemar bersukan dan beriadah? Baju yang anda gunakan itu sesuai untuk bersukan atau tidak? Sekiranya baju yang anda gunakan itu singkat dan boleh memperlihatkan badan ketika anda sedang beriadah, anda perlu gunakan skirt extender.
Tidak panas pun menggunakan skirt extender ini sewaktu beriadah. Anda boleh gunakan material jenis jersi yang bergetah kerana sangat selesa dan ringan. Gambar di bawah menunjukkan skirt extender jenis jersi digunakan sewaktu beriadah.
Jenis Skirt Extender | Guna Skirt Extender Muslimah
#1 Basic Cut
Skirt extender jenis basic cut ini antara yang paling sesuai digunakan untuk semua jenis pakaian. Bagi anda yang nak mula memakai baju yang menutupi punggung, Sis Min cadangkan anda gunakan skirt extender dengan basic cut.
#2 Button
Jika anda inginkan sedikit kelainan dan tampak lebih bergaya, anda boleh gunakan skirt extender yang mempunyai butang.
#3 Flowy | Guna Skirt Extender Muslimah
Jika anda ingin mendapatkan efek kurus walaupun memakai skirt extender, anda boleh gunakan skirt extender yang mempunyai design flowy. Skirt extender ini mempunyai potongan simetri di bahagian depan dan belakang yang menjadikan seseorang itu tampak lebih kurus dan tinggi. Sangat cantik!
Anda boleh beli skirt extender jenis ini di Shopee dan Facebook.
#4 A-Cut
Skirt extender jenis A-cut ini lebih kurang bentuknya seperti basic cut. Namun, A-cut lebih kembang di bahagian hadapan berbanding basic cut.
Sekarang, anda sudah pun tahu kegunaan skirt extender ini, kan? Jadi, anda boleh pilih pelbagai jenis bentuk skirt extender untuk digunakan mengikut keselesaan anda.
Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat membantu anda.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari Sisrasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Sis Rasa, Sis Cerita