Menu diet keto untuk diabetes
Kesihatan, Masakan

Menu Diet Keto Untuk Diabetes | EATSLIM LIFESTYLE

EATSLIM LIFESTYLE? Apa benda tu? Menu diet Keto untuk diabetes? Eh macam mana tu? Ikutkan hati ni memang nak berdiet. Tapi kalau ada diabetes, boleh ke??

Uish, sabar… sabar… Sis Min ada jawapannya! Jom ikuti perkongsian Sis Min kali ini tentang ‘menu diet Keto untuk diabetes’. Dengar tajuk pun dah tahu menarik kan? Haaa, kalau nak tahu menarik atau tidak topik kali ni, anda kenalah baca perkongsian Sis Min sampai habis ya… Sebelum tu, jom kita kenali dahulu apa itu EATSLIM LIFESTYLE!

Latar Belakang | EATSLIM LIFESTYLE

Menu diet keto untuk diabetes
Sumber: Instagram EATSLIM LIFESTYLE

EATSLIM LIFESTYLE merupakan sebuah brand yang melibatkan kesihatan dan pengamalan gaya hidup sihat. Ia bermula dengan seorang pengusaha bernama Puan Adda Uwais, atau lebih dikenali sebagai AU. Beliau sendiri telah membuat pemerhatian secara detailed terhadap pemakanan sihat juga tau! Di tambah pula, kedua arwah ibu bapa beliau mengalami diabetes sebelum ini… Hal inilah yang menjadi titik tolak buat AU untuk membantu orang lain di luar sana dalam pengamalan gaya hidup dan pemakanan sihat, melalui diet Keto.

Untuk pengetahuan anda, diet Keto ini sememangnya sesuai diamalkan oleh penghidap diabetes, selain mereka yang ingin menurunkan berat badan! Tambahan pula, AU juga turut membuat rujukan dengan beberapa doktor atau pakar dalam mendapatkan info tentang diet Keto secara mendalam dan tepat. Jadi apa yang Sis Min boleh katakan ialah, EATSLIM LIFESTYLE sememangnya tidak perlu diragui!

Sharing is Caring | Menu Diet Keto untuk Diabetes

Menu diet keto untuk diabetes
Sumber: Pexels.com

Memang ramai penghidap diabetes tidak tahu apa yang perlu dimakan untuk kekal sihat. Kebanyakan penghidap diabetes hanya tahu tentang pengurangan pengambilan gula atau tidak ambil gula sahaja dalam pemakanan seharian, betul kan? Tapi, sedap ke makanan yang dimakan kalau tiada elemen manisan tersebut? Betul ke cara pengambilan makanan seharian anda tu?

Tapi jangan risau… Ni Sis Min nak beritahu, bahawa anda sebenarnya boleh dapatkan menu diet Keto untuk penghidap diabetes yang sedap secukup rasa daripada EATSLIM LIFESTYLE tau! Hal ini kerana, produk yang disediakan sememangnya sesuai buat penghidap diabetes. Bior betul ni, Sis Min?

Ya, Sis Min tak tipu… Jadi, menu harian anda nanti memang confirm dan dijamin sedap!

Menu Diet Keto untuk Penghidap Diabetes, Tetapi Mengikut Selera Malaysia

Menu diet keto untuk diabetes
Sumber: Instagram EATSLIM LIFESTYLE

Ni Sis Min nak kongsikan sedikit antara menu diet Keto daripada EATSLIM LIFESTYLE. Memandangkan kita ni orang Malaysia, selera kita mesti nak ikut makanan Malaysia juga kan? Ini antara menu yang disediakan:

  • Keto Nasi Goreng Ikan Rebus Sekor
  • Keto Nabuko Masak Lemak Cili Api Ayam
  • Keto Nabuko Pataya
  • Keto Nasi Ayam Set

Sebenarnya, ada banyak lagi menu diet Keto daripada EATSLIM LIFESTYLE, yang Sis Min pasti, memang menepati selera orang Malaysia! Kalau nak tahu menu apa lagi yang ada, klik sini.

“Tapi Sis Min, sedap ke tak rasanya tu?”

Kalau nak tahu sedap ke idak, anda boleh tengok feedback customer di media sosial EATSLIM LIFESTYLE ni:

Di Mana Boleh Dapatkan Info?

Buat anda yang berminat dan nak tahu lebih lanjut tentang diet Keto untuk penghidap diabetes ni, ada dua cara yang boleh anda lakukan iaitu:

1) Layari website EATSLIM LIFESTYLE atau;

2) Klik terus link Linktr.ee ni untuk lebih banyak option menarik.

Sekarang anda dah tahu dekat mana nak cari EATSLIM LIFESTYLE ni kan? Jadi jangan tunggu lama-lama ya! Terus je klik link yang Sis Min dah share tuuu… Tapi sebelum tu, habiskan baca perkongsian Sis Min ni dulu! Rugi kalau tak baca sampai habis…

Perbezaan Menu Diet Keto

Sis Min, ada beza ke menu diet keto untuk orang yang nak turunkan berat badan dengan penghidap diabetes? Bezanya adalah, kalau anda amalkan diet keto untuk kesihatan dan turunkan berat badan, makanan yang diambil itu tidaklah seteliti pengambilan makanan untuk penghidap diabetes.

Ohhh… Tapi kenapa ya Sis Min?

Kerana penghidap diabetes perlu mengamalkan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis diabetes yang dialami. Setiap jenis diabetes, ada pengambilan makanannya yang tertentu, supaya penghidap diabetes dapat mengelakkan kemudaratan bagi penyakit tersebut.

Adakah Menu Diet Keto Memberi Kesan Sampingan?

Sekiranya anda mengamalkan diet Keto dengan cara yang betul dan sentiasa merujuk pakar, Sis Min YAKIN, tidak akan ada istilah kesan sampingan yang memudaratkan. Namun, jika anda tidak merujuk atau tidak mendapatkan khidmat nasihat pakar sebaiknya, kemungkinan untuk kesan sampingan terjadi adalah wajar.

Tapi, anda jangan risau! Dengan EATSLIM LIFESTYLE, semuanya lebih mudah! Mereka bukan sahaja menyediakan menu diet Keto untuk penghidap diabetes, namun segala apa yang mereka sediakan juga sudah dirujuk dengan pakar atau doktor terlebih dahulu. Kini, anda dah boleh makan sambil berdiet Keto dengan penuh keyakinan tau! Tak perlu susah-susah dapatkan khidmat nasihat dari pakar sendiri, sebab EATSLIM LIFESTYLE dah settlekan part tersebut.

Jadi, macam mana? Menarik kan perkongsian Sis Min kali ni? Barulah anda tahu yang menu diet keto EATSLIM LIFESTYLE ni bukan sahaja untuk turunkan berat badan, tapi untuk mengamalkan pemakanan yang sihat buat para penghidap diabetes juga. Tak perlu ragu-ragu dah lepas ni. Ingat diet Keto, ingat EATSLIM LIFETYLE!

Sampai sini sahaja perkongsian Sis Min kali ini. Kalau anda nak baca artikel yang lebih banyak lagi, boleh baca di Sis Rasa


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *