Anda sering menggunakan masker pada kulit wajah? Tahukah anda bahawa setiap masker itu berbeza? Mari teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui jenis-jenis masker dan kegunaannya. Kebiasaannya, masker ini digunakan 2 hingga 3 kali seminggu atau sekurang-kurangnya seminggu sekali. Secara umumnya, masker digunakan untuk mendapatkan kulit lebih tegang, lembut, dan bersih.
Setiap jenis masker yang terdapat di pasaran adalah berbeza fungsinya mengikut jenis kulit. Tidak semua masker mempunyai fungsi yang sama dan bukan semua masker sesuai untuk semua jenis kulit.
Jenis-jenis Masker
Berikut merupakan jenis-jenis masker dan kegunaannya pada kulit wajah:
#1 Clay Mask
Clay mask merupakan masker yang berasaskan tanah liat. Masker ini digunakan untuk membuang lebihan minyak (sebum) dan membersihkan pori pada kulit wajah. Menurut Hello Doktor, masker ini ada dua jenis tanah liat, iaitu kaolin dan bentonit.
Jenis tanah liat tersebut mampu menyerap lebihan minyak dan memberikan kesegaran pada kulit wajah. Masker jenis ini sesuai untuk kulit yang berminyak dan berjerawat. Kini, di drugstore seperti Guardian dan Watsons sudah banyak menjual clay mask ini.
Kebiasaannya, clay mask digunakan dengan mengoleskan pada wajah dan biarkan ia dalam masa 10 hingga 15 minit. Kemudian, bilas dengan air sehingga bersih.
#2 Gel Mask | Jenis-jenis Masker dan Kegunaannya
Gel mask merupakan masker yang mempunyai tekstur yang lebih ringan, lembut, dan cepat menyerap ke dalam kulit. Gel mask berfungsi untuk menghidrat dan menegangkan semula kulit wajah. Kulit yang sensitif dan sunburn yang disebabkan matahari amat sesuai memakai gel mask ini. Masker ini dapat meredakan iritasi dan kemerahan pada kulit wajah.
#3 Sheet Mask | Jenis-jenis Masker dan Kegunaannya
Sheet mask ini antara masker yang amat dikenali dalam kalangan para wanita. Masker ini amat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit kerana didatangi dalam pelbagai jenis bahan yang sesuai untuk semua jenis kulit. Sebelum anda memakai masker ini, anda perlu teliti terlebih dahulu keperluan jenis kulit anda. Anda boleh pilih sheet mask jenis moisturizing, soothing, anti-aging, nourishing, hydrating, brightening, dan banyak lagi.
Cara untuk memakai sheet mask ini senang sahaja. Pakai sheet mask di wajah dengan mengikut bentuk sheet mask tersebut. Kebiasaannya, sheet mask ini agak berair (essence). Jadi, essence tersebut jangan dibuang. Anda boleh sapukan essence tersebut di kawasan yang kering seperti leher, tangan, dan siku anda untuk lebih lembap.
Ikut arahan pada sheet mask itu. Kebiasaannya, masker ini dipakai dalam masa 10 hingga 15 minit. Jangan biarkan masker ini terlalu lama atau sehingga kering pada wajah. Hal ini boleh menyebabkan kulit terasa gatal. Selepas memakai sheet mask ini, jangan bilas wajah dengan air. Biarkan essence sheet mask tadi menyerap ke dalam kulit. Anda boleh apply pelembap selepas memakai sheet mask ini.
#4 Mud Mask | Jenis-jenis Masker dan Kegunaannya
Mud mask merupakan masker yang berasaskan lumpur. Walaupun mud mask dan clay mask hampir sama, namun, mud mask ini lebih menghidrat kulit terutama untuk kulit kering. Cara pemakaian mud mask juga sama seperti clay mask, iaitu dioleskan pada kulit wajah dan biarkan dalam masa 10 hingga 15 minit. Kemudian, bilas dengan air sehingga bersih. Gunakan masker ini 2 hingga 3 kali seminggu.
#5 Peel-off Mask
Jenis-jenis masker dan kegunaannya yang seterusnya ialah peel-off mask. Peel-off mask digunakan untuk membersihkan blackheads dan whiteheads serta pori-pori yang tersumbat. Masker ini mempunyai tekstur seperti gel dan perlu dioleskan pada wajah sehingga masker tersebut kering. Kemudian, selepas masker tersebut kering, anda hanya perlu tanggalkan atau kupaskan ia.
Peel-off mask ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Jika kulit anda jenis yang berjerawat, pilih peel-off mask yang mengandungi glycolic dan salicylic.
#6 Exfoliating Mask
Jenis-jenis masker dan kegunaannya yang seterusnya ialah exfoliating mask. Exfoliating mask digunakan untuk kulit kusam dan kasar. Masker ini perlu digunakan seminggu sekali selama 10 minit. Masker ini berfungsi menyingkirkan sel kulit mati yang menyebabkan kulit menjadi kusam dan kasar.
Cara menggunakan masker ini adalah dengan mengoleskannya pada wajah dan urut atau gosok sedikit pada kulit wajah. Biarkan selama 5 hingga 7 minit. Kemudian, bilas dengan air sehingga bersih. Anda boleh gunakan masker ini selepas memakai pencuci wajah.
Menurut laman web the Asian parent, exfoliating mask untuk kulit berjerawat perlulah mengandungi salicylic acid (BHA). Manakala, untuk kulit yang kering pula, exfoliating mask yang sesuai perlu mengandungi Alpha Hydrolic Acid (AHA) atau lactic acid. Anda boleh pilih dan beli pelbagai jenis exfoliating mask mengikut jenis kulit di sini.
#7 Sleeping Mask | Jenis-jenis Masker dan Kegunaannya
Sleeping mask perlu dipakai semalam dan dibilas keesokannya selepas bangun dari tidur. Masker ini akan membuat kulit wajah lebih lembap. Sleeping mask ini sangat sesuai untuk kulit yang kering, kusam, dan sensitif. Masker ini juga dikatakan sebagai anti-aging.
Anda boleh baca jenis sleeping mask dan cara untuk memakai sleeping mask ini di sini.
Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan informasi yang berguna dalam menjaga kecantikan kulit wajah.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Sis Rasa, Sis Cerita