Idea Gaya Tudung Aidilfitri 2023
Fesyen, Kecantikan

Idea Gaya Tudung Aidilfitri 2023

Aidilfitri bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Anda sudah ada idea gaya tudung Aidilfitri 2023 untuk digayakan ke belum? Sis Min pasti, ramai yang sudah mula menonton tutorial video di media sosial kan? Tetapi ada kalanya, gaya tersebut tidak menjadi, betul tak?

Tidak perlu risaulah, sebab untuk perkongsian kali ini, Sis Min akan kongsikan kepada anda tentang idea gaya tudung Aidilfitri 2023 yang boleh dijadikan rujukan semasa hari raya nanti. Jom teruskan bacaan bersama Sis Min!

Fesyen Raya 2023 | Idea Gaya Tudung Aidilfitri

Nak mencari gaya tudung di laman media sosial terutamanya TikTok dan Instagram ni mudah aje. Ramai selebriti atau influencer pun turut membuat tutorial pemakaian tudung gaya mereka, yang juga membantu figura bentuk wajah untuk kelihatan lebih cantik dan kemas.

Lebih-lebih lagi dah nak raya ni, kita mesti teringin kelihatan ‘WOW‘ sikit di hari raya yang pertama kan? Jadi, mari Sis Min kongsikan beberapa idea gaya tudung Aidilfitri 2023 untuk anda semua.

1. Gaya Bawal Square

Penggemar bawal sudah pasti gemarkan kekemasan dan bentuk muka yang lebih kemas. Sekarang, kita boleh dapatkan tudung bawal fesyen bercorak yang sedang meningkat popular dan pastinya lebih menonjol apabila dipakai.

Namun tidak dilupakan juga bawal plain yang tetap menjadi pilihan penggemar bawal square dan amat sesuai dipakai bersama pakaian bercorak.

Sumber: Tiktok @thieyr

2. Turban

Untuk para penggemar fesyen, turban pula pasti akan menjadi pilihan mereka untuk kelihatan lebih menonjol di hari raya. Tetapi, anda jangan risau dahulu kerana gaya turban terkini pun boleh dilakukan dengan leher yang tertutup. Jadi, sesiapa pun sesuai untuk menggayakan gaya turban ini!

Sumber: Tiktok @asyiqiny

3. Shawl Chest-Covered | Idea Gaya Tudung Aidilfitri 2023

Shawl sentiasa menjadi pilihan kebanyakan individu kerana terdapat banyak gaya yang boleh digayakan menggunakannya. Dek kerana lebar dan panjangnya sesebuah shawl itu, ia lebih memudahkan untuk sebarang gaya fesyen terkini digayakan.

Sumber: Tiktok @tudungrufflehq

4. Bawal Shawl

Kini, tudung bawal bukan sahaja sesuai digayakan dengan style simple sahaja. Malahan, ia juga boleh digayakan menjadi ‘style shawl‘. Gaya ini boleh digayakan pada bila-bila masa kerana lebih mudah dan nampak sopan gittew

Sumber: Tiktok @hijabsoul

Jom Padankan Gaya Tudung Terbaik Anda Bersama Blouse Panda Eyes!

Kalau anda nak kelihatan lebih gempak, padankan sahaja pelbagai gaya tudung pilihan dengan blouse daripada Panda Eyes ni! Mana-mana yang berminat nak beli boleh klik link ini, https://shope.ee/2q4JeyteAi.

Haaa, apa tunggu lagi tu? Jom kita practice kesemua gaya tudung untuk hari pertama Aidilfitri nanti, bermula hari ini! Pastikan anda save siap-siap pilihan mana yang bakal digayakan nanti. Anda juga boleh melihat pelbagai tutorial tudung di Tiktok Tudung Ruffle tau… Selamat mencuba!

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min tentang “Idea Gaya Tudung Aidilfitri 2023”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *