Kedai Emas Ipoh Perak
Fesyen, Kecantikan

Kedai Emas Ipoh Perak

Adakah anda sedang mencari kedai emas terbaik di negeri Perak? Jika ya, Sis Min cadangkan anda untuk terus ke kedai emas Ipoh Perak yang dikenali sebagai EMAS HAIFA.

Di EMAS HAIFA ini terdapat pelbagai jenis barangan kemas dan perhiasan yang boleh anda dapatkan. Bukan sahaja perhiasan emas yang ada di sini, malahan perhiasan silver pun ada!

Tak cukup dengan itu, mereka juga menawarkan servis pembelian emas daripada pelanggan dengan harga yang tinggi tau! Jadi, kalau anda rasa nak jual emas dengan harga yang terbaik, bolehlah cuba survey kedai EMAS HAIFA ni.

Manfaat Pelaburan Emas | Kedai Emas Ipoh Perak HAIFA

Kita sedia maklum bahawa emas mempunyai pelbagai manfaat untuk kegunaan masa akan datang. Pada Sis Min, memang tak rugi kalau kita perlahan-lahan mencuba melabur bersama emas. Nak tahu apa antara kelebihan melabur emas?

  • Kedai Emas Ipoh Perak
  • Kedai Emas Ipoh Perak

Antara manfaat utama pelaburan emas adalah seperti berikut:

1. Mata wang tambahan
Jika pada suatu hari nanti anda memerlukan wang tunai tambahan, anda boleh sahaja menjual atau memajak perhiasan emas yang pernah dilabur tersebut. Namun, pastikan anda menjual emas tersebut ketika harganya tinggi ya…

2. Pelaburan lebih stabil
Emas adalah instrumen yang baik untuk dilabur kerana harganya sentiasa meningkat setiap tahun, menjadikan ia sebagai salah satu pilihan pelaburan bijak. Dengan ini, anda bolehlah membeli emas ketika harganya jatuh dan menjualnya semula ketika harganya sedang mencanak naik.

3. Perhiasan turun-temurun
Andai anda mempunyai ramai anak dan cucu, kesemua perhiasan emas anda bolehlah diturunkan kepada mereka suatu hari nanti. Perhiasan tersebut boleh mereka gunakan sebagai aksesori, majlis perkahwinan, ataupun dijual pada kadar harga yang tinggi untuk kelangsungan hidup sekiranya anda sudah tiada.

Keistimewaan EMAS HAIFA Berbanding Kedai Lain

@kedaiemashaifa

Harini live pukul 2 kita nak layur CLEARANCE ITEM 258/g FREE UPAH 🀯🀯🀯😱😱😱😱😱😱😱 Komen LOCK RMXXX laju2..sape cepat die dapat..item baru item baru cantek cantek😍😍

♬ original sound – kedaiemashaifa – Kedai Emas Haifa

Sama seperti kebanyakan kedai emas lain, sudah semestinya EMAS HAIFA menjual pelbagai jenis perhiasan dan barangan kemas untuk para pelanggannya. Namun, adakah anda tahu bahawa mereka juga ada menjual perhiasan atau barangan kemas seperti perak (silver), termasuklah cincin silver bertakhta batu permata yang berkualiti tinggi?

Tak cukup dengan itu, mereka juga turut menyediakan beberapa lagi keistimewaan lain seperti yang Sis Min senaraikan di bawah:

1. Kedai emas Ipoh Perak HAIFA ada servis jual beli emas

Kedai emas Ipoh Perak HAIFA ini bukan sahaja menjual emas dan perak (silver), malahan mereka juga sedia membeli emas-emas lama daripada para pelanggan.

Lebih menarik lagi, kedai emas HAIFA juga berminat untuk membeli semua jenis mutu emas daripada emas tulen 999.9, sehinggalah ke emas 375 (suasa) dengan harga yang agak tinggi. Menarik, kan?

Jadi, jika anda memerlukan cash dalam kadar segera melalui emas yang anda pernah simpan, anda bolehlah menjual emas tersebut kepada EMAS HAIFA. Oh ya, mereka juga tiada masalah untuk melakukan transaksi secara online transfer tau!

Kedai Emas Ipoh Perak

2. Bersedia membeli emas pelanggan yang berada di kedai pajak, Ar-Rahnu dan bank di sekitar Ipoh

Hebat tak hebat EMAS HAIFA ni? Mereka juga boleh membeli emas anda yang berada di kedai pajak, Ar-Rahnu dan juga bank di sekitar Ipoh. Sekiranya anda berasa seperti sudah tidak mampu untuk menebus emas tersebut, maka anda boleh jual sahaja kepada mereka.

EMAS HAIFA sedia membantu para pelanggan dalam proses menebus emas yang dipajak, sekali gus membeli emas tersebut daripada mereka.

Bukan itu sahaja, malah para pelanggan juga boleh mendapatkan baki wang hasil daripada jualan emas tersebut, selagi mana nilai tebusan termasuk interest adalah tidak melebihi kadar belian emas lama mereka.

3. Menitik berat mutu ketulenan barangan kemas yang dijual

Tambahan lagi, EMAS HAIFA amat menitik berat mutu ketulenan barang kemas yang para pelanggan beli daripada mereka.

Apa yang Sis Min pasti, kandungan emas dalam barangan kemas mereka sememangnya memiliki seratus peratus kandungan mutu emas 916! Hal ini kerana, EMAS HAIFA hanya berurusan bersama pembekal atau pengilang barangan kemas yang berkualiti, dan dijamin ketulenan mutu emas 916-nya.

Bagi setiap Pre Order Koleksi Emas Gold Bar 99 Design Asmaul Husna, pelanggan akan mendapatkan album simpanan koleksi gold bar (120 slot kad) yang bernilai RM99 secara PERCUMA! Terhad kepada 10 pelanggan yang terawal SAHAJA.

PROMOSI TERKINI EMAS HAIFA

Jom Jual Emas Bersama Kedai Emas Ipoh Perak, EMAS HAIFA

Alamat premis: No. 29, Jalan Pengkalan Utama 1, Taman Pengkalan Utama, 31650 Ipoh, Perak.
Waktu operasi: Isnin – Ahad (10:30 A.M. – 6:30 P.M.)
No. telefon: 010-229 2956 | 010-564 2957 | 010-393 2958
Email: kedaiemashaifa@gmail.com

Buat anda yang ingin mendapatkan sebarang info terkini kedai emas Ipoh Perak, EMAS HAIFA pula, anda boleh terus ke laman media sosial mereka seperti di bawah. Selamat mencuci mata!

Website | Facebook | Instagram | TikTok | Telegram | Shopee

Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang ‘Kedai Emas Ipoh Perak’. Jumpa lagi di lain posting dan jangan lupa untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *