Gaya Raya 2023 Inspirasi Nurita Harith
Fesyen, Kecantikan

Fesyen Raya 2023 Koleksi Nurita Harith

Tidak lama lagi, umat islam sedunia akan menyambut bulan Ramadan dan disusuli dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pasti ramai yang sudah mulai merancang fesyen raya untuk edisi lebaran tahun 2023 ini, kan? Jika anda masih buntu tentang gaya fesyen lebaran terkini, mari Sis Min kongsikan fesyen raya 2023 menerusi koleksi Nurita Harith yang sesuai untuk dijadikan koleksi lebaran pada tahun 2023.

Nurita Harith | Pereka Fesyen Raya 2023

Bagi penggemar fesyen, nama pereka fesyen terkenal, Nurita Harith, pasti tidak asing lagi. Beliau adalah seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang berjaya menempah nama di dalam bidang fesyen tempatan. Sehingga kini, beliau telah berjaya menghasilkan pelbagai rekaan busana seperti pakaian pengantin, koleksi lebaran dan pakaian ready to wear (RTW).

Fesyen Raya 2023 Koleksi Nurita Harith
Sumber: BURO

Baru-baru ini, beliau telah melancarkan 20 koleksi raya yang bertemakan Lebaran Luxe 2023 yang mengetengahkan keistimewaan gaya mewah, sebagai salah satu fesyen raya 2023.

Koleksi yang dilancarkan ini juga adalah sebuah koleksi pakaian yang boleh dijadikan inspirasi bakal penempah yang memfokuskan tekstil yang berona mewah.

Pemilihan Rona Mewah untuk Fesyen Raya 2023

Fesyen Raya 2023 Koleksi Nurita Harith
Sumber: Nurita Harith

Rona mewah yang seakan-akan gelap pasti kelihatan lebih menonjol berbanding rona warna pastel yang sering digayakan.

Hiasan dan Corak | Penambah Fesyen Raya 2023 Koleksi Nurita Harith

Di dalam koleksi Lebaran Luxe 2023 yang dilancarkan ini, selain menonjolkan rona mewah, idea yang diketengahkan juga adalah hiasan dan corak eksklusif sebagai penambah fesyen raya 2023. Di samping pemilihan tekstil yang digunakan untuk tampil lebih ‘premium’, hiasan dan corak juga mampu menonjolkan penampilan para penggaya ketika Aidilifitri nanti.

Pemilihan kain sutera mengikut potongan yang sewajarnya pada penggaya akan lebih menaikkan seri dan tampilkan gaya yang lebih mewah dan ekslusif. Dengan tekstur kain yang berkilat dan licin pula, ia akan membuatkan anda kekal yakin dan berseri pada Aidilfitri nanti.

Sumber: Nurita Harith

Menerusi perkongsian oleh Nurita Harith kepada Harian Metro ketika majlis pelancaran tersebut, mereka akan menutup tempahan dua bulan sebelum sambutan Aidilfitri untuk memastikan pelanggan dapat melakukan proses mengukur atau ‘fitting’ dengan baik dan siap pada masanya.

Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi Lebaran Luxe 2023 oleh Nurita Harith di website Nurita Harith, untuk fesyen raya 2023 anda.

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min tentang “Fesyen Raya 2023 Koleksi Nurita Harith” kali ini! Jika anda nak baca lebih banyak artikel menarik, boleh baca di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *