Barisan Peserta Singles Inferno 2
Hiburan

Barisan Peserta Singles Inferno 2

Rancangan realiti Korea Single’s Inferno akhirnya kembali dengan Season 2! Ia sudah ditayangkan di Netflix pada 13 Disember 2022 lalu. Rancangan ini mendapat sambutan hangat termasuk di Malaysia tau! Tetapi, siapakah barisan peserta Singles Inferno 2 pada kali ini? Jom kita kenali mereka.

Apakah Rancangan Single’s Inferno Ini?

Rancangan Single’s Inferno merupakan dating show yang terkenal di Korea dan telah mendapat sambutan hangat secara international. Untuk yang tidak tahu, anda boleh menonton trailer terlebih dahulu.

Siri 10 episod ini membawa bersama 12 orang peserta ke ‘Inferno‘. Selain daripada menahan cuaca panas yang menggila di ‘Inferno‘, peserta tidak dibenarkan untuk mendedah perihal umur, pekerjaan, dan tempat asal mereka sehingga menjejakkan kaki ke ‘Paradise‘.

Barisan Peserta Singles Inferno 2

1. Choi Jong Woo | Barisan Peserta Lelaki Singles Inferno 2

Barisan Peserta Singles Inferno 2
Sumber: Koreaboo

Choi Jong Woo, berusia 25 tahun merupakan seorang barista yang mempunyai kafe bersama ibu dan bapanya. Beliau merupakan seorang bekas atlet yang telah bermain bola sepak sejak sekolah rendah lagi.

2. Jo Yoong Jae

Barisan Peserta Singles Inferno 2
Sumber: Bustle

Young Jae merupakan seorang pengurus kewangan yang berusia 32 tahun. Beliau mengekalkan bentuk badannya dengan melakukan CrossFit dan mendaki, sehingga menjadi lelaki terkuat di dalam rancangan ini.

3. Kim Han Bin

Barisan Peserta Singles Inferno 2
Sumber: Bustle

Han Bin yang berusia 24 tahun pula ialah seorang chef yang memenangi anugerah dengan senyuman lebar dan personaliti cerah dan ceria. Beliau menyatakan hasrat ingin bertemu dengan seseorang yang juga mempunyai aura positif sama sepertinya.

4. Shin Dong Woo | Barisan Peserta Lelaki Singles Inferno 2

Barisan Peserta Singles Inferno 2
Sumber: Bustle

Dong Woo merupakan seorang pakar bedah kosmetik yang berusia 32 tahun. Beliau ialah seorang atlet angkat berat dan pemain bola keranjang.

5. Kim Jin Young

Barisan Peserta Singles Inferno 2

Jin-young, 28, adalah bekas tentera untuk pasukan khas tentera laut Korea, yang kini mengendalikan saluran YouTube mengenai kandungan ketenteraan. Beliau yang gemar bersenam lima kali seminggu dan gemar menunggang motosikal, berkata ia berasa seronok apabila berada di dalam dunia kecilnya sendiri.

6. Kim Se Jun

Sumber: Koreaboo

Se Jun bekerja sebagai pemotong pakaian dan berusia 27 tahun. Beliau ialah seorang pemain tenis dan sering mengatakan bahawa ciri-ciri menariknya ialah kecomelan, kebaikan dan kebolehannya yang unik untuk membuatkan orang lain berasa selesa.

7. Shin Seul Ki | Barisan Peserta Perempuan Singles Inferno 2

Barisan Peserta Singles Inferno 2
Sumber: The Cinemaholic

Seul Ki merupakan seorang pelajar universiti dengan jurusan piano dan berusia 25 tahun. Beliau mempunyai personaliti yang santai dan menyeronokkan.

8. Park Se Jeong

Barisan Peserta Singles Inferno 2
Sumber: Reality Titbit

Se Jeong, 26, merupakan seorang model dan peminat aktiviti kecergasan yang boleh bantu mengekalkan bentuk badan melalui latihan bebanan dan tenis.

9. Lee So E

Sumber: Bustle

Pelajar universiti dan pelakon utama So E, 23 tahun, telah muncul dalam beberapa K-drama yang terbaharu. Beliau juga merupakan seorang penari.

10. Lee Nadine | Barisan Peserta Perempuan Singles Inferno 2

Sumber: The Cinemaholic

Nadine berusia 23 tahun ialah pelajar pra-perubatan Universiti Harvard dalam jurusan neurosains. Beliau bermain lacrosse dan bola sepak, serta menggambarkan dirinya mempunyai personaliti yang dingin dan jujur.

11. Choi Seo Eun

Sumber: Bustle

Seo Eun, 28, ialah bekas Miss Korea yang mengatakan bahawa tidak kira dengan siapa dia bercakap, dia mampu mencipta suasana santai.

12. Kim Min Su

Sumber: Reality TitBit

Model Min Su, 26, ialah Ketua Pegawai Eksekutif sebuah kedai pakaian dalam talian. Beliau merupakan seorang yang mempunyai personaliti lembut dan banyak ketawa yang membuatkan semua orang selesa bersamanya.

Rancangan Single’s Inferno

Rancangan Singe’s Inferno ini mendapat sambutan kerana para pesertanya sendiri tidak mengenali antara satu sama lain! Jadi, para penonton lebih teruja untuk melihat apakah yang bakal terjadi di dalam siri tersebut di samping menantikan setiap episod yang akan datang.

Tidak lupa, barisan peserta Singles Inferno 2 ini juga telah memberikan impak besar kepada penonton. Mereka sangat neutral berhadapan dengan kamera walaupun tidak terbiasa. Pastikan anda menonton Single’s Inferno 2 ini ya!

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min tentang “Barisan Peserta Singles Inferno 2”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *