Stalking secara online atau fizikal
Pendidikan

Stalking Secara Online Atau Fizikal Kini Adalah Jenayah

Stalking secara online atau fizikal kini disabitkan sebagai satu jenayah di Malaysia. Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan kepada Kanun Keseksaan memasukkan seksyen baharu 507A ke dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan mengintip atau menghendap mangsa secara fizikal dan dalam talian.

Tracking Juga Merupakan Kesalahan Di Bawah Stalking

Stalking secara online atau fizikal
Sumber: NITA Online Training Academy

Seksyen baharu itu juga termasuk penjejakan sebagai kesalahan di bawah menghendap. “Penjejakan juga bermakna menjejaki mangsa secara bukan fizikal melalui mana-mana peranti, contohnya dengan kamera tersembunyi atau penjejak GPS,” kata Ramkarpal Singh pada Rabu (29 Mac) ketika membentangkan pindaan Kanun Keseksaan di Dewan Rakyat.

Idea keseluruhannya adalah stalking (menghendap) dengan teknologi. Ia tidak lagi (menghendap dan mengintip) secara kebiasaan menerusi fizikal.

Apakah Hukuman Stalking Secara Online Atau Fizikal?

Di bawah Seksyen 507A baharu, sesiapa yang berulang kali dengan sebarang tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, mengetahui atau sepatutnya tahu bahawa perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan kerisauan, ketakutan atau mencemaskan mana-mana orang tentang keselamatan orang itu, melakukan kesalahan menghendap.

Kesalahan itu boleh dihukum penjara maksimum tidak melebihi tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sebab RUU Kanun Acara Jenayah Stalking Diluluskan

Stalking Secara Online Atau Fizikal

Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh berkata satu tinjauan baru-baru ini menunjukkan bahawa menghendap berleluasa di negara ini dengan 36% rakyat Malaysia pernah mengalami diintai dan berasa takut. Manakala 12 peratus mendapat ancaman serta 17 peratus mendapat kecederaan.

Tinjauan juga menunjukkan bahawa tindakan menghendap mempunyai kesan negatif terhadap kehidupan seharian rakyat dari segi ekonomi, sosial, rekreasi, dan hal ehwal penjagaan kanak-kanak.

Ramkarpal menjelaskan bahawa rujukan kepada model perundangan Singapura, United Kingdom (UK), dan India telah diambil kira dalam usaha untuk mengenal pasti model perundangan yang sesuai sebagai penanda aras. Pindaan kepada Akta 574 juga mengambil kira pandangan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan melibatkan sesi libat urus, termasuk penyertaan beberapa mangsa penghendapan.

Kesimpulan Stalking Secara Online Atau Fizikal Kini Dikira Jenayah?

Pindaan ini bertujuan untuk memberikan perlindungan undang-undang kepada mangsa jenayah penghendapan melalui perintah perlindungan yang dikeluarkan oleh mahkamah. Ramkarpal juga menyatakan bahawa pindaan ini bertujuan untuk merintangi jenayah penghendapan dan pada masa yang sama, mengurangkan kebimbangan, ketakutan, dan trauma yang dialami oleh mangsa.

Keyboard Sedia Ada Anda Kurang Best Digunakan untuk Menaip?

  • Pemain Bola Sepak Kacak Korea

Kalau anda seorang yang kerap menggunakan laptop, komputer atau PC, anda pasti tahu bahawa keyboard sedia ada mereka kurang sedap untuk digunakan. Betul tak?

Untuk memudahkan urusan anda, guna aje wireless keyboard yang daebak ni untuk membuat apa sahaja pekerjaan yang melibatkan penaipan! Confirm smooth je anda nak type apa-apa nanti… Jom dapatkannya di sini >> https://shope.ee/8UigOl1QoM.

Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “Stalking Secara Online Atau Fizikal Kini Adalah Jenayah”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *