Jenis Minyak Zaitun dan Kegunaannya
Masakan, Pendidikan

Jenis Minyak Zaitun dan Kegunaannya

Minyak zaitun adalah sejenis minyak yang dihasilkan daripada buah zaitun yang tumbuh dengan subur di negara Mediterranean. Minyak zaitun juga merupakan sumber nutrien yang digunakan secara meluas terutama dalam masakan. Jadi, hari ini Sis Min nak kongsikan penulisan berkaitan jenis minyak zaitun dan kegunaannya.

Setiap jenis minyak zaitun ini ada fungsinya yang tersendiri. Selalu juga kita menggunakan minyak zaitun dalam masakan, kan? Tapi, bukan semua jenis minyak zaitun ini sesuai digunakan dalam masakan. Siapa yang baru tahu minyak zaitun ini ada pelbagai jenis dan tidak semuanya sesuai digunakan dalam masakan? Sis Min pun baru tahu perkara ini selepas membaca perkongsian dalam Telegram Tips untuk Wanita.

Lambakan minyak zaitun di pasar raya sememangnya menyukarkan kita untuk mengetahui apa fungsi antara setiap jenis itu. Mari kita ketahui apa jenis minyak zaitun yang sesuai digunakan dalam masakan!

Jenis Minyak Zaitun dan Kegunaannya

Melalui pembacaan, Sis Min dapati terdapat 9 jenis minyak zaitun yang ada di pasar raya. Walau bagaimanapun, Sis Min hanya kongsikan 5 daripadanya. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai minyak zaitun yang Sis Min tidak sebutkan ini di sini dan ini. Antara jenisnya ialah:

#1 Minyak Zaitun Ekstra Virgin

Minyak zaitun ekstra virgin atau extra virgin olive oil ini merupakan minyak zaitun yang berkualiti tinggi. Hal ini kerana, tiada penambahan bahan kimia yang boleh menjejaskan kualiti minyak. Minyak ini dihasilkan daripada proses perahan atau pengekstrakan mekanikal sejuk.

Walau bagaimanapun, minyak zaitun ini tidak sesuai digunakan untuk memasak kerana mudah teroksida. Hal ini kerana, zat-zat dalam minyak ini akan berubah menjadi lemak berbahaya jika minyak ini dipanaskan untuk memasak.

Tetapi, anda boleh gunakannya sebagai minyak salad atau pasta. Anda juga boleh gantikan ia sebagai butter untuk disapu ke atas roti. Minyak ini mempunyai vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan. Warna minyak zaitun ini sedikit kehijauan, mempunyai bau yang agak kuat dan rasa yang agak pahit.

Jenis Minyak Zaitun dan Kegunaannya
Sumber: Saji.my

#2 Virgin Olive Oil | Jenis Minyak Zaitun dan Kegunaannya

Minyak zaitun virgin ini dihasilkan daripada proses perahan kedua dan dipercayai minyak zaitun yang masih asli kerana kandungan asidnya 1-4%. Minyak ini tidak sesuai digunakan untuk memasak kerana ada “smoke point” pada suhu 199 darjah Celsius.

Jika melebihi suhu “smoke point” tersebut, boleh mengakibatkan radikal bebas, lebihan lemak dalam darah dan kolestrol. Namun, minyak zaitun virgin ini sesuai digunakan sebagai dressing salad dan pasta.

#3 Minyak Zaitun Asli/Pure Olive Oil | Jenis Minyak Zaitun dan Kegunaannya

Minyak zaitun asli atau pure olive oil adalah sejenis minyak zaitun yang seringkali kita temukan di pasar raya dan harganya juga lebih murah. Minyak zaitun asli ini lebih rendah kualitinya berbanding extra virgin olive oil kerana kandungan oleic acid lebih tinggi, iaitu 3-4% berbanding extra virgin olive oil.

Pure olive oil ini sesuai untuk digunakan dalam masakan seperti membuat sos, pasta, dan kebanyakan jenis masakan.

Jenis Minyak Zaitun dan Kegunaannya

#4 Extra Light Olive Oil | Jenis Minyak Zaitun dan Kegunaannya

Extra light olive oil ini hampir sama fungsinya dengan light olive oil. Apa yang membezakannya ialah extra light olive oil ini lebih tinggi kadar pengekstrakan minyak zaitun berbanding light olive oil. Light olive oil boleh digunakan untuk memasak dan memanggang. Tetapi, extra light olive oil ini boleh digunakan untuk memasak, memanggang, dan menggoreng.

Warna minyak zaitun ini kuning cair atau kuning pucat. Kadar kandungan asid juga melebihi 4%, yang amat sesuai digunakan untuk memasak.

Jenis Minyak Zaitun dan Kegunaannya
Sumber: Saji.my

#5 Minyak Zaitun Pomace/Olive Pomace Oil

Jenis minyak zaitun dan kegunaannya yang seterusnya ialah Olive Pomace Oil. Pomace merupakan sisa kering buah zaitun seperti kulit dan biji yang didapati daripada proses pengesktrakan minyak zaitun asli. Kualiti minyak ini juga rendah kerana perlu melalui beberapa proses penapisan.

Minyak zaitun jenis ini sesuai digunakan untuk memasak pada suhu tidak melebihi 238 darjah Celsius. Hal ini kerana, “smoke point” untuk minyak ini adalah 238 darjah Celsius. Jika melebihi suhu yang ditetapkan, ia boleh mengurangkan kualiti dan vitamin yang terdapat dalam minyak ini.

Jenis Minyak Zaitun dan Kegunaannya
Minyak Zaitun Pomace

Sekarang anda sudah tahu jenis minyak zaitun dan kegunaannya, kan? Jadi, pastikan anda menggunakan minyak zaitun yang betul mengikut fungsinya sebelum memasak.

Sis Min harapkan agar artikel kali ini memberi manfaat kepada anda terutama anda yang gemar menggunakan minyak zaitun semasa memasak.

Kepada Student atau Warga Bekerja yang Minat Memasak Tetapi Tiada Kemudahan, Jom Dapatkan Mini Multicooker Pot!

Nak panaskan makanan, masak nasi, masak maggi, masak hidangan berkuah dan sebagainya? Anda boleh dapatkan sahaja Mini Multicooker Pot ini di sini >> https://shope.ee/qJFGukYbr.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.


Jom layari Sisrasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *