Islamic Cartoon for Kids
Hiburan, Pendidikan

Islamic Cartoon for Kids

Islamic cartoon for kids sememangnya menjadi pilihan ibu bapa untuk anak-anak kecil yang mula meningkat usia. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memantau setiap aktiviti anak-anak.

Apa itu Durioo+? | Islamic Cartoon For Kids

Islamic Cartoon for Kids

Durioo+ merupakan sebuah platform selamat untuk kanak-kanak Islam. Hal ini kerana, kandungan konten di dalam Durioo+ terdiri daripada konten yang mempunyai nilai Islamik, pembelajaran menarik untuk kanak-kanak Islam, telah ditapis oleh ibu bapa Muslim, menarik untuk tontonan anak-anak dan yang paling penting bebas iklan.

Umum mengetahui bahawa, kanak-kanak merupakan generasi yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Oleh itu, kanak-kanak perlu diterapkan dengan ilmu agama yang kukuh sejak di bangku sekolah lagi. Bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mempengaruhi anak-anak dan mendedahkan mereka tentang pendidikan agama sejak kecil lagi.

Kelebihan Durioo+ | Islamic Cartoon For Kids

Islamic Cartoon for Kids

Kewujudan Durioo+ dapat menyediakan platform yang selamat untuk kanak-kanak Islam. Hal ini demikian kerana, Durioo+ hanya mengandungi konten yang baik dan mempunyai nilai Islamik yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun.

Platform sebegini boleh membantu memudahkan ibu bapa untuk mendidik anak-anak dengan menonton rancangan tersebut bersama. Dengan cara ini, ibu bapa dapat berinteraksi dengan anak-anak serta menerangkan dengan lebih jelas kepada anak-anak. Misalnya seperti doa dan kisah nabi.

Selain itu, Durioo+ menyediakan platform yang bebas agenda bukan Islamik. Hal ini kerana, ibu bapa tidak perlu bimbang tentang agenda yang boleh memudaratkan minda anak-anak seperti LGBTQ dan lain-lain.

Adik Sis Min pernah tertonton animasi yang mengandungi LGBTQ, jadi Sis Min yakin dengan wujudnya platform sebegini ibu bapa tidak perlu risau lagi tentang pengaruh yang tidak baik.

Di samping itu, platform Durioo+ juga merupakan platform bebas iklan. Dalam hal ini, minda anak-anak tidak dipengaruhi dengan iklan-iklan yang tidak berfaedah. Sis Min yakin ibu bapa pasti bimbang jika anak-anak tertonton iklan yang boleh menjejaskan minda mereka.

Dengan Durioo+, ibu bapa tidak perlu bimbang lagi untuk membiarkan anak-anak menonton bersendirian tanpa pemantauan. Terdapat pelbagai jenis kartun Islamic yang boleh ditonton oleh kanak-kanak pada masa kini di Durioo+. Antara yang paling popular dalam kalangan kanak-kanak ialah Little Ammar.

Little Ammar | Islamic Cartoon for Kids

Islamic Cartoon for Kids

Umum mengetahui bahawa, Little Ammar amat diminati oleh golongan kanak-kanak, tidak terkecuali ibu bapa yang turut meminati animasi tersebut. Hal ini demikian kerana, Little Ammar memaparkan zikir, doa, bacaan Al-Quran dan banyak lagi ciri-ciri Islam yang baik. Ibu bapa tidak perlu risau jika anak-anak menonton animasi tersebut.

Di samping itu, ibu bapa dapat menerapkan nilai-nilai moral dalam diri anak-anak melalui watak animasi kegemaran mereka. Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah terpengaruh dan seterusnya meniru setiap perbuatan yang mereka perhatikan.

Oleh itu, animasi Little Ammar ini dapat membentuk anak-anak yang berpekerti mulia melalui apa yang dipertontonkan.

Jelaslah bahawa, Islamic cartoon for kids yang terdapat dalam Durioo+ dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada kanak-kanak yang menonton. Oleh itu, ibu bapa perlu melanggan Durioo+ untuk memudahkan anak-anak menonton kartun yang berbentuk Islamic melalui platform tersebut tanpa perlu rasa bimbang.

Nak Dapatkan Info Lanjut?

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan Islamic cartoon for kids ini, boleh klik sini. Anda juga boleh layari laman web KidsterActive.

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min pada kali ini. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari portal Sis Rasa.

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *