Setiap wanita mengimpikan rumah yang cantik dan selesa. Rumah tidak besar pun tidak mengapa. Tapi, yang penting, rumah itu perlulah bersih dan kemas. Tapi, ada satu ruang di dalam rumah yang sentiasa bersepah kerana sering digunakan. Ruang tersebut ialah ruang dapur. Walaupun kebanyakan rumah mempunyai dapur di bahagian belakang dan jauh dari pandangan orang, namun, dapur juga perlulah sentiasa bersih. Jadi, Min nak kongsikan tips mengurus dapur dengan kemas.
Sis Min dapatkan maklumat berkaitan dengan tips pengurusan dapur ini daripada laman web Impiana dan Bisnesmakanan.com. Mari teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahui tips yang akan dikongsikan.
Tips Mengurus Dapur dengan Kemas
Terdapat beberapa tips yang boleh digunakan agar dapur kelihatan kemas dan bersih.
#1 Menjaga Kebersihan
Sentiasa mengelap dan mengemas dapur selepas memasak. Hal ini supaya minyak atau kotoran yang terlekat pada dapur mudah ditanggalkan. Sekiranya dapur itu dibiarkan dan tidak dibersihkan, kotoran akan melekat dan sukar untuk dibersihkan.
Selain itu, anda perlulah biasakan diri untuk menyapu dan mengemop lantai di ruang dapur sebaik sahaja digunakan. Anda juga perlulah memastikan singki yang telah digunakan itu dibersihkan agar tiada kekotoran yang melekat. Pastikan alat perkakasan memasak yang telah digunakan itu juga dibersihkan.
#2 Sistem Pengudaraan yang Baik | Tips Mengurus Dapur dengan Kemas
Pastikan ruang dapur anda memiliki tingkap bagi membolehkan udara untuk keluar dan masuk. Jadi, tingkap atau pintu perlulah dibuka sedikit sewaktu memasak. Sekiranya ruang dapur anda tidak mempunyai tingkap atau pintu, anda boleh gunakan alat penyedut udara.
Sistem pengudaraan yang baik di dapur akan membantu mengurangkan bau kepam atau asap, terutama selepas memasak. Tambahan pula, dapur anda akan lebih segar dengan pengudaraan yang baik.
#3 Tempat Penyimpanan Barang | Tips Mengurus Dapur dengan Kemas
Tempat menyimpan barang perlulah diasingkan mengikut jenis. Sebagai contoh, rempah ratus perlulah diletakkan berasingan dengan alat perkakasan memasak.
Anda boleh letakkan bahan kering seperti tepung, gula, garam, dan rempah ratus di dalam beberapa bekas yang seragam dan disimpan di dalam rak. Manakala, alat perkakasan memasak seperti periuk, kuali, sudip, dan senduk pula boleh diletakkan di satu tempat yang sama. Hal ini akan menyebabkan dapur anda kelihatan lebih kemas dan tersusun.
#4 Memeriksa Bahan Makanan di Peti Ais
Pastikan bahan makanan di dalam peti ais sentiasa diperiksa. Jika ada bahan makanan yang telah rosak atau lama, ianya perlulah dibuang. Hal ini supaya peti ais tidak dipenuhi dengan bahan makanan yang rosak. Anda juga digalakkan untuk membersihkan peti ais di rumah dua minggu sekali agar udara sejuk dapat berfungsi dengan baik.
#5 Letak Barang di Tempat Asal | Tips Mengurus Dapur dengan Kemas
Selepas menggunakan perkakasan seperti papan pemotong, pisau, periuk, dan bahan kering, anda perlu letakkannya semula di tempat asal. Hal ini supaya ruang dapur anda tidak berselerak dengan barang-barang tersebut.
#6 Kurang Menghias Dapur
Sebaik-baiknya, anda boleh mengurangkan perhiasan di dapur seperti langsir di tingkap dan pintu. Hal ini dikatakan demikian kerana, bau dan asap akan melekat di langsir dan menyebabkan dapur anda memiliki bau yang kurang enak. Sekiranya anda ingin menutup tingkap, anda boleh gunakan window blinds.
#7 Ruang Dapur Kering dan Terang | Tips Mengurus Dapur dengan Kemas
Pastikan ruang dapur sentiasa kering dan terang disinari cahaya matahari. Hal ini dikatakan demikian kerana, cahaya matahari dapat menghalang kuman dan bakteria daripada membiak. Boleh baca lebih lanjut di sini.
Ruang dapur yang bersih dan kemas memberikan keselesaan kepada anda untuk menggunakannya. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian pada kali ini. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.
Kepada yang Minat Memasak Tapi Malas Nak Basuh Periuk Kuali Besar-besar, Jom Dapatkan Mini Multicooker Pot Ini!
Nak panaskan makanan, masak nasi, masak maggi, masak hidangan berkuah dan sebagainya? Anda boleh dapatkan sahaja Mini Multicooker Pot ini di sini >> https://shope.ee/qJFGukYbr.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Jom layari Sisrasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!
Sis Rasa, Sis Cerita