Petua Bahan Kisar Tahan Lama
Masakan

Petua Bahan Kisar Tahan Lama

Ada sesiapa yang selalu simpan bahan kisar seperti bawang, cili kering, dan halia? Sis Min selalu tengok ibu Sis Min menyimpan bahan kisar dalam kuantiti yang banyak. Tetapi, bahan kisar yang disimpan dalam jangka masa yang lama mudah berkulat dan cepat rosak. Jadi, kali ini Sis Min nak kongsikan petua bahan kisar tahan lama.

Bahan kisar ni adalah penyediaan awal untuk memasak. Jadi, bila tiba waktu memasak, tak perlulah nak buat bahan kisar. Gunakan sahaja bahan kisar yang telah dikisar awal. Segala maklumat dan petua mengenai bahan kisar ini, Sis Min dapatkan daripada Sirap Limau, Keluarga dan Rasa.

Cara Kisar Bawang Merah (Tahan 1 hingga 2 Minggu)

  1. Kupas kulit bawang merah dan bawang kecil (gunakan 6 bawang merah dan 10 bawang kecil). Kemudian, basuh dan keringkan bawang tersebut.
  2. Bawang tersebut perlu dihiris halus supaya mudah dikisar.
  3. Masukkan minyak masak (separuh daripada kuantiti bawang).
  4. Kisar bahan-bahan tadi sehingga halus.
  5. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam satu bekas dan taburkan sedikit garam di atas permukaan bahan kisar sebelum disimpan di dalam peti ais.
Petua Bahan Kisar Tahan Lama

Cara Kisar Bawang Putih (Tahan 1 hingga 2 Minggu) – Petua Bahan Kisar Tahan Lama

  1. Kupas kulit bawang putih (5 labu). Kemudian, cuci dan keringkan bawang putih tersebut.
  2. Hiris halus bawang putih dan masukkan ke dalam pengisar.
  3. Kisar bawang putih bersama minyak masak (minyak masak separuh daripada kuantiti bawang) sehingga halus.
  4. Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas dan taburkan sedikit garam ke atas bahan kisar sebelum disimpan.
Petua Bahan Kisar Tahan Lama

Cara Kisar Cili Kering (Tahan Sebulan) – Petua Bahan Kisar Tahan Lama

  1. Kupas kulit dan basuh bawang merah serta bawang putih (100 gm cili bersamaan dengan 3 biji bawang merah dan 1 labu bawang putih).
  2. Gunting cili kering. Kemudian, masukkan ke dalam penapis yang berlubang untuk membuang biji cili kering.
  3. Masukkan air dan cili kering ke dalam periuk. Rebus cili kering hingga mendidih.
  4. Masukkan satu sudu besar garam ke dalam rebusan cili kering dan kacau hingga larut.
  5. Rebus lagi cili kering hingga mendidih dan tutup api.
  6. Masukkan cili kering yang telah direbus ke dalam penapis berlubang untuk membasuh dan membuang biji cili kering.
  7. Kemudian, masukkan cili kering yang telah direbus dan dibasuh tadi ke dalam pengisar.
  8. Kisar cili kering tadi bersama air bertapis dan bawang putih serta bawang merah sehingga halus.
  9. Masukkan ke dalam bekas kosong dan simpan di dalam peti ais.
Petua Bahan Kisar Tahan Lama

Cara Kisar Halia | Petua Bahan Kisar Tahan Lama

  1. Buang kulit halia. Basuh dan keringkan halia.
  2. Hiris halia. Kemudian, masukkan halia ke dalam pengisar.
  3. Kisar halia secara kasar bersama sedikit air.
  4. Masukkan halia dalam penapis untuk asingkan air tersebut.
  5. Air halia yang diasingkan akan digunakan untuk kisar halia kali kedua.
  6. Kisar semula halia bersama air tapisan tadi sehingga halus.
  7. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam bekas kosong dan simpan dalam peti ais.

Nak memasak hari-hari pun mudah apabila sudah kisar bahan-bahan utama dalam masakan. Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian berkenaan dengan petua bahan kisar tahan lama. Sis Min harapkan agar artikel ini dapat memberikan informasi yang berguna kepada anda.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *