Tadika Terbaik Jitra Kedah
Pendidikan

Tadika Terbaik Jitra Kedah | Anda Perlu Tahu!

Tahun baru tinggal beberapa bulan saja lagi … Pasti ibu bapa di Jitra, Kedah, sudah mula mencari tadika untuk daftarkan anak-anak kan? Orang utara dah jumpa belum tadika terbaik di Jitra, Kedah tu?

Jika anak-anak sudah mencecah usia 4 tahun, kebanyakan ibu bapa pasti nakkan tadika paling awesome untuk mereka. Tadika yang berprestasi cemerlang dan baik pasti menjadi pilihan ibu bapa hari ini. Jadi, inilah masanya untuk Tuan dan Puan memberi peluang kepada anak-anak untuk merasai sendiri pengalaman yang menyeronokkan di salah satu tadika terbaik di Jitra Kedah ini!

Nak tahu tak, tadika terbaik di Jitra Kedah mana satu Sis Min maksudkan ni? Haaa, Sis Min ada banyak info nak beritahu anda semua tau! Jadi, jom teruskan bacaan Sis Min pada kali ini…

Kenali Tadika Terbaik di Jitra Kedah

Tadika Terbaik Jitra Kedah
Tadika Terbaik di Jitra, Kedah

Tahukan Tuan/Puan bahawa terdapat tadika terbaik di Jitra, Kedah? Sis Min sebenarnya sudah lama tahu tentang Tadika ABS Kembara Bijak Jitra Kedah yang telah menjadi pilihan terbaik para ibu bapa di sini. Ramai anak-anak yang telah memulakan langkah pertama di tadika ini tau!

Tadika ABS Kembara Bijak Jitra Kedah ini merupakan salah satu tadika dalam rangkaian Tadika ABS. Terdapat beberapa tadika telah ditubuhkan di seluruh Malaysia di bawah rangkaiannya. Bukan sahaja di semenanjung semata, di Sabah pun ada juga.

Pendidikan awal yang menyeluruh untuk anak-anak berumur seawal 4 tahun boleh didapati di tadika terbaik Jitra Kedah ini. Bimbingan dan didikan akan diberikan oleh guru-guru yang terlatih dan berpengalaman sebaiknya. Pasti anak-anak akan berasa seronok untuk belajar dan lebih petah berbicara!

Di sini, ibu bapa boleh memilih modul pembelajaran yang ditawarkan mengikut kesesuaian minat dan potensi anak-anak. Selain itu, pelbagai program dan aktiviti menarik turut disediakan tau! Antaranya ialah, program Cilik Bijak Tani, memanah dan Taekwondo.

Menarik Betul Tadika ABS Kembara Bijak Jitra Kedah Ini Kan? Nak tahu Lokasinya di Mana?

Alamat | Tadika Terbaik Jitra Kedah

📍 24, Jalan Idaman 1, Taman Idaman, Tg. Pauh, 06000 Jitra, Kedah.

Waktu Operasi

⏰ 7.00 a.m. sehingga 5.30 p.m.

Modul Pembelajaran Tadika ABS Kembara Bijak

Tadika Terbaik Jitra Kedah
Pelajar di Tadika ABS sedang seronok bercucuk tanam … Seronoknya!

Modul pembelajaran yang disediakan di Tadika ABS Jitra Kedah ini sememangnya menarik dan terbaik! Ia semestinya sesuai untuk peringkat umur 4 hingga 6 tahun. Terdapat beberapa modul pembelajaran yang turut diketengahkan oleh Tadika ABS, dan antaranya ialah:

  1. Little Ibnu Sina
    • Modul ini adalah berteraskan Sains, Cerita dan Eksplorasi. Untuk makluman Tuan/Puan, fokus utama modul ini adalah untuk menarik minat murid terhadap pembelajaran sains melalui penceritaan dan eksperimen mudah.
  2. Kelab Araf
    • Modul ini merupakan satu modul khusus Tadika ABS tau! Ia mendedahkan murid kepada konsep wang dan minda keusahawanan. Sis Min rasa, anak-anak yang suka kira-kira duit tu sangat sesuai dengan modul ini.
  3. Bahasa dan Budaya Tinggi
    • Modul ini menekankan kepada pembudayaan akhlak halus dan santun dalam diri anak-anak. Anak-anak di Tadika ABS dapat mengetahui dan mempelajari akhlak yang baik dan santun melalui modul ini.
  4. Smart English
    • Ini adalah modul pembelajaran bahasa Inggeris yang disediakan di Tadika ABS. Anak-anak akan belajar bahasa Inggeris dengan mudah dan seronok melalui komunikasi. Siapa tahu, balik rumah nanti terus jadi ‘Mat Salleh’ ke kan? Haha…

Tips Utama Memilih Tadika Untuk Anak Anda

Tadika Terbaik Jitra Kedah
Sumber: Facebook Tadika ABS

Nak tahu tak antara tips utama yang para ibu bapa perlu tahu jika mahu daftarkan anak-anak ke tadika? Jangan ambil mudah tips ini kalau tak mahu menyesal di kemudian hari tau! Menurut The Asian Parent, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh ibu dan ayah cemerlang di luar sana.

Antara tips utama dalam memilih tadika adalah:

  1. Modul pembelajaran
    • Terdapat pelbagai modul pembelajaran yang ditawarkan oleh setiap tadika atau prasekolah, dan pastinya ia berbeza antara satu sama lain.
    • Ada yang berkonsepkan ‘play school‘, Islamik atau Montessori. Sudah menjadi tugas ibu bapa untuk mengenal pasti potensi dan minat anak-anak sejak kecil lagi.
  2. Durasi
    • Pemilihan durasi juga amat penting dalam pemilihan tadika bagi anak-anak.
    • Durasi anak-anak di tadika haruslah seiring dan menepati jadual ibu bapa, terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja. Hal ini adalah penting agar tidak mengganggu masa bekerja ibu bapa tersebut.
    • Bukan itu sahaja, anak-anak juga dapat melakukan aktiviti berfaedah sewaktu ibu bapa bekerja.
  3. Yuran pendahuluan dan bulanan
    • Ibu bapa haruslah bersikap “ukur baju pada badan sendiri” agar tidak terbeban di kemudian hari.
    • Anak-anak tidak perlulah dihantar ke tadika yang mahal sehingga membebankan. Ikutlah kemampuan, bukan trend!
  4. Aktiviti kokurikulum
    • Ibu bapa juga perlu tahu sama ada tadika yang hendak dipilih ada menyediakan aktiviti kokurikulum untuk anak-anak.
    • Kebiasaannya, aktiviti kokurikulum akan diadakan di tadika dan berdurasi agak lama.
    • Melalui itu, ibu bapa boleh mengetahui antara aktiviti yang anak-anak lakukan dan sekali gus mengetahui perkembangan mereka.
  5. Lokasi
    • Lokasi tadika juga amat penting ya! Pilihlah tadika yang dekat dengan lokasi rumah atau tempat kerja.
    • Lebih senang untuk ibu bapa ambil dan hantar anak-anak jika begini tau … Warga Jitra, Kedah, juga jangan lepaskan peluang mendaftar di Tadika Terbaik Jitra Kedah ini! Lebih dekat, lebih selamat. InshaAllah!

Keistimewaan Tadika ABS Kembara Bijak Terbaik di Jitra Kedah

Para pelajar melakukan aktiviti sambil diawasi guru terlatih di Tadika ABS.

Sis Min nak beritahu antara keistimewaan Tadika Terbaik Jitra Kedah yang Tuan/Puan perlu tahu! Orang kata, tak kenal maka tak cinta kan? Haaa, tadika yang best dan awesome begini memang wajib untuk semua orang tahu, serta sebarkan kepada seisi keluarga dan juga rakan-rakan!

Jadi, apa istimewanya Tadika ABS di Jitra Kedah ini? Antaranya ialah:

  • Guru yang terlatih dan berpengalaman dalam membimbing anak-anak.
  • Persekitaran yang ceria, selamat dan selesa.
  • Modul dan program yang menepati keperluan dan fitrah anak-anak.
  • Kepelbagaian program tambahan yang memenuhi keperluan perkembangan anak-anak.
  • Pakej yuran pelbagai yang memudahkan urusan ibu bapa.

Berminat untuk Mendaftarkan Anak Anda di Tadika ABS?

Anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Tadika ABS? Mahu anak anda lebih menikmati pengalaman belajar yang lebih meluas? Jom sertai Kelas Percubaan Tadika ABS secara PERCUMA sekarang juga!

Anda hanya perlu klik di sini, dan anak anda boleh rasai sendiri kelas percubaan percuma selama 5 hari. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://tadikaabs.com/ atau Facebook Tadika ABS.

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min pada kali ini tentang, “Tadika Terbaik Jitra Kedah”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari portal Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *