tadika terbaik di gua musang
Pendidikan

Tadika Terbaik di Gua Musang | Pilihan Terbaik Untuk Anak Anda

Hmm… Sis Min selalu dengar ada ibu bapa mengeluh apabila tiba masa untuk memilih tempat bagi memulakan pendidikan prasekolah anak-anak mereka. Hal ini kerana, ramai ibu bapa berfikir bahawa tadika terbaik hanya terdapat di bandar-bandar besar. Misalnya di Kelantan, ibu bapa pasti menyangka bahawa tadika terbaik hanya terdapat di bandar-bandar utama seperti Kota Bharu semata. Tapi, anda tahu tak sebenarnya di Gua Musang pun terdapat tadika terbaik untuk pendidikan prasekolah anak anda?

Haaa, jom follow rapat Sis Min sekiranya anda nak tahu tentang tadika terbaik di Gua Musang ini!

Tadika ABS Tadika Terbaik di Gua Musang

Tadika Aktif. Bijak. Santun. (ABS) merupakan sebuah institusi prasekolah yang menerapkan bukan sahaja kemahiran akademik, tetapi kemahiran-kemahiran kepimpinan yang diperlukan untuk anak-anak kita menjadi lebih ‘independent’ dan bersifat ‘survivor’ pada masa hadapan.

Tadika ABS terbaik di Gua Musang ini beralamat di, PT 9374 Taman Titiwangsa, Bandar Baru 18300 Gua Musang, Kelantan. Jangan risau, tak susah pun untuk mencari di mana premis tadika ini! Hal ini kerana, tadika ini berdekatan dengan Hospital Gua Musang, Marrybrown Gua Musang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang. 

Kebiasaannya, waktu operasi bagi tadika-tadika di Malaysia bermula pada jam 8.00 a.m. kan? Tetapi di Tadika ABS Gua Musang ini, ia beroperasi seawal jam 7.30 a.m. sehingga 5.30 p.m. Jadi, anda tidak perlu risau jika lambat ke pejabat tau!

Anda juga tidak perlu risau terlewat mengambil anak di tadika, kerana waktu operasinya sehingga jam 5.30 p.m. Sis Min faham, ada sesetengah tadika hanya beroperasi sehingga jam 5.00 p.m. Akhirnya, ibu bapa menjadi kalut untuk keluar pejabat on time kerana guru tadika juga mahu pulang cepat.

“Bermula umur berapa anak-anak kami boleh didaftarkan?”

Kalau ibu bapa nak tahu, Tadika ABS Gua Musang ini menerima pendaftaran anak-anak seawal umur 4 tahun hingga 6 tahun. Bagus sangat jika mereka boleh didaftarkan seawal usia ini kan? Macam orang tua-tua dulu kata, “melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Tak gitu? Hehe…

“Eh, eh … Yurannya mahal ke tidak?”

Jangan risau ibu bapa semua! Tadika ABS terbaik di Gua Musang ini menawarkan pelbagai pilihan pakej yuran mengikut kemampuan anda. Sis Min nak bocor rahsia sikit ni … Pakej yuran yang ditawarkan sememangnya berbaloi tau! Apapun pakej yuran yang anda pilih, tetap akan memberi manfaat yang besar kepada anak-anak anda.

Apakah Antara Kelebihan Sekiranya Anak Saya Belajar di Sini? | Tadika Terbaik Di Gua Musang

Untuk makluman ibu bapa, modul pembelajaran tadika ABS di seluruh Malaysia adalah berpandukan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Ya, betul apa yang anda fikirkan! Tadika ABS sememangnya telah berdaftar di bawah KPM.

Memandangkan Tadika ABS di seluruh Malaysia mempunyai modul pembelajaran yang seragam, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya perlu berpindah ke negeri lain. Jika anak anda merupakan pelajar Tadika ABS dari cawangan negeri lain, mereka masih boleh mendapatkan program pembelajaran yang sama di Tadika ABS cawangan negeri yang ingin dituju itu ya. Memang hebat!

Apa yang lebih menarik di tadika terbaik Gua Musang ini ialah, modul pembelajarannya juga turut disokong oleh modul tambahan yang dapat pengembangkan potensi anak-anak. Antara modul tambahan yang disediakan adalah seperti Little Ibnu Sina, ia mendedahkan anak-anak tentang pengetahuan berkaitan Sains, dan modul Kelab ARAF (Kelab Kewangan dan Keusahawanan Abdul Rahman Auf) pula merupakan modul keusahawanan untuk mendidik generasi celik wang. Kemudian, Tadika ABS terbaik di Gua Musang juga turut memiliki modul-modul hebat yang lain.

Inilah yang Sis Min katakan awal-awal tadi … Pakej Tadika ABS sememangnya berbaloi. Banyak ilmu dan kemahiran yang anak-anak anda boleh pelajari di Tadika ABS tau! Ibu bapa di kawasan Gua Musang tak mahu ke anak-anak tu dapat pendidikan awal yang terbaik? Sebab apa yang Sis Min pasti, memang selayaknya Tadika ABS ini digelar sebagai tadika terbaik di Gua Musang.

Lain-lain Aktiviti di Tadika ABS Gua Musang

Selain modul pembelajaran KSPK dan modul-modul tambahan, Tadika ABS Gua Musang juga turut menjalankan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan amalan kehidupan seharian anak-anak.

Lawatan Dari Klinik Pergigian Bandar Gua Musang

Kehadiran jururawat dari Klinik Pergigian Bandar Gua Musang yang memberikan khidmat pemeriksaan gigi percuma ini telah mengubah tanggapan anak-anak Tadika ABS tentang pengalaman pemeriksaan gigi yang menakutkan. Selepas ini, anak-anak bolehlah mengajak ibu bapa ke klinik gigi untuk pemeriksaan berkala tanpa rasa takut!

Slot Pendidikan Jasmani

Slot pendidikan jasmani ini pula bertujuan meneroka pelbagai pergerakan anak-anak pada pelbagai aras. Misalnya, membaling bola yang menguji keupayaan anak-anak untuk membaling dan menangkap objek dengan cekap. Nampak seperti tiada apa-apa kan? Tetapi, aktiviti-aktiviti seperti ini mampu mengukuhkan kemahiran motor halus dan kasar, serta menjadikan anak-anak lebih berkeyakinan. Bila anak-anak mempunyai keyakinan, barulah anak-anak akan lebih bersemangat!

Solat Sunat Duha Berjemaah

Di Tadika ABS Gua Musang, anak-anak tidak hanya didedahkan dengan cara untuk menunaikan solat fardu … Tetapi, anak-anak turut didedahkan dengan cara melaksanakan solat sunat Duha secara berjemaah. Wahhh, bagusnya! Awal-awal lagi sudah tahu cara menunaikan solat sunat Duha.

Haaa, berbaloi betul belajar di Tadika ABS ini kan? Bukan sahaja didedahkan dengan kemahiran akademik, tetapi kemahiran-kemahiran agama dan pelbagai lagi yang boleh membina diri anak-anak pun turut didedahkan bersama. Memang betullah, Tadika ABS merupakan tadika terbaik di Gua Musang!

Berminat untuk Mendaftarkan Anak Anda di Tadika ABS?

Anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Tadika ABS? Mahu anak anda lebih menikmati pengalaman belajar yang lebih meluas? Jom sertai Kelas Percubaan Tadika ABS secara PERCUMA sekarang juga!

Anda hanya perlu klik di sini, dan anak anda boleh rasai sendiri kelas percubaan percuma selama 5 hari. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://tadikaabs.com/ atau Facebook Tadika ABS.

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min pada kali ini tentang, “Tadika Terbaik Di Gua Musang”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih artikel yang menarik, anda boleh layari portal SisRasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *