Cara Mengenali ADHD pada Orang Dewasa
Kesihatan, Pendidikan

Cara Mengenali ADHD pada Orang Dewasa

Attention Deficit Hyperactive Disorder atau ringkasannya yang dikenali sebagai ADHD. ADHD atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif merupakan satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, ADHD ini juga boleh terjadi pada orang dewasa. Namun, bagaimana nak kenal pasti ADHD ini ada pada orang dewasa? Sedangkan, ADHD ini biasa dilihat berlaku kepada kanak-kanak. Oleh hal yang demikian, Sis Min nak kongsikan cara mengenali ADHD pada orang dewasa dalam penulisan ini.

Segala maklumat berkaitan dengan ADHD ini, Sis Min dapatkan daripada laman web ADHD Malaysia dan beberapa sumber lain.

Cara Mengenali ADHD pada Orang Dewasa

ADHD pada Orang Dewasa

Orang dewasa yang menderita penyakit ADHD ini mungkin tidak menyedari bahawa dirinya menghidapi ADHD. ADHD boleh mempengaruhi seseorang itu sehingga mengganggu kerja sehariannya. Misalnya, ADHD berupaya mempengaruhi pekerjaan, perhubungan, dan kekeluargaan.

Menurut laman web ADHD Malaysia, kajian mengatakan lelaki dewasa lebih banyak yang mengalami ADHD berbanding wanita dewasa. Tambahan pula, seseorang mungkin lambat menyedari dirinya menghidapi kecelaruan atau ADHD ini. Hal ini kerana, pendedahan mengenai ADHD kepada awam sangat kurang. Oleh itu, ramai yang tidak menyedari telah dipengaruhi oleh ADHD sehingga suatu saat yang berlaku dalam kehidupannya.

Cara Mengenali ADHD pada Orang Dewasa

Seseorang yang tidak didiagnosis semasa kanak-kanak, akan disahkan menghidapinya apabila menginjak dewasa. Terdapat beberapa simptom ADHD yang terdapat pada orang dewasa. Simptomnya adalah seperti berikut:

Ketidaktumpuan

Cara mengenali ADHD pada orang dewasa ialah seseorang itu mempunyai ciri ketidaktumpuan. Seseorang yang mengalami ADHD tidak dapat fokus kepada sesuatu perkara dan sering melengah-lengahkan kerjanya. Selain itu, seseorang itu akan berasa sukar untuk memulakan dan menyiapkan sesuatu kerja kerana tidak dapat menguruskan masanya dengan baik. Tambahan pula, seseorang itu sukar untuk memberi dan mengawal tumpuan dalam tempoh yang panjang. Orang dewasa yang menghidap ADHD ini juga mudah lupa. Oleh itu, disarankan untuknya membuat nota atau reminder bagi sesuatu perkara.

Cara Mengenali ADHD pada Orang Dewasa

Sukar Mengawal Emosi

Berdasarkan laman web Iluminasi, individu yang mempunyai ADHD biasanya tidak dapat mengawal emosi. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka mempunyai emosi mudah melenting dan marah, sifat yang kurang sabar, mudah sedih dan kecewa. Emosi inilah yang menyukarkan mereka untuk bekerja dengan orang lain dan menyebabkan mereka sering berasa kurang berkeyakinan diri.

Impulsif | Cara Mengenali ADHD pada Orang Dewasa

Dr. Mohd Ramzdhan melalui penulisannya dalam laman web Doctor On Call, ada mengatakan bahawa penyakit ADHD ini lebih mudah dikesan pada kanak-kanak, tetapi sukar dikesan pada orang dewasa. Kebiasaannya, orang dewasa yang menderita ADHD ini hiperaktifnya berkurang. Namun, mereka masih bergelut dengan masalah impulsif. Impulsif mempunyai ciri seperti gelisah, keresahan, bercakap berlebihan, dan kerap mengganggu sesuatu keadaan.

Tambahan pula, individu yang impulsif ini cenderung untuk bercakap dengan banyak tidak kena masa, tempat dan seolah-olah menyampuk percakapan orang lain. Mereka juga sering gelisah dan resah apabila cuba untuk duduk dengan diam dan bertenang.

Cara Diagnos ADHD | Cara Mengenali ADHD pada Orang Dewasa

Dr. Mohd Ramzdhan juga mengatakan ada beberapa langkah yang perlu dilakukan bagi mendapatkan diagnosis ADHD. Hal ini untuk mengesan ADHD pada orang dewasa. Oleh itu, pesakit perlu menjalani beberapa ujian sebelum dipastikan mempunyai ADHD. Antara ujian yang akan dilakukan adalah seperti berikut:

  • Mengumpulkan maklumat berkaitan pesakit mengenai sejarah perubatan peribadi dan keluarga, perubatan semasa, sejarah gejala dan rekod sekolah.
  • Menjalankan soal selidik dengan individu yang rapat dengan pesakit seperti ahli keluarga.
  • Doktor pakar perlu membuat pemeriksaan fizikal dan psikologi. Hal ini untuk mendiagnosis penyakit yang berkemungkinan besar pesakit mengalami sakit lain.
  • Membuat penilaian ADHD atau ujian psikologi bagi mengumpul dan menilai maklumat berkenaan dengan gejala ADHD.

Rawatan ADHD | Cara Mengenali ADHD pada Orang Dewasa

Anda sudah pun tahu cara mengenali ADHD pada orang dewasa, kan? Jadi, perkongsian terakhir aktikel ini, Sis Min nak tulis berkaitan dengan rawatan yang boleh diberikan oleh pesakit ADHD. Rawatannya adalah seperti berikut:

Ubat-ubatan

Menerusi Media Corp, rawatan yang boleh diberikan kepada orang dewasa yang menghidap ADHD ini ialah menggunakan ubat stimulan seperti Adderall dan Strattera. Walau bagaimanapun, ubat stimulan ini tetap meninggalkan kesan sampingan seperti insomnia, sakit kepala, dan gangguan kecemasan.

Namun, melalui penulisan Dr. Mohd Ramzdhan, ubat stimulan yang boleh diberikan ialah methylphenidate atau amphetamine. Hal ini kerana, ubat ini dapat meningkatkan dan menyeimbangkan tahap bahan kimia otak. Ada juga ubat-ubat lain yang lebih baik daripada ubat stimulan ini. Misalnya, atomoxetine dan antidepresi (bupropion). Ubat ini bukannya ubat stimulan dan boleh dikatakan ubat pilihan yang terbaik berbanding ubat stimulan. Hal ini kerana, kesan sampingan ubat lain ini lebih lambat daripada ubat stimulan.

Kaunseling Psikologi | Cara Mengenali ADHD pada Orang Dewasa

Rawatan yang seterusnya ialah kaunseling psikologi yang meliputi psikoterapi. Psikoterapi ini untuk memahami penyakit yang dihidapi dan belajar untuk membantu seseorang yang mengalami ADHD berjaya.

Antara psikoterapinya ialah terapi tingkah laku kognitif atau CBT. Doktor akan memberikan kaunseling secara berstruktur untuk pesakit bagi mengawal tingkah laku dan pemikiran. Hal ini supaya pesakit mula mempelajari untuk menguruskan emosi ke arah pemikiran yang positif.

Rawatan seterusnya ialah kaunseling perkahwinan dan terapi keluarga. Kaunseling ini akan diberikan kepada mereka yang hidup bersama pesakit ADHD dan pesakit ADHD, bagi menyalurkan kekuatan kepada mereka. Kaunseling ini bertujuan untuk mengatasi tekanan hidup yang dihadapi keluarga dan pesakit.

Cukup sampai di sini sahajalah perkongsian mengenai cara mengenali ADHD pada orang dewasa. Sis Min harapkan agar artikel ini memberikan kesedaran kepada anda untuk lebih prihatin kepada orang sekeliling. Sekiranya mereka atau anda mempunyai tanda seperti yang dikatakan, anda boleh berjumpa terus dengan doktor bagi mendapatkan rawatan dan nasihat lebih lanjut.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published.