Review K-Drama The Glory
Hiburan

Review K-Drama The Glory

Siri terbaharu Netflix ‘The Glory’ yang ditayangkan pada Disember lalu telah menjadi trending worlwide tau! Jom kita ketahui dengan lebih lanjut tentang review k-drama The Glory ini bersama Sis Min.

Siri ini dibintangi oleh Song Hye-kyo, dan merupakan sebuah filem ngeri balas dendam yang menggambarkan penderitaan serta seksaan yang dihadapi oleh mangsa buli sekolah. Beliau yang memegang watak sebagai Moon Dong-eun mempunyai cita-cita tinggi dan ingin menjadi seorang arkitek. Namun nasib tidak menyebelahinya setelah menjadi mangsa buli.

Akibat daripada perkara tersebut, beliau mengambil keputusan untuk berhenti daripada sekolah menengah dan merancang untuk membalas dendam terhadap pembuli-pembulinya. Sebelum Sis Min sambung review, jom kita lihat dulu trailer k-drama The Glory ini.

Kisah Buli yang Diadaptasi Daripada Isu Realiti di Korea

Review K-Drama The Glory
Sumber: Film Fugitive

Melalui k-drama The Glory ini, dapat dilihat bahawa para pembuli menggunakan pelbagai kaedah untuk menyeksa Dong-eun, termasuk menggunakan seterika rambut untuk membakar bahagian badannya. Ketegangan sesama mereka semakin memuncak apabila berlakunya konfrontasi di antara Dong-eun dan para pembulinya setelah mereka meningkat dewasa, berkeluarga dan berkerjaya.

Untuk pengetahuan anda, situasi pembulian ini adalah berdasarkan insiden buli sebenar pada tahun 2006, di mana salah seorang pelajar sekolah menengah perempuan di Cheongju telah dibuli dengan cara tersebut.

Barisan Para Pelakon Hebat | Review K-Drama The Glory

Review K-Drama The Glory
Sumber: kdramadiary

K-drama The Glory ini dibintangi oleh barisan para pelakon terbaik tau! Antara watak antagonis yang terdapat di dalam siri ini merupakan Lim Ji-yeon yang memegang watak sebagai Park Yeon-Jin. Beliau memegang watak utama antagonis dan merupakan ketua kes pembulian Dong-eun.

Selain itu, Park Sung-hoon memegang watak sebagai Jeon Jae-jun. Cha Joo-young sebagai Choi Hye-jeong, Kim Hieora sebagai Lee Sa-ra, dan Kim Gun-woo sebagai Son Myeong-oh.

Rating dan Review K-Drama The Glory

Sewaktu Sis Min menontoh k-drama The Glory ini, perasaan Sis Min sangat bercampur baur. Sedih, geram, marah semuanya ada kerana lakonan mereka nampak sangat real! Ditambah pula dengan insiden sebenar yang dimasukkan ke dalam elemen pembulian, makin naik darah Sis Min dibuatnya…

Bukan itu sahaja, barisan para pelakon remaja dan dewasanya juga sangat perfect. Mereka boleh membawakan watak yang belum pernah dibawa sebelum ini dengan penuh penghayatan. Sangat professional dan berbakat!

Oleh itu, Sis Min beri rating 9/10 kerana ia merupakan k-drama yang mempunyai jalan cerita berbeza berbanding yang lain. Sis Min dah tak sabar nak tonton Season 2 The Glory yang bakal disiarkan pada bulan Mac nanti.

Jadi, pastikan anda tonton Season 1 terlebih dahulu ya. Hanya 8 episod sahaja, confirm boleh habis dalam masa 1-2 hari! Untuk menonton k-drama The Glory Season 1, anda boleh dapatkannya di sini.

Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “Review K-Drama The Glory”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *