turunkan berat badan
Kesihatan

Turunkan Berat Badan | 12 Petua Mudah

Jika anda berlebihan berat badan, inisiatif untuk turunkan berat badan perlulah dilakukan kerana berat badan yang ideal ini mempunyai banyak manfaat kesihatan. Membuat perubahan kecil dan mudah pada pemakanan pun boleh membantu anda menurunkan berat badan tau! Tak payah nak susah-susah sangat sebenarnya…

Mengapa Perlu Turunkan Berat Badan?

Berat badan berlebihan ini merupakan proses secara beransur yang berlaku selama bertahun-tahun lamanya akibat daripada tabiat pemakanan atau gaya hidup yang tidak sihat. Berat badan berlebihan juga akan menyebabkan lemak terkumpul di sekitar organ penting, menjadikan badan sukar untuk melawan penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan kini, COVID-19.

Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti dan masih dalam keadaan sihat, anda boleh mencuba mengurangkan risiko menghidap penyakit-penyakit serius dengan menurunkan berat badan! Jom Sis Min kongsikan antara petua yang boleh dicuba.

12 Petua Turunkan Berat Badan Secara Sihat & Mudah

1. Jangan skip sarapan pagi

Melewatkan sarapan pagi tidak akan membantu anda menurunkan berat badan! Anda mungkin terlepas nutrien penting dan mungkin akan memakan secara lebih banyak sepanjang hari kerana berasa lapar.

2. Makan makanan seimbang

Makan pada waktu biasa pada siang hari boleh membantu membakar kalori anda pada kadar yang lebih cepat. Ia juga mengurangkan godaan terhadap snek atau makanan yang tinggi lemak dan gula.

Turunkan Berat Badan

3. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah hidangan rendah kalori dan lemak, serta tinggi serat yang merupakan nutrien penting untuk penurunan berat badan yang berjaya. Ia juga mengandungi banyak vitamin dan mineral tau!

4. Banyakkan bersenam | 12 Petua Turunkan Berat Badan

Bersenam adalah kunci untuk menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Selain memberikan banyak manfaat kesihatan, senaman boleh membantu membakar kalori berlebihan yang tidak boleh hilang melalui diet semata.

Turunkan Berat Badan

5. Minum banyak air

Kadang-kadang kita keliru antara dahaga dengan kelaparan. Pada akhirnya, anda pun mengambil kalori tambahan walhal hanyalah segelas air yang anda benar-benar perlukan! Jadi, pastikan anda meminum air kosong, jangan minum air manis pulak ya … Barulah boleh tunkan berat badan dengan baik.

Turunkan Berat Badan

6. Makan makanan tinggi serat

Makanan yang mengandungi banyak serat boleh membantu anda untuk berasa kenyang, dan amat sesuai untuk proses menurunkan berat badan. Serat hanya terdapat dalam makanan bersumber tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, oat, roti bijirin penuh, beras perang, pasta, kekacang, kacang polong dan lentil.

7. Baca label makanan

Mengetahui cara membaca label makanan juga boleh membantu anda membuat pilihan yang lebih sihat. Gunakan maklumat kalori untuk mengetahui cara memakan makanan tertentu yang sesuai dengan limit kalori harian anda.

8. Gunakan pinggan yang lebih kecil | 12 Petua Turunkan Berat Badan

Menggunakan pinggan bersaiz kecil boleh membantu anda untuk makan dalam portion yang lebih sedikit. Ia mengambil masa kira-kira 20 minit untuk perut memberitahu otak bahawa perut telah penuh, jadi makanlah secara perlahan dan berhenti makan sebelum anda berasa kenyang.

9. Jangan haramkan makanan

Jangan larang sebarang makanan daripada pelan penurunan berat badan anda, terutamanya bab makanan yang anda suka! Mengharamkan makanan hanya akan membuatkan anda lebih menginginkannya tau…

Tiada sebab anda tidak boleh menikmati hidangan kurang sihat sekali-sekala, selagi mana anda tetap kekal dalam penjagaan limit kalori harian. Sebulan sekali nak cheat day pun okay ajerrr!

10. Jangan simpan makanan ringan

Untuk mengelakkan godaan, jangan simpan makanan ringan seperti coklat, biskut, kerepek dan minuman manis atau bergas di dalam rumah. Sebaliknya, pilihlah snek yang sihat seperti granola, buah-buahan, kek beras tanpa garam, kek oat, popcorn tanpa garam atau tanpa gula, dan jus buah-buahan.

11. Kurangkan karbohidrat

Kajian mengesahkan bahawa pengurangan pengambilan karbohidrat dan pengambilan protein dengan lebih banyak merupakan salah satu cara yang paling baik untuk menurunkan berat badan. Pengambilan protein yang lebih ini boleh membantu anda untuk menahan rasa lapar untuk tempoh yang lebih lama daripada biasa.

12. Rancang makanan anda mengikut limit kalori | 12 Petua Turunkan Berat Badan

Cuba rancang waktu sarapan, makan tengah hari, makan malam dan snek anda untuk minggu ini. Pastikan anda mematuhi limit kalori ya! Jom ketahui waktu makan terbaik di sini.

Sis Min pasti anda akan berjaya turunkan berat badan jika mengikuti petua-petua yang Sis Min kongsikan di atas ini dengan penuh disiplin. Apa yang penting ialah, anda teruskan usaha dan jangan berputus asa demi memperoleh kesihatan yang lebih baik. Semoga berjaya Sis Min ucapkan! šŸ¤©

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min tentang ā€œ12 Petua Turunkan Berat Badanā€. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa untuk dapatkan lebih banyak artikel menarik diĀ Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *