Petua Tradisional Hilangkan Keputihan
Kesihatan

Petua Tradisional Hilangkan Keputihan

Anda nak tahu beberapa petua tradisional untuk hilangkan masalah keputihan? Masalah keputihan ini sememangnya tidak asing lagi buat kaum wanita. Namun, ia adalah berbeza-beza mengikut hormon dan tahap kesihatan seseorang individu tersebut. Masalah keputihan ini juga boleh menghilangkan keyakinan diri berpunca daripada bau yang kurang menyenangkan, serta rasa gatal-gatal pada bahagian ‘Miss V‘.

Jadi, buat anda yang ingin ikhtiar secara tradisional untuk hilangkan keputihan yang dialami, pastikan anda membaca perkongsian petua Sis Min pada kali ini sehingga ke penghujung ya!

Apa Itu Keputihan?

Keputihan ialah lelehan lendir yang keluar daripada faraj wanita yang berwarna jernih atau kelabu keputihan. Ada juga wanita yang lelehan lendirnya berwarna kuning atau kehijauan, yang lazimnya boleh dikaitkan dengan jangkitan kuman.

Kebiasaannya, keputihan ini berubah mengikut hormon, keadaan mental, jangkitan, ubat-ubatan dan pelbagai penyakit dalaman. Keadaan ini boleh menyebabkan penghasilan keputihan secara berlebihan mengikut masalah hormon yang dialami.

Keputihan ini juga akan mempunyai konsistensi yang cair sekiranya badan sedang mengalami proses ovulasi tau! Jadi, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor sekiranya keputihan anda berada pada tahap yang luar biasa.

Cara Menghilangkan Keputihan Menggunakan Petua Tradisional

Sebenarnya, terdapat beberapa petua tradisional untuk menghilangkan keputihan yang boleh anda cuba. Meskipun banyak produk moden sedia ada yang sudah berada di pasaran, namun petua tradisional ini juga boleh diamalkan untuk membantu hilangkan keputihan.

1. Pegaga

Petua Tradisional Hilangkan Keputihan
Sumber: Root of Science

Pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica, merupakan sejenis tumbuhan herba popular yang digunakan dalam perubatan dan kosmetik. Pegaga dapat mengurangkan pelbagai masalah kesihatan seperti keputihan, tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, dan banyak lagi.

Cara untuk menghilangkan keputihan menggunakan pegaga:

1. Ambil secekak pegaga bersama akarnya dan bersihkan.
2. Rebus pegaga dengan 2 cawan air bersih.
3. Masukkan sedikit garam.
4. Rebuskan sehingga mendidih dan sejukkan.
5. Tapiskan air rebusan yang telah sejuk.
6. Minum air rebusan pegaga 2 kali sehari.
7. Amalkan sehingga masalah keputihan kembali pulih.

2. Daun Sirih | Cara Hilangkan Keputihan Menggunakan Petua Tradisional

Petua Tradisional Hilangkan Keputihan
Sumber: Pinterest

Daun Sirih atau Piper Betle ini tidak kurang juga khasiatnya, dan sering dikaitkan dengan rawatan keputihan. Khasiatnya mampu merawat penyakit lain seperti diabetes, batuk, kemurungan dan lain-lain.

Cara untuk menghilangkan keputihan menggunakan daun sirih:

1. Ambil 12 helai daun sirih dan bersihkan.
2. Sediakan 1 liter air suam.
3. Ramaskan daun sirih tadi ke dalam air suam.
4. Tapiskan air tersebut.
5. Gunakan air tapisan tadi untuk mencuci bahagian ‘Miss V‘.
6. Amalkan seminggu 1 – 2 kali sahaja agar tidak menghilangkan pH semulajadi dan bakteria baik.

Begitulah antara beberapa cara yang boleh diamalkan untuk hilangkan keputihan mengikut petua tradisional. Namun, ia hanyalah langkah alternatif. Sekiranya masalah tersebut berterusan, anda digalakkan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan selengkapnya. Apa pun, selamat mencuba!

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min tentang “Petua Tradisional Hilangkan Keputihan”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *