Seronoknya rakyat Malaysia bila Neelofa tunjuk gambar Bilal anakanda beliau bersama PU Hariz. Sejak kelahiran Bilal pada 29 Januari 2022, Neelofa dan suaminya belum memperlihatkan wajah anak mereka di media sosial.
Rata-rata pelbagai komen disuarakan oleh pengguna Internet di Malaysia. Ada yang tak sabar menunggu Neelofa tunjuk gambar bayi.
“Mak cantik, ayah hensem. Mesti comel.”
Admin SisRasa.com
Admin sendiri tak sabar nak tengok walaupun bukan ada kaitan. Bila bergelar selebriti ni, memang ramai orang nak tahu tentang kita. Akhirnya pada 12 Oktober 2022 Neelofa tunjuk gambar bayinya di media sosial.
Bilal dahpun berusia 9 bulan.
Berikutan gambar tersebar yang diambil oleh orang awam pada hari sebelum. Gambar Bilal ada yang diedit dengan kelakar di FB Page. Kita mungkin rasa kelakar namun ia mengguris perasaan seorang ibu.
Ibu mana yang sanggup membaca komen – komen tentang wajah anaknya.
Puaslah hati dapat menatap wajah comel Bilal. Tersenyum-senyum atas katil sendiri.
Hak Ibubapa untuk Upload Gambar Anak – Neelofa tunjuk gambar Bilal
Pada awal kelahiran Bilal, Neelofa tidak mahu mendedahkan gambar anaknya kepada umum. Beliau hanya memuatnaik gambar sisi dan bahagian badan seperti lengan dan kaki.
Ini membuatkan peminat Neelofa semakin teruja menantikan bilakah wajah Bilal akan ditunjukkan.
Memang comel Bilal ni! Iras sepupu dia Jebat Jayden pun ada. Tak sabar nak tengok Bilal membesar, petah bersuara dan melangkah jauh. Didoakan jadi anak soleh yang membahagiakan ibu dan ayah.
Melihat wajah anak kecil ni memang membuatkan hilang segala penat. Rasa sanggup berkorban harta dan nyawa membesarkan mereka. Tak terbanding dengan harta dari seluruh dunia.
Team SisRasa.com doakan Bilal, Neelofa dan Hariz bahagia ke akhir hayat berikutan banyaknya perkara baik yang mereka kongsikan sepanjang hayat mereka termasuk kisah peribadi keluarga ini.
Artikel kedai makan pilihan rakyat Malaysia di sini.
Ikuti artikel lain mengenai wanita di sini
Penulis tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan yang berlaku daripada tips yang diberikan.