Kenali Mira Murati
Selebriti

Kenali Mira Murati

Kehebatan wanita di dalam bidang teknologi kini bukanlah suatu perkara asing yang boleh kita dengari. Malah, ia turut mendapat lebih banyak sambutan daripada golongan para wanita untuk menceburi bidang yang mencabar tersebut. Tidak kurang juga Mira Murati, seorang wanita yang mahir dalam bidang teknologi ini. Jadi, jom sama-sama kita kenali Mira Murati dengan lebih mendalam!

Kenali Mira Murati, Wanita Hebat di Sebalik ChatGPT

Mira Murati lahir pada tahun 1988 di Vlore, Albania dan membesar di San Francisco, Amerika Syarikat. Namun, ibu bapa Mira adalah berasal dari India yang menjadikan nama keluarganya sebagai ‘Murati’, sekali gus mencerminkan keluarga Albania. Beliau telah berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (BE) Mekanikal di Kolej Dartmouth, Amerika Syarikat.

Menurut profil LinkedIn Mira Murati, beliau memulakan kerjaya profesionalnya sebagai penganalisis musim panas, di Goldman Sachs. Kemudian, beralih kepada pengurus produk Model X di Tesla dari tahun 2013 sehingga tahun 2016. Beliau juga telah menyertai OpenAI pada tahun 2018 sebagai Naib Presiden Kecerdasan Buatan (AI) dan Perkongsian.

Anak kelahiran Vlore, Albania ini ialah seorang Ketua Pegawai Teknikal (CTO) di syarikat OpenAI, sebuah syarikat yang mencipta chatbot ChatGPT yang dicipta menerusi teknologi artificial intelligence (AI), atau dikenali sebagai kecerdasan buatan. ChatGPT ini berjaya dihasilkan pada 30 November, 2022 lalu. Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai ChatGPT, anda boleh baca di sini.

Mira Sangat Gemar Membaca

Di sebalik kejayaannya menjadi salah seorang graduan kejuruteraan mekanikal, sifatnya yang suka membaca untuk mengisi masa lapang juga menunjukkan bahawa dirinya seorang yang rajin dan bijak.

Kenali Mira Murati
Sumber: Google

Selain itu, hobi beliau ialah menari salsa, membuat manisan coklat, mendengar muzik dan bermain piano. Jelaslah bahawa, jika kita rajin dan bijak mengisi masa lapang, ia mampu memberi impak positif kepada diri sendiri. Bukan itu sahaja, dorongan kedua ibu bapa Mira Murati juga turut memainkan peranan penting dalam kejayaannya pada saat ini.

Sis Min harap penulisan tentang “Kenali Mira Murati” ini dapat memberi inspirasi pada semua wanita di luar sana agar lebih ramai yang mulai berminat untuk menceburi bidang-bidang seperti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) supaya kita juga lebih berdaya saing di dalam industri.

Setakat itu sahaja perkongsian Sis Min tentang “Kenali Mira Murati”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *