Masakan Ayam Buttermilk
Masakan

Masakan Ayam Buttermilk yang Mudah

Ada tak sesiapa yang suka makan ayam buttermilk? Sis Min tak berapa minat kalau makan ayam buttermilk ni di luar. Tapi, Sis Min suka kalau masakan ayam buttermilk ni dimasak oleh kakak sepupu Sis Min. Sedap dan lazat! Nak tahu resipi yang mudah untuk buat ayam buttermilk ni? Mari teruskan membaca perkongsian ini.

Sis Min tak makan ayam buttermilk di luar, sebabnya ayam yang dimasak tak rangup dan kuah buttermilknya pun rasa muak. Tapi, lain pula dengan resipi kakak sepupu Sis Min, ayamnya tetap rangup walaupun ditambah dengan kuah buttermilk.

Masakan Ayam Buttermilk
Ayam Buttermilk

Bahan-bahan Masakan Ayam Buttermilk

Bahan untuk resipi ini simple saja, apa yang anda perlu sediakan adalah bahan untuk ayam dan tumisan buttermilk. Di bawah ini merupakan bahan yang diperlukan.

Bahan untuk Ayam

Mari sediakan bahan untuk ayam. Bahan-bahan ayam ni lah yang membuatkan rasa ayam itu jadi lembut dan enak.

  • 2 ketul besar ayam bahagian dada (potong dadu)
  • 5 sudu besar tepung jagung
  • Secubit garam
  • Sedikit lada hitam
  • 1 biji telur
  • Minyak masak (untuk goreng ayam)

Bahan Tumisan Buttermilk

Inilah bahan-bahan yang digunakan untuk tumisan kuah buttermilk.

  • 5 ulas bawang putih (hiris halus)
  • 3 sudu besar butter
  • 2 tangkai daun kari (asingkan daripada tangkai)
  • 5 biji cili padi (hiris)
  • Suku cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1 keping cheese (pilihan)
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam

Bawang putih paling penting dalam masakan ini. Jadi, anda boleh lebihkan bawang putih untuk menghasilkan rasa dan aroma yang enak sewaktu menumis.

Cara Memasak Ayam Buttermilk

Bahan-bahan untuk masakan ayam buttermilk pun dah sedia, mari baca cara memasak pula.

  1. Mula-mula, perap dahulu bahagian dada ayam dengan garam, lada hitam dan telur selama 15-20 minit. Panaskan minyak masak untuk menggoreng ayam yang telah diperap.
  2. Salutkan ayam dengan tepung jagung dan apabila minyak dalam kuali sudah panas, bolehlah mula menggoreng ayam.
  3. Goreng ayam sehingga warna ayam bertukar coklat keemasan. Angkat dan toskan.
  4. Kemudian, untuk memasak kuah buttermilk, panaskan kuali dan masukkan butter sehingga cair. Lalu, tumiskan bawang putih, cili padi, dan daun kari sehingga naik bau.
  5. Masukkan sedikit air ke dalam bahan tumisan.
  6. Kemudian, masukkan 1 tin susu cair dan biarkan ia menggelegak.
  7. Apabila kuah tadi sudah menggelegak, masukkan ayam yang telah digoreng ke dalam kuah buttermilk. Gaulkan sehingga kuah buttermilk meresap ke dalam ayam. Perlahankan api dan masukkan satu keping cheese.
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam bagi menyeimbangkan rasa kuah buttermilk. Tutup api dan siap dihidangkan.
  9. Anda boleh letakkan sedikit daun kari ke atas masakan ayam buttermilk sebagai hiasan bagi menambahkan keenakan ayam buttermilk.

Sedikit tip daripada kakak sepupu Sis Min, sewaktu menumis pastikan menggunakan api yang perlahan. Hal ini supaya bahan tumisan tidak hangus.

Ayam Buttermilk Ditaburi Daun Kari

Apa yang Sis Min suka pada ayam buttermilk ni apabila daun kari ditambah dalam masakan sewaktu menumis. Hal ini kerana, daun kari akan menaikkan lagi aroma masakan. Sambil menulis artikel ini pun, Sis Min boleh bayangkan baunya. Hehehe. Itu sahaja perkongsian resipi daripada Sis Min pada hari ini.

Siapa yang nak belajar ilmu keusahawanan? Boleh baca di sini. Mana tahu boleh jual ayam buttermilk ni.

Jom Simpan Bekalan Bahan Dapur Anda di Dalam Bekas Aesthetic Ini | Masakan Ayam Buttermilk

  • masakan ayam buttermilk

Kepada yang bercadang nak masak-masak hujung minggu ni, make sure anda dapatkan bekas-bekas aesthetic terlebih dahulu melalui link ini ya >> https://shope.ee/4fVxvSLsWp.

Macam-macam bahan dapur kering boleh disimpan seperti kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, lada hitam, cengkih, serbuk kunyit dan banyak lagi. Semuanya atas daya kreativiti anda! Apa yang pasti, Sis Min memang approve.✅

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.


Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *