Kasut Kesihatan Untuk Wanita
Fesyen, Kesihatan

Kasut Kesihatan untuk Wanita

Berfungsi sebagai pelindung kaki, meningkatkan kesihatan dan memberikan keselesaan dalam melakukan aktiviti seharian, itulah antara kepentingan pemilihan kasut untuk golongan wanita. Untuk pengetahuan anda semua, sejak tahun 2018, hampir 80% rakyat Malaysia mengalami masalah melibatkan bahagian kaki.

Hal tersebut turut dinyatakan oleh Pakar Ortotik Pusat Rehabilitasi Antarabangsa Sunfeet, Petaling Jaya, Datuk Dr Edmund Lee. Disebabkan itulah wujudnya kasut kesihatan untuk wanita di pasaran Malaysia, dalam membantu mereka menangani masalah tersebut.

Jadi, buat para wanita yang ingin mendapatkan penyelesaian bagi masalah kesakitan pada bahagian kaki, pastikan anda baca perkongisan Sis Min tentang kasut kesihatan untuk wanita ini sehingga ke penghujung ya!

Kepentingan Kasut Kesihatan untuk Wanita yang Wajib Anda Ketahui

Sis Min tahu, masih ramai para wanita di luar sana yang memandang enteng tentang kesakitan kaki yang dialami. Tetapi, tahukah anda bahawa sakit kaki yang ‘biasa’ itu mampu menganggu aktiviti harian dan boleh menyukarkan pergerakan pada masa akan datang?

Ditambah pula kita sebagai seorang wanita, yang sememangnya menyukai sangat setiap perkara yang terlihat cantik di mata. Terutama dalam bab pemilihan kasut terutamanya, kita pasti akan mengutamakan ‘rupanya’ tanpa memikirkan tentang kesihatan, keselesaan dan kesesuaian kasut tersebut terhadap tubuh badan.

Ish, ish, ish … Bahaya tau kalau anda mempunyai pemikiran sebegini, lebih-lebih lagi jika anda seorang yang aktif, sedang hamil, berusia, ataupun penghidap penyakit diabetes.

“Ish, risau pula bila Sis Min cakap macam ni. Jadi, dekat mana nak cari kasut kesihatan yang sesuai untuk wanita ni, Sis Min? Kalau saya ada masalah kaki, kasut macam mana yang sesuai untuk saya?”

Para wanita dah mula risau ke tu? Hehe, jangan risau dahulu … InshaAllah, Sis Min akan cuba menjawab setiap persoalan anda satu per satu sepanjang perkongsian hari ini ya.

Tips Pemilihan Kasut yang Betul, Khas Buat Para Wanita!

Kasut yang terbaik adalah kasut yang mampu menampung beban badan kita secara sekata ketika menggunakannya. Berfesyen itu boleh, tetapi kesihatan dan keselesaan diri tetap perlu diutamakan terlebih dahulu.

Jadi, mari Sis Min kongsikan kepada anda beberapa aspek penting dalam pemilihan kasut yang betul, khas untuk membantu para wanita di luar sana, dari segi kesihatan dan keselesaan. Sambil baca tu, boleh ambil nota ya!

1. Aspek Keselamatan

kasut kesihatan untuk wanita

Hah! Bahagian ini merupakan salah satu aspek paling penting dalam pemilihan kasut tau! Nak-nak pula untuk para wanita yang sedang hamil. Anda perlu memastikan bahawa kasut yang ingin dibeli itu dilengkapi dengan teknologi ‘Anti-slip‘ atau tidak licin.

Pemakaian kasut yang licin adalah sangat bahaya untuk semua golongan, tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita. Jadi, pastikan anda memilih kasut yang betul tau!

2. Saiz Kasut Bersesuaian

kasut kesihatan untuk wanita

Kesilapan dalam memilih saiz kasut juga akan mengundang istilah, “Kasut Makan Tuan”. Kadangkala, ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh orang-orang tua ni…

Kesalahan dalam pemilihan saiz kasut ini akan mengundang kesakitan pada bahagian kaki seperti kemelecetan dan luka-luka. Perkara ini amat bahaya untuk para wanita mahupun lelaki yang menghidap diabetes. Kalau anda nak tahu, sebarang kelukaan atau kecedaraan yang dialami oleh penghidap diabetes adalah sukar untuk kering dan disembuhkan. Ia juga boleh menyebabkan infeksi atau amputasi jika tidak dirawat dengan betul.

Sekarang pasti anda dah mula nampak, betapa pentingnya pemilihan kasut untuk kesihatan para lelaki dan juga wanita kan?

3. Kusyen Kasut

kasut kesihatan untuk wanita

Haaa, ingat kerusi je ada kusyen? Kasut pun ada juga tau! Ia merupakan sebuah komponen di bahagian dalam kasut yang sememangnya penting.

Wujudnya kusyen kasut ini adalah untuk memberikan keselesaan pada bahagian kaki anda, terutamanya buat mereka yang gemar beraktiviti lasak, berjalan jauh dan perlu berdiri lama. Fungsi kusyen ini bukan sahaja untuk memberikan keselesaan, malah ia juga untuk menampung beban badan dan membantu mempostur kaki anda.

4. Tahan Lasak

Pada Sis Min, adalah lebih baik jika kita invest sedikit wang untuk mendapatkan kasut yang lebih berkualiti dan tahan lasak untuk jangka masa yang lama. Biar mahal sedikit, asalkan ia mampu bertahan lama dan selesa apabila dipakai.

Tak adalah setiap tahun anda perlu bertukar kepada kasut yang baharu, tetapi keselesaan dan kesakitan pada bahagian kaki tetap tiada jalan penyelesaiannya. Tak gitu?

Kasut MediFeet Eimanazz Medic, Kasut Kesihatan untuk Para Wanita Hebat!

Para wanita semua dah ready belum? Ni Sis Min nak reveal tentang satu produk kesihatan terbaik untuk para wanita yang digelar sebagai kasut MediFeet. Cukup untuk para wanita tahu, bahawa anda sememangnya wajib memiliki kasut kesihatan MediFeet daripada Eimanazz Medic ini.

Untuk pengetahuan anda, hanya jenama MediFeet ini yang memiliki kesemua ciri-ciri kasut terbaik, seperti yang Sis Min terangkan di atas tadi. Kasut MediFeet ini direka khas untuk penghidap penyakit seperti diabetes, artritis, bunion (bengkak di kaki), sakit lutut, sakit belakang, sakit tapak kaki, osteoporosis, sakit-sakit sendi dan banyak lagi.

Kasut kesihatan MediFeet ini mempunyai kusyen yang direka khas menggunakan teknologi Rebounce Cushion Insole. Memang dijamin selesa, bak kata orang! Kusyen ini juga mampu menghalang sebarang geseran dan kemelecetan daripada berlaku pada bahagian kaki anda.

Selain itu, kasut MediFeet ini turut menggunakan material ‘Poron‘ yang berfungsi sebagai penyerap beban badan anda. Jadi, anda tidak akan mengalami sebarang kesakitan pada bahagian tapak kaki dan ia juga tidak mudah membengkak. Bukan itu sahaja, kasut ini juga mempunyai teknologi ‘Anti-shock‘, kalis air, serta daya tahan yang lasak sehingga 2 tahun pemakaian.

Fuhhh, hebat betul! Ini kalau nak hadiahkan kepada ahli keluarga dan saudara mara pun sesuai. Jika anda nak dapatkan kasut kesihatan MediFeet daripada Eimanazz Medic ini, pastikan anda baca perkongsian Sis Min sehingga habis ya…

Cara Mendapatkan kasut kesihatan MediFeet Wanita Daripada Eimanazz Medic

Warga Shah Alam ataupun Lembah Klang yang berminat untuk mendapatkan kasut MediFeet ini, anda boleh kunjungi kedai kasut MediFeet Shah Alam yang beralamat di, NO 19G, JALAN TUKUL P15/P, SEKSYEN 15, 40200 SHAH ALAM, SELANGOR.

Jangan risau kalau tak jumpa, sebab anda boleh tekan sahaja peta di bawah untuk terus mendapatkan panduan daripada Google Maps.

Eimanazz Medic juga mempunyai cawangan kedai kasut MediFeet di Teluk Intan, Perak tau! Kedai kasut Medifeet di Teluk Intan ini pula berlokasi di, NO 13 TINGKAT BAWAH PUSAT KOMERSIAL SENTRAL INTAN, JALAN PASAR, 36000 TELUK INTAN, PERAK.

Anda tidak biasa dengan kawasan Teluk Intan? Jom tekan sahaja peta di bawah ini untuk terus mendapatkan panduan daripada Google Maps.

Jika anda tidak pasti apa yang perlu dicari di kedai nanti, anda boleh terus bertanya kepada staf mereka. InshaAllah, mereka telah dilatih sebaiknya untuk membantu para wanita dalam pencarian kasut kesihatan yang selesa dan terbaik. MediFeet, pilihan yang lebih sihat untuk kasut yang lebih trendy!

Hubungi Eimanazz | Pakar Kasut Kesihatan!

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan kasut kesihatan MediFeet untuk wanita ini, anda boleh hubungi Team Eimanazz di talian 010-257 6650 atau 019-276 7494. Anda juga boleh layari Facebook Eimanazz Medic untuk sebarang update terkini.

Untuk membuat pembelian secara terus, anda boleh layari laman web Eimanazz Medic di https://eimanazzmedic.com/.

Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min pada kali ini tentang, “Kasut Kesihatan Untuk Wanita”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih artikel yang menarik, anda boleh layari portal Sis Rasa.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Sis Rasa, Sis Cerita.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *