Koleksi Khas Harry Potter X Ariani
Fesyen

Koleksi Khas Harry Potter X Ariani Bersama Warner Bros

Avada Kedavra! Ada peminat Harry Potter di sini? Sis Min ada berita baik untuk peminat Harry Potter. Jenama fesyen tudung terkenal, Galeri Ariani, telah melancarkan koleksi khas edisi terhad Harry Potter X Ariani dengan kerjasama bersama Warner Bros. Koleksi ini dilancarkan untuk menyambut ulang tahun filem Harry Potter and The Sorcerer’s Stone ke-20.

Berinspirasikan Wizarding World, pelbagai produk dikeluarkan seperti selendang, aksesori tudung, serta pelbagai jenis pakaian termasuk blaus, baju dan seluar panas, seluar jeans, palazo, abaya dan tunik. Bukan itu sahaja, koleksi ini turut hadir dengan kelengkapan harian seperti botol air, sarung komputer riba dan banyak lagi.

Rekaan monogram ‘H’ pada produk ini merupakan simbol ikonik pada nama Harry Potter. Rekaan ini turut ditampilkan dengan motif daripada filem ikonik Harry Potter, iaitu Hogwarts Castle, serta digabungkan dengan sentuhan cerah dan warna pastel yang menggambarkan identiti Ariani.

Koleksi Khas Harry Potter X Ariani – Cetakan Unik

Koleksi khas ini dihasilkan dengan cetakan unik corak ‘houndstooth’ yang menggabungkan corak monogram untuk memberi rekaan yang menarik dan istimewa bagi peminat filem Harry Potter.

Pengarah Pemasaran Ariani, Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip berkata, koleksi eksklusif ini merupakan antara koleksi istimewa daripada Ariani untuk dihadiahkan khas buat pelanggan setia mereka. Tambahnya lagi, ramai pelanggan mereka merupakan peminat filem Harry Potter dan peluang untuk bekerjasama dengan jenama terkenal itu merupakan kenangan mengujakan buat pihaknya.

Menerusi perkongsian di laman rasmi Instagram Ariani, koleksi eksklusif Harry Potter telah dilancarkan pada 30 Disember 2021 yang lalu. Koleksi eksklusif ini merupakan kolaborasi istimewa untuk keluaran terakhir mereka pada tahun 2021. Bagi penyokong setia jenama Ariani, ini merupakan peluang anda untuk mendapatkan kotak istimewa koleksi khas ini yang perlu dimiliki sebagai salah satu koleksi anda.

Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan koleksi khas Harry Potter X Ariani di butik Galeri Ariani dan Ariani RTW, atau pembelian secara atas talian dengan harga serendah RM79!

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Jangan lupa layari SisRasa.com untuk mendapatkan lebih banyak artikel yang menarik!

Sis Rasa, Sis Cerita

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *